bab 25

14.9K 530 9
                                    

Buntang mata Liana Qasha melihat menu-menu yang ditulis oleh Adrian. Ini orang yang nak makan ke atau king kong? Banyak betul menu dia suruh aku masak! Benda yang nak dimakan pun bukannya semua aku pandai masak. Mana aku tau masak spag...spaghetti with meatballs, kek kukus coklat, puding marble. Banyak lagi ni! Isy, tergeliat lidah aku nak menyebutnya.

Liana Qasha berkerut membaca satu per satu menu yang disenaraikan. Nak makan macam-macam mengalahkan gajah bunting! Liana Qasha membebel seorang diri.

Adrian yang sudah siap-siap untuk keluar memandang pelik ke arah Liana Qasha yang sedang menunggunya di ruang tamu.

"Apa yang kau membebel cakap sorang-sorang tu? Dah gila eh?" soal Adrian sinis. Dia tahu Liana Qasha tak berpuas hati dengan menu yang dia tuliskan.

"Eh, tak adalah! Saya okey aje," balas Liana Qasha sambil berdiri. Kemudian dia memandang Adrian atas ke bawah.

"Err... Siapa yang nak bawak kereta?" soal Liana Qasha.

"Kaulah! Siapa lagi?" balas Adrian dengan niat mahu mengusik.

"Saya mana tahu bawak kereta. Lesen pun tak ada," balas Liana Qasha. Wajahnya kelihatan gusar.

"Habis tu siapa nak bawak? Takkan nak suruh Mak Cah?  Mak Cah kan cakap tak nak pergi. Sekarang ni kau dengan aku aje," giat Adrian lagi. Mukanya sengaja dia seriuskan.

"Eh, kalau Mak Cah bawak, alamatnya sampai ke dalam parit besar kat simpang tu ajelah," balas Mak Cah. Dia juga mengusik Liana Qasha.

"Nampaknya tak jadilah nak pergi. Dah kau tak boleh bawak kereta," ujar Adrian. Berpura-pura menekan punat alat penggera kereta.

"Kalau macam tu, tak apalah." Sedih saja nada suara Liana Qasha.

Dia tak tahu yang Adrian dan Mak Cah dah tersenyum-senyum mengusik Liana Qasha.

"Tak payah nak buat muncung itik kau tu. Akulah yang bawak." Akhirnya Adrian bersuara. Dia menekan punat penggera untuk membuka kereta. Tinggal Liana Qasha terkebil-kebil tak masuk lagi ke tempat sebelah pemandu.

"Kaki encik kan sakit,macam mana nak bawak kereta?" soal Liana Qasha perlahan.

Dia memandang kaki Adrian yang masih lagi bersimen. Itu pun ada hati nak bawak Liana Qasha membeli barang keperluan yang dia nak sangat beli tu. Alasannya takut Liana Qasha. Kalau Liana Qasha lari pun bukan Adrian boleh kejar dengan simen pada kaki. Dah satu hal pulak Liana Qasha kena bawak kerusi roda untuk Adrian.

"Kereta auto apa yang susah. Tekan aje minyak."

Suara Adrian menyentak lamunan Liana Qasha. Dia mula masuk ke dalam kereta dan Adrian mula memandu perlahan keluar dari perkarangan rumah.

Di dalam kereta, masing-masing diam membisu. Adrian mengerling Liana Qasha di sebelahnya yang leka memandang ke luar tingkap. Dia kelihatan teruja melihat bangunan-bangunan  yang megah berdiri. Sesekali mulut terlopong bila melihat sesuatu.

Adrian tersenyum kecil. Dia mula rasa Liana Qasha seorang gadis yang lucu dan polos. Sesekali dia lihat Liana Qasha seakan-akan bersedih. Sesekali dia lihat Liana Qasha riang ceria bagai tiada masalah yang perlu difikirkan. Adrian berdehem beberapa kali.

"Erm, umur kau berapa?" soal Adrian.

Liana Qasha menoleh ke wajah Adrian yang tenang memandu. Kemudian dia juga turut memandang ke depan.

"Umur saya 24 tahun. Kenapa encik tanya?" soal Liana Qasha kembali.

"Baru 24 tahun. Kau sebaya dengan adik perempuan aku," ujar Adrian.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now