bab 36

11.9K 393 5
                                    

Liana Qasha macam biasa, membantu Mak Cah di dapur sebaik saja kesemua penghuni dalam rumah itu keluar ke tempat kerja. Makan tengah hari biasanya kalau semua dah bekerja, mereka hanya akan masak untuk diri sendiri. Waktu petang, menu minum petang selepas mereka pulang dari tempat kerja harus disediakan. Selepas itu barulah mereka akan menghidangkan makan malam yang akan dimasak waktu petang.

"Morning Mak Cah, Qasha!"

Dua pasang mata menoleh ke empunya suara. Liana Qasha hanya membalas senyuman mesra Adrena. Dia masih lagi segan nak berbual-bual dengan adik perempuan Adrian. Bagi Liana Qasha, Adrena sangat cantik.

"Morning? Tu tengok jam tu dah pukul berapa " Mak Cah menunjukkan jam pada dinding dapur.

Adrena hanya ketawa. Dia pun tak tahu bangun pukul 11.30 pagi masih relevan lagi ke nak kata waktu pagi?

"Biasalah Mak Cah, jet lag."

"Alasan sangat jet lag tu. Bukan baru semalam awak tu turun kapal terbang. Emm, dah mandi ke belum ni?" soal Mak Cah sambil tangannya tak berhenti memilih cili api.

"Sudahlah Mak Cah. Dah wangi tau. Makan aje belum." Adrena sengaja buat suara sedih. Sengaja nak pancing Mak Cah. Ternyata berjaya.

Mak Cah memandang sekilas wajah Adrena. Mestilah dia belum makan. Dah dia baru bangun. Segera Mak Cah ambilkan pinggan kosong. Diletakkan di atas meja. Nasi lemak dan lauk-pauk lain masih ada lagi di atas meja makan di dapur.

"Hari ni Qasha masak nasi lemak. Makan banyak-banyak tau. Jangan asyik nak minum jus oren masam." Mak Cah tersenyum mengejek. Dia sebenarnya menyindir Eva Natasha. Konon-kononlah nak ikut Adrena tapi bukannya ikhlas. Semata-mata nak ambil hati Datuk Faizal dan Datin Salma.

Adrena lepaskan tawa nyaringnya. Dia betul-betul seronok bila Eva Natasha terkena.

"Bagus awak, Qasha! I like! Lain kali kalau dia datang, buat aje jus oren masam-masam kelat macam tu," ujar Adrena.

Dia menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan. Segala mentimun, telur rebus, sambal bawang semua dimasukkan sekali ke dalam pinggannya. Adrena dah tak kisah dah di mana dia nak makan. Dia tak pernah nak anggap Mak Cah orang gaji dan dia pula tak layak duduk sama-sama di dapur dengan orang gaji.

"Tapi Cik Ad, saya ikut aje cakap Encik Adrian. Dia kata cik minum jus oren tanpa gula." Takut betul Liana Qasha kalau dia dipersalahkan. Sayur kangkung yang siap dipotong diletakkan di dalam singki dan diisi air ke dalam besen untuk mendiam sayur tersebut membuang pasir yang masih berbaki. Kemudian dia duduk sebelah Adrena yang sedang berselera makan.

"Awak takut sangat kenapa? Abang Andie tu dia memang tak betul sikit. Dia sebenarnya sengaja nak kenakan saya. Dia suruhla awak buat jus masam tu. Siapa yang nak minum jus masam-masam? Diet-diet juga saya tak adalah sampai teruk macam tu. Hahaha." Adrena ketawa lagi. Habis bersembur nasi dalam mulutnya. Apa dia kisah!

"Adrena, makan tu elok-eloklah." Mak Cah mengerling sekilas ke wajah Adrena. Dia menggeleng kepala dengan gelagat manja anak bongsu keluarga itu. Kemudian matanya memandang Liana Qasha. "Qasha, Qasha tak makan dari tadi lagi. Makanlah dulu lepas tu kita boleh masak nak makan tengah hari. Hari ini tengah hari kita makan berempatlah ya."

"La....tak makan lagi? Dari tadi asyik tengok saya makan kenapa? Pergi ambil pinggan, temankan saya makan. Baru syok!"

Liana Qasha tak keberatan. Malah dia seronok. Terasa hidupnya tak sunyi. Tiba-tiba dia ada kawan. Sebaya dengan dia pula tu.

"Qasha, awak tahu tak? Saya sebenarnya bukan suka sangat dengan Eva tu. Menyampah lagi ada." Adrena bersuara sewaktu dua-dua sedang khusyuk makan.

"Kenapa?"

"Awak tengoklah dia. Penuh dengan kepalsuan. Belum kahwin saya dah tengok dia control Abang Andie, nanti dah kahwin entah-entah nak jenguk kami kat sini pun susah agaknya," luah Adrena.

Liana Qasha dan Mak Cah saling berpandangan. Mereka sama-sama tersenyum. Adrena perasan akan hal itu.

"Ha, kenapa senyum-senyum ni? Apa yang saya tak tahu?" soal Adrena tersengih.

Selepas dapat lampu hijau daripada Mak Cah, Liana Qasha pun cerita segala-galanya yang berlaku sewaktu mereka keluar bersama-sama . Kononnya nak menikmati keindahan suasana KLCC tapi lain pula jadinya bila Cik Naga ikut sama.

Macam-macam emosi yang Adrena tunjukkan. Sekejap dia ketawa. Sekejap dia mencemik tanda meluat. Sekejap dia nak marah pula.

"Kan saya dah cakap, memang dia tu hipokrit aje lebih." Adrena mengangkat pinggannya dan dibawa ke singki tanpa sempat Liana Qasha menegah.

Selesai sesi mengumpat Cik Naga, Adrena mahu ke biliknya. Dia yang masih lagi menganggur dan menunggu tawaran melanjurkan pelajaran ke peringkat ijazah, hanya duduk-duduk santai di rumah. Kadang-kadang kalau bosan baru dia keluar berjalan-jalan atau berjumpa kawan-kawan.

"Tak apa, lain kali kita jalan-jalan ya. Saya jadi driver untuk Qasha dan Mak Cah," ucapnya sebelum hilang di sebalik pintu dapur.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now