bab 20

14.9K 457 7
                                    

Bunyi dentingan menandakan ada tetamu yang datang pada malam itu. Liana Qasha yang baru selesai mengerjakan solat isyak, bergegas membuka telekungnya dan menuju ke arah pintu. Bunyi dentingan itu kedengaran berkali-kali. Cepat-cepat Liana Qasha membuka pintu dan berlari -lari menuju ke pintu pagar rumah.

"Ya, cik?" soal Liana Qasha. Dia tak cam wajah siapa di pintu pagar itu.

"Hei, Andie mana? Boleh tolong bukak tak pintu ni?" soal Eva Natasha sambil menjeling Liana Qasha yang terkebil-kebil.

"Sekejap ya, cik."Baru dia perasan Eva Natasha rupa-rupanya.

Liana Qasha berlari pula ke dalam rumah. Lupa dia mahu mengambil alat kawalan untuk membuka pintu pagar itu. Setelah pintu dibuka, Eva Natasha memandu keretanya masuk ke perkarangan rumah. Liana Qasha masih menanti Eva Natasha di muka pintu.

"Andie mana? Pekak ke dari tadi I tanya tak jawab-jawab?" soal Eva Natasha kasar. Dia terus sahaja masuk dan duduk di ruang tamu macamlah itu rumahnya. Kedua-dua belah kakinya diletakkan di atas meja kemudian disilangkan. Terserlah pehanya yang putih melepak.

Liana Qasha hanya mampu memandang. Isy, seksi betul dia ni. Dahlah pakai mini skirt, duduk pun tak sopan.

Eva Natasha mengeluarkan rokok di dalam beg tangannya. Liana Qasha leka memerhati Eva Natasha yang menyedut rokok kemudian menghembuskan asap. Berkepul-kepul asap tersebut naik ke udara. Pertama kali dia melihat perempuan merokok.

"Hei, yang you tercegat kat sini kenapa? You ingat I ni badut yang tengah buat pertunjukan ke? I nak jumpa Andie! Bukan nak menghadap muka you tu!" jerkah Eva Natasha.

Jerkahan Eva Natasha buat Liana Qasha kembali ke dunia nyata. Hilang semangatnya bila kena sembur dengan Cik Naga ini. Cepat-cepat dia berlalu menuju ke bilik Adrian. Pintu bilik Adrian diketuk sebelum dia membuka pintu.

Adrian yang sedang merehatkan diri di atas katil sambil membaca buku menoleh ke arah pintu. Dia menunggu Liana Qasha mengatakan sesuatu.

"Encik, ada tetamu datang," ujar Liana Qasha. Dia hanya berdiri di muka pintu. Kemudian tertoleh-toleh ke arah ruang tamu.

"Siapa?" soal Adrian acuh tak acuh.

"Cik Eva,"jawab Liana Qasha perlahan.

Terus Adrian bangkit daripada berbaring di atas katil. Eva! Adrian terus mencapai tongkat. Dia rindu dengan Eva Natasha. Wajah Adrian berubah ceria.

"Jaga-jaga, encik. Nanti jatuh," nasihat Liana Qasha.

Adrian tak peduli, dia terus sahaja keluar untuk bertemu dengan Eva Natasha. Liana Qasha yang melihat hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Adrian.

"Eva!" seru Adrian. Dia tersenyum senang.

"Hai, Andie." Eva Natasha terus menghampiri Adrian dan memeluk lelaki itu erat.

"I rindu youlah. Mana you pergi?" soal Adrian perlahan. Mereka kemudiannya menuju ke ruang tamu semula.

"Sorrylah, sayang. I busy sikit. You kan tak ada kat pejabat, jadi I yang banyak uruskan semua." Eva Natasha berbohong.

Bukan dia yang uruskan pun, urusan di pejabat semua Fazura yang selesaikan. Ketiadaan Adrian di sisi membuatkan Eva Natasha bebas untuk ke mana sahaja. Menari dan bersuka ria. Curang dan banyak memberikan janji manis kepada lelaki-lelaki kaya yang lain. Dia tahu pasti Adrian hanya duduk di rumah.

"Tak apa sayang," balas Adrian perlahan. Sungguh dia rindukan ciuman hangat Eva Natasha. Adrian membelai rambut panjang gadis itu. Baru bibir mereka mahu bertemu, Liana Qasha muncul sambil membawa dulang dan diletakkan di atas meja.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now