Seronok betul Liana Qasha bila dia dibawa berjalan ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di KLCC yang menjadi kebanggaan kota metropolitam ini. Sebelum ini dia hanya dengar nama saja. Tak terfikir pun akan dapat jejakkan kaki ke sini.
Mulutnya becok bertanyakan itu dan ini kepada Mak Cah. Kalau Mak Cah dah penat melayam, Adrianlah yang menjadi mangsanya. Apa-apa pun memang Liana Qasha seronok sangat pada hari itu. Dia tak kisah dengan Eva Natasha yang kekwat. Cik Naga itu asyik nak jeling-jeling dia bila dia bertanyakan itu ini kepada kekasih hatinya, Adrian.
"Kau ni tak reti penat ke? Kaki kau, mulut kau, tak penat?" Adrian menjeling geram. Tapi dia bukan betul marah pun.
"Alah,encik. Bukan selalu saya ke sini. Ini pun baru pertama kali. Saya tengok-tengok barang aje. Bukannya beli pun." Liana Qasha tersengih.
"Sayang, jom kita masuk butik tu." Eva Natasha dah menarik lengan Adrian menuju ke sebuah butik baju.
Liana Qasha dan Mak Cah hanya menurut. Mereka masing-nasing tersenyum penuh makna. Sampai di dalam butik,Liana Qasha leka melihat baju-baju yang dipakai oleh patung. Cantik-cantik. Tapi memang tak layak kalau dia yang pakai. Kalau Cik Naga tu sesuailah sebab dia kan perempuan sofistikated.
"Ada yang kau berkenan ke?" soal Adrian tiba-tiba.
Terkejut Liana Qasha. Entah bila masa dia di sisi pun Liana Qasha tak tahu.
"Eh, mana sesuai dengan saya encik. Untuk Cik Na... Err, untuk Cik Eva memang sesuai sangat," balas Liana Qasha perlahan. Dia mencari mana kelibat Eva Natasha.
"Sayang!" Suara gedik Eva Natasha mula kedengaran.
Serentak Liana Qasha dan Adrian menoleh ke arah Eva Natasha. Oh! Dalam tempat cuba baju rupanya dia. Liana Qasha hanya memandang kosong ke arah Eva Natasha yang terkedek-kedek menghampiri Adrian.
"You buat apa kat situ, sinilah. Tengok baju yang I pakai ni, cantik tak?" soal Ea Natasha. Dia berpusing-pusing memperagakan baju yang dipakainya.
Merah lagi! Dia ni memang suka warna merah ke? Memang sesuai dengan gelaran aku bagi kat kau Cik Naga. Tapi baju yang Eva Natasha sedang pakai itu nampak sopanlah sikit. Sebab baju itu berlengan tiga suku. Selalunya apa yang Liana Qasha lihat baju Eva Natasha semua baju yang nampak bahu nak tunjuk BCG dia.
"Ha! Tu mengumpat dalam hatilah tu!"
Kus semangat! Terkejut Liana Qasha bila ada orang yang berbisik kat telinga dia. Dia toleh ke arah Mak Cah. Tadi Adrian, ni Mak Cah pula.
"Tadi Mak Cah duduk kat sana, kan? Ni sejak bila pulak tiba-tiba dah ada kat sebelah Qasha ni?" soal Liana Qasha pelik.
"Memang tadi Mak Cah duduk kat sana. Tapi bila rengek Qasha leka pandang Eva dengan Andie, Mak Cah jadi syok pulak nak sakat Qasha," balas Mak Cah,sambil ketawa berbisik.
Mereka kembali fokus kepada Eva Natasha dan Adrian. Wajah Eva Natasha ceria saja bila dapat membeli-belah. Adrian pun seboleh mungkin melayan karenah Eva Natasha. Kemudian kelihatan mereka menghampiri kaunter pembayaran.
Liana Qasha hanya tersenyum sedikit bila melihat Adrian yang keluarkan dompet dan bayar harga baju yang dipilih Eva Natasha. Oh, patutlah muka ceria semacam. Ada tukang bayar rupanya.
Eva Natasha masih tak lepas memegang lengan Adrian kalau mereka berjalan. Macamlah Adrian nak lari pergi kat perempuan lain kalau dia jalan macam biasa saja.
"Nah!" Eva Natasha menghulurkan beg kertas miliknya kepada Liana Qasha.
"Tak apa, I boleh bawakkan. " Adrian mahu mengambil beg kertas yang dihulurkan kepada Liana Qasha.
"Sayang, apa guna you bawak dua orang gaji kalau dia orang ni nak tengok aje kita bawak barang ni semua? You gajikan dia, kan? Dia kan ada hutang dengan you. Lupa?" ujar Eva Natasha sambil menjeling paras Liana Qasha.
Malas nak panjang cerita, Liana Qasha mengambil beg kertas di tangan Eva Natasha. Eva Natasha tersenyum puas.
"Qasha, betul ni tak ada yang kau berkenan?" soal Adrian sekali lagi.
"Ada benda ke yang you berkenan kat sini, Qasha?" soal Eva Natasha. Tapi, nada suaranya sangat menjengkelkan. Macam nak menghina Liana Qasha pun ada.
"Tak ada,encik," balas Liana Qasha ringkas.
"Okey,jom,sayang!" Eva Natasha terus menarik lengan Adrian dan tinggalkan Liana Qasha dan Mak Cah terkulat-kulat sekejap di situ.
Baru mereka jalan beberapa langkah, Eva Natasha memperlahankan langkah. Dia memaksa Adrian berhenti. Liana Qasha dan Mak Cah di belakang mereka juga turut berhenti. Apa lagilah ni! Potong mood orang betul! Liana Qasha geram betul dengan Cik Naga depan dia ni.
"Sayang, kaki I sakit. Dah melecet ni," rengek Eva Natasha.
"Ha,mana?" soal Adrian. Dia membongkok melihat kaki Eva Natasha.
Liana Qasha dan Mak Cah hanya memandang. Untung Eva Natasha. Adrian layan dia macam puteri raja. Sabar saja melayan karenah buah hati dia. Tapi kalau Liana Qasha melawan sikit, mesti Adrian dah membebel panjang.
Liana Qasha jangan tak tahu, kau dengan Eva Natasha jauh berbeza macam langit dengan bumi ya. Tolong ingat sikit! Eva Natasha tu kekasih dia. Kau tu cuma orang gaji saja. Liana Qasha cuba umtuk ingatkan diri dia sendiri.
"Kita duduk dululah." suara Adrian membuat Liana Qasha berpijak di bumi yang nyata.
"Tak nak. Nanti kalau jalan sakit balik. Sama jugak," balas Eva Natasha.
"Habis tu,you nak apa?" soal Adrian. Masih lagi bersabar dengan karenah Eva Natasha. Dia memimpim Eva Natasha ke tepi supaya tak ganggu orang lain.
"Boleh tak kita pergi butik depan tu aje. I nak beli sandal. Senang nak jalan," balas Eva Natasha sambil tersenyum meleret.
"Sesuai ke dengan baju you sekarang ni?" soal Adrian lagi.
"Nanti I pilihlah yang sesuai," ujar Eva Natasha. Dia mengurut-urut betisnya yang mula terasa lenguh. Ambik kau, Eva! Nak sangat ikut dia orang semua berjalan.
"Kalau macam tu, okeylah. Jom." Tanpa banyak soal lagi Adrian memimpim Eva Natasha menuju ke sebuah butik kasut.
"Kita ni jadi apa agaknya, Qasha?" sindir Mak Cah.
"Jadi penonton kepada pelakon yang hebat, Mak Cah." Liana Qasha faham maksud sebenar Mak Cah.
Keseronokan mereka nak berjalan-jalan semakin lenyap. Semuanya diganti dengan rasa menyampah dan meluat. Rasa nak saja ajak Adrian balik. Tapi nanti Cik Naga tu marah pula...
TBC...
Wuahhhh! Bnci nya author kat Eva nii..haih semkin mnjdi..yg Adrian ni pun satu ska sngt mlyn Eva ni x Hbis..las skli pdn mka...kna mka sendiri..muahahah..eyy author yg buat mcm tu author yg mrh..sorry ii..😂😂 trlbih emo ni..hahaha
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirku
Romantik1st romance by vannila_💯 Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sikap yang kejam selalu membuli Cinderella. Dipukul? Dihina? Memang semua tu Liana Qasha dah serik lalui semuanya. Dia yang harus membuat semua kerja rumah sementara ibu tiri dan abang tiri...