bab 37

11.7K 404 7
                                    

Selesai tugasan memasak, Mak Cah sediakan menu untuk minum petang. Tapi kali ni Depi yang bantu Mak Cah. Dalam masa satu jam lagi, mereka semua akan pulang dari pejabat.

Liana Qasha mengangkat kain di jemuran dan segera dilipat sambil-sambil dia tengok drama Hindustan kat televisyen. Ewah! Macam kat rumah sendiri pula. Tapi dia dah pun minta kebenaran Adrena dan Mak Cah sendiri.

Adrena boleh pula ketawa kuat dengan permintaan Liana Qasha sebab nak lipat kain sambil tengok Hindustan. Bagi Adrena, Liana Qasha jujur dan comel. Nak tengok TV pun nak minta izin. Tapi Adrena faham keadaan Liana Qasha sebelum ini. Semua Adrian dah ceritakan. Mesti emak tiri dia memetir agaknya kalau dia santai-santai sambil tengok TV.

Selesai lipat kain, Liana Qasha menghantar setiap baju ke dalam bilik masing-masing. Bermula dari bilik Datuk Faizal dan Datin Salma sehinggalah ke bilik Adrian. Berdebar hatinya untuk masuk ke bilik anak teruna rumah itu.

Liana Qasha tak habis-habis berperang dengan kata hati sendiri. Dia melangkah masuk sehingga ke ruang tengah bilik itu. Setiap sudut diperhatikan dengan terperinci. Bersih dan kemas. Kain yang berlipat diletakkan dulu di atas katil. Dia tak puas lagi belek bilik Adrian. Meja solek Adrian kemas dan teratur. Hanya ada minyak wangi, deodorant dan minyak rambut. Selainnya ada di dalam almari kecil berpintu kaca yang terdapat di sebelah cermin meja solek tersebut.

Kemudian Liana Qasha beralih ke meja kerja lelaki itu. Tersusun fail dan kertas-kertas kerja yang Liana Qasha tak faham pun. Dia susun-susun sedikit agar tak berselerak sangat. Bingkai gambar Eva Natasha diambil. Liana Qasha tersenyum, namun dalam hati ada satu perasaan halus mula timbul. Tapi, dia sedar, dia tahu dia tak layak. Lalu perasaan itu dia buang jauh-jauh.

Selesai bersihkan di atas meja kerja, Liana Qasha melangkah pula ke birai katil. Gambar di meja kecil tepi katil diambil. Gambar Adrian dan Adrena. Berpeluk sakan sambil tunjuk peace. Liana Qasha tersenyum lagi. Keletah dua beradik itu buat Liana Qasha jadi teringin nak ada kakak atau abang.

Liana Qasha letak elok-elok gambar itu di atas meja. Dia buka pula pintu gelungsur almari milik Adrian. Naik berpinar biji matanya Liana Qasha tengok baju kemeja milik Adrian yang kemas tergantung. Macam-macam warna ada. Baju yang sudah elok terlipat Liana Qasha letak di bahagian nak yang dah ada baju berlipat. Kamudian dia leka menyentuh kemeja-kemeja yang bergantungan.

"Ehem!"

"Mati aku!" latah Liana Qasha sambil cepat-cepat berpaling. Dia tak sangka Adrian sudah dekat di belakangnya.

"Eh,Qasha!"

Buk! Adrian sudah terlentang di atas katil. Liana Qasha pula menghempap tubuh lelaki itu. Dia betul-betul tak sengaja.

"Aduh!"

"Maaf, encik!" cepat-cepat Liana Qasha bangun dan berdiri di sisi katil. Wajahnya tertunduk. Tak sanggup rasanya dia nak bertentang anak mata Adrian. Perkara yang bary terjadi itu amat memalukan.

"Apalah yang kau kalut sangat ni, Qasha!" rungut Adrian sambil turut bangun. Dia bercekak pinggang memandang Liana Qasha yang dari tadi hanya tunduk merenung lantai.

"Saya minta maaf, encik. Saya betul-betul tak sengaja."

"Ya ke tak sengaja? Baik punya landing atas dada aku. Kau sengaja nak mengurat aku, kan?" usik Adrian.

"Taklah encik, saya tak sengaja. Encik datang tiba-tiba, itu yang saya termelatah itu," terang Liana Qasha cuba nak bersihkan namanya.

"Melatah macam mak nenek! Aku tak sukalah perempuan melatah-melatah ni. Kampung!" marah Adrian. Dia tak ada niat pun nak terkejutkan Liana Qasha. Dia cuma tegur Liana Qasha yang leka menyentuh koleksi kemejanya.

"Saya bukannya melatahlah encik. Tadi tu saya terkejut, jadi termelatah. Encik tu nak masuk bilik tu, ketuklah dulu," jawab Liana Qasha mempertahankan dirinya.

"Eh? Ini bilik siapa?"

"Bilik encik," Liana Qasha tersengih. Dia segera keluar dari bilik Adrian.

Tanpa Liana Qasha sedar, Adrian tersenyum manis dengan telatah Liana Qasha. Sebenarnya dari awal lagi dia mengintai perbuatan Liana Qasha. Dia biarkan saja pintu yang terkuak sedikit,membuatkan Adrian mengintai tingkah laku Liana Qasha.

Liana Qasha  berlari masuk ke dalam biliknya di tingkat bawah. Dia rasa malu yang sangat setelah apa yang terjadi sebentar tadi. Liana Qasha tutup muka dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

Liana Qasha tak tahu dia nak tersenyum atau dia nak menangis. Dua-dua perasaan itu ada dalam hatinya. Kemudian dua tapak tangan itu dialih dari wajahnya. Sekali lagi dia terperanjat besar bila wajah Adrian betul-betul dekat dengan wajahnya.

"Encik!" Liana Qasha terjerit perlahan. Macam manalah dia ni boleh sekejap-sekejap ada depan mata dia? Bela hantu raya agaknya?

Adrian tersenyum nakal. Sengaja dia nak usik Liana Qasha yang cepat gelabah itu. Dia tahu Liana Qasha malu dengan peristiwa tadi. Dan dia juga tahu bukan Liana Qasha sengaja tersembam ke dadanya.

"Encik nak apa?" soal Liana Qasha.

"Gosok baju aku ni. Malam nanti aku ada dinner dengan klien," jawab Adrian. Dia letak T-shirt berkolar jenama Polo itu di atas katil Liana Qasha. Kemudian dia berpaling mahu melangkah keluar tetapi menoleh semula ke arah gadis itu.

"Tadi tu kau jangan dakwa aku rogol kau, ya. Kau yang gatal baring atas dada aku." sengaja Adrian mengusik lagi sebelum dia terus melangkah keluar. Tak ada niat dia nak dengar penjelasan panjang lebar Liana Qasha yang dah memekik memanggil namanya untuk terangkan keadaan sebenar.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now