bab 16

15K 452 4
                                    

Hidup Rahimah mula terasa susah. Terumbang-ambing macam tak ada pegangan. Upah menjahit baju pun dah lama dia tak terima. Itu semua padah bila mulut bisa dia yang suka sangat mengumpat dan mengerji orang.

Siapa yang tahan dengan mulut berapi Rahimah? Kalau ada orang berbaik dengan dia pun mesti sebab Liana Qasha tak pun arwah Ramlan yang sangat baik dengan penduduk kampung. Hendon yang tinggal berdekatan itu sajalah yang kadang-kadang ada juga tegur Rahimah kalau terserempak di laman rumah.

Rahimah menutup kasar pintu peti ais. Tak ada langsung bahan yang hendak dimasak. Kalau ada Liana Qasha mesti dialah yang akan ke kedai membeli bahan-bahan untuk dimasak.

Bujang pula dah janji nak dapatkan Fazrul kerja. Tapi hampir seminggu Liana Qasha menghilang, Fazrul juga turut lesapkan diri. Entah manalah dia pergi Rahimah pun tak tahu. Anak bertuah!

Dengan langkah malas, dia bersiap ala kadar untuk ke kedai. Setakat untuk makan dia seorang tak jadi masalah lagi. Dia masih lagi ada duit. Tapi kalau-kalau hari begini,lama-lama memang tak berasaplah dapur dia! Dia cuma geram bila semua benda dia kena buat sendiri. Tak rapat langsung nak goyang kaki. Hidupnya sunyi daripada menjerkah Liana Qasha. Bujang pun hanya hubunginya sekali-sekala.

Sampai di kedai, Rahimah sibuk memilih ikan selar untuk makanannya tengah hari dan malam. Siap memilih dua, tiga ekor, Rahimah pergi pula ke bahagian cili. Pilih pula cili merah dan cili kering. Kemudian Rahimah memandang sekilas kelibat seseorang keluar dari kedai. Hatinya jadi panas bila terpandangkan wajah itu. Terus tak jadi dia nak pilih cili merah. Dicampaknya kembali ke dalam bakul.

"Hoi!" Jerkah Rahimah. Lama sungguh dia tak uji suara lantangnya!

Orang yang dipanggil itu menoleh. Tapi tak ada langsung riak takut atau menggelabah. Dia hanya memandang Rahimah tanpa rasa bersalah. Tanpa perasaan.

"Ada apa mak cik?" Soal Syakilla sambil yakin melangkah rapat ke arah Rahimah.

"Kau tanya aku ada apa, ya? Hei, mana kau sorokkan Qasha, hah?" Terjegil biji mata Rahimah memandang Syakilla yang selamba itu.

"Eh,manalah saya tahu. Dia kan anak tiri mak cik. Buat apa tanya saya?" Balas Syakilla selamba.

"Kau jangan nak berdolak-dalik dengan aku ya, Syakilla. Baik kau bagi tahu aku mana kau sorokkan Qasha?" Soal Rahimah tak puas hati.

"Mak cik ingat Qasha tu boleh kecik ke nak main sorok-sorok? Hei, dia dah besarlah mak cik. Dah boleh fikir! Takkan dia nak hidup lagi bawah ketiak mak cik yang busuk bau hapak tu!" Syakilla pula semakin menggila. Dia memang dah lama tunggu Rahimah menyerangnya. Dia dengan sukarela akan membalas bagi pihak Liana Qasha yang dah lama menderita dengan layanan Rahimah.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku! Mak bapak kau tak ajar ke beradab ke?" Balas Rahimah. Dia mula bercekak pinggang.

"Mak bapak saya cukup ajar saya untuk hormatkan orang tua, mak cik. Tapi saya pun tak buta! Orang tua macam mak cik ni mana layak nak dihormati. Kerja mak cik selama ni asyik nak maki-maki orang aje! Silap orang mak cik nak maki-maki saya," balas Syakilla. Nada suaranya tidak tinggi seperti tadi.

"Cepat bagi tau aku mana Qasha, sial!" Jerit Rahimah. Sebiji macam orang gila. Dia mula menyingsing lengan bajunya.

"Sial, sial jangan sebut mak cik. Saya keturunan baik-baik! Mak cik periksa latar belakang keluarga mak cik dulu kalau nak kata orang lain sial. Periksa apa kegiatan anak bujang kesayangan mak cik tu daripada nak menghina orang lain," jerit Syakilla pula.

"Kau jangan nak mengajar aku pulak! Kau tu budak mentah, apa kau tahu? Kau dengan Qasha sama aje!" Pekik Rahimah lagi. Tangan Rahimah sudah terawang-awang. Geram sungguh dia dengan mulut Syakilla yang tak ada insurans ni! Semua mata yang berkerumun sudah mula merenungnya.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now