bab 45

12.8K 343 26
                                    

Hah! Memang aku tak salah lihat! Memang Liana Qasha si budak tak guna tu! Oh...sampai ke sini kau lari, ya! Kau ingat bumi Malaysia ni besar sangat! Untung aku jumpa kau kat sini. Memang aku takkan lepaskan kau. Kau ingat dengan ubah gaya kau tu, aku takkan cam kau? Kau tetap orang kampung, Qasha!

Fazrul mengekori Liana Qasha dan dua lagi sentiasa bersamanya. Wajah gadis cantik itu direnung. Nampak dari gayanya macam anak orang kaya. Seorang lagi pula wanita yang lebih kurang sebaya emaknya, Rahimah.

Dia menunggu Liana Qasha dan yang lain-lainnya dengar sabar. Mereka sedang menikmati hidangan sambil santai berbual-bual. Amboi! Untung betul kau ya, Qasha! Agaknya gadis muda itu mesti kawannya! Ini boleh mendatangkan keuntungan! Fazrul tersenyum penuh makna.

Fazrul ke Kuala Lumpur pun atas suruhan Mr.Peng yang meminta dia ke sana menghantarkan bungkusan. Selesai melakukan tugasnya, Fazrul teringin betul nak pusing-pusing satu bandar Kuala Lumpur. Sekejap pun jadilah sebelum dia pulang semula ke kampung. Satu lagi bungkusan yang berisi wang ringgit masih tersimpan kemas dalam begnya. Kalau ikutkan hati, nak saja dia berjoli dengan duit yang ada dalam tangannya, tapi dia masih gerun dengan Mr.Peng yang sanggup lakukan apa sahaja. Bunuh orang pun Mr.Peng tak kisah. Dia mesti pulang sebaik saja wang tunai sudah ada dalam genggamannya.

Mula-mula Fazrul tak percaya yang itu adalah Liana Qasha, tapi apabila gadis yang berada di sampingnya memanggil namanya Qasha, barulah Fazrul percaya. Dia tak akan melepaskan Liana Qasha yang telah menyusahkan Rahimah dan juga dirinya sendiri sewaktu kehilangannya dulu.

Kini Liana Qasha dan dua orang lagi yang setia bersamanya mula tinggalkan tempat mereka makan. Kelihatan Liana Qasha membelek baju-baju di sebuah butik. Gadis cantik yang bersamanya itu selalu ada dekat-dekat dengan Liana Qasha sampai tak ada peluang langsung Fazrul nak dekatkan diri.

Fazrul mendengus geram. Nasib Liana Qasha sekarang sudah banyak berubah pada penglihatannya. Pasti kawannya itu anak orang kaya! Kalau tidak, tak mungkin baju untuk Liana Qasha itu boleh dibeli dengan senangnya.

"Kau dah kaya sekarang ya, Qasha. Hidup kau mewah agaknya sekarang ni. Patutlah kau dah tak ingat nak balik kampung!" ujar Fazrul bersendirian.

Sampai ke kereta dia mengekori Liana Qasha. Fazrul cepat-cepat menahan sebuah teksi.  Dia meminta pemandu teksi itu mengekori kereta Honda CRZ berwarna hitam. Pemandu teksi itu hanya menurut. Mata Fazrul memang cekap untuk melihat ke mana sahaja kereta itu membelok.

Sampai di sebuah kawasan perumahan, Fazrul agak tercengang. Memang dah sah anak orang kaya rupanya kawan Liana Qasha tu! Bagus betul kau, Qasha! Dalam diam-diam kau ni rupanya licik jugak! Berkawan pun dengan anak orang kaya. Fazrul tersengih-sengih. Dia menulis alamat rumah tersebut supaya senang untuk dia datang ke rumah itu semula. Fazrul sendiri akan berjumpa dengan Liana Qasha. Biar adik tirinya itu terkejut dengan kehadirannya. Jangan ingat kau boleh bersenang-lenang, Qasha lepas apa yang kau dah buat kat mak aku!

Fazrul masih lagi memerhati tingkah laku Liana Qasha dari dalam teksi. Tak cukup dengam gadis cantik tadi, kini ada seorang lagi lelaki yang sedang berbual-bual dengan Liana Qasha. Gadis tadi dan wanita sebaya Liana Qasha dan seorang lelaki yang sedang berbual sambil bersandar di kereta hitam tadi.

Fazrul andaikan lelaki itu kekasih hati Liana Qasha bila melihatkan renungan lelaki itu terhadap adik tirinya. Ah! Dia tak kisah apa hubungan mereka, yang penting dia ada misi yang harus diselesaikan. Kalau Rahimah tahu, mesti dia suka.

Fazrul mengarahkan pemandu teksi meninggalkan kawasan perumahan itu. Dia senang hati kini bila sudah dapat tahu di mana Liana Qasha tinggal. Liana Qasha akan menjadi sumber rezekinya kelak tanpa dia perlu bersusah payah lagi.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now