bab 18

14.1K 472 17
                                    

Liana Qasha melepaskan penat seketika di pondok kecil sambil memberi ikan makan. Leka dia memerhati ikan-ikan di dalam kolam buatan itu berebut-rebutkan makanan yang ditabur olehnya.

Sesekali ingatannya menerawang ke kampung. Rindu pula dia kepada Syakilla dan Azhar. Tapi, dia bersyukur bila dapat terlepas daripada Rahimah, Bujang dan Fazrul. Dia mahu mulakan hidup baru. Tutup buku lama dan buka buku baru. Bolehkah agaknya? Dengan Adrian yang selalu menghina dia untuk mati sesat dan memandang rendah akan maruahnya sebagai seorang gadis.

"Aku bayar gaji kau bukan suruh kau termenung sana sini!" Sergah Adrian.

Hampir terlepas mangkuk yang berisi makanan ikan di tangan Liana Qasha. Segera dia menoleh.

"Err... Encik, saya bukan termenung. Saya tolong Mak Cah bagi makan ikan-ikan ni. Mak Cah kata dia terlupa nak bagi," jawab Liana Qasha jujur.

Adrian masih memerhati tingkah laku gadis itu. Macam kera sumbang. Macam tak tahu nak buat buat apa. Adrian berusaha untuk di pondok itu. Lagilah Liana Qasha rasa tak selesa. Sudahnya dia simpan saki-baki makanan ikan di dalam botol dan ingin berlalu pergi.

"Ingat, Qasha, kau kat sini bekerja atas ihsan aku! Jadi aku tak nak kau ambil kesempatan atas peluang yang aku dah bagi," pesan Adrian. Dia masih merenung tajam wajah Liana Qasha yang terkulat-kulat.

"Saya faham, encik. Saya takkan lupa semua jasa encik. Bagi saya, encik bagaikan utusan daripada Allah untuk menyelamatkan saya. Saya bersyukur, encik. Terima kasih sekali lagi." Liana Qasha tersenyum manis selepas menuturkan kata-katanya.

Adrian jadi tergamam. Dia tak sangka itu jawapan Liana Qasha. Padahal dia sengaja mahu menyakiti hati gadis itu. "Emm, bagus kalau kau faham. Waktu kerja kau kena kerja. Aku tak nak tengok kau relaks goyang kaki. Waktu rehat baru kau dibenarkan rehat. Mandi, makan, sembahyang dan sebagainya. Faham tu?"

Liana Qasha mengangguk tanda faham. Dia tunduk saja sepanjang Adrian membebel. Takut dia nak tenung anak mata tajam Adrian. Silap-silap boleh kena panahan Arjuna pula! Liana Qasha tersenyum sedikit.

"Ha, kenapa kau tersenyum? Mengumpat aku dalam hatilah tu!" Adrian serkap jarang.

"Mana adalah, encik. Dah bibir saya ni nak tersenyum, mana boleh tahan-tahan. Senyum kan sedekah." Liana Qasha senyum lagi.

"Sudahlah! Pergi masuk dan buat kerja kau," arah Adrian.

Sepantas kilat Liana Qasha tinggalkan pondok kecil itu. Lemas dan rimas rasanya bila berdua-duaan dengan bos garang macam Adrian. Garang-garang pun, bagi Liana Qasha dia ada karisma. Ewah!

Adrian yang memandang gelagat Liana Qasha yang berjalan masuk ke dalam rumah hanya mampu menggeleng kepala. Dia dah tak tahu nak buat apa dengan Liana Qasha yang suka menjawab. Jawapannya bukan-bukan saja. Boleh kena darah tinggi kalau hari-hari layan sikap Liana Qasha. Pekerjanya di pejabat pun tak berani menjawab macam Liana Qasha.

Buntu Liana Qasha memikirkan apa lagi kerja yang boleh dibuat. Semua dia dah siapkan sebelum waktu tengah hari lagi. Kerja-kerja potong sayur, potong bawang semua dia dah siapkan untuk kesenangan Mak Cah. Adrian kata dia tak boleh senang-senang dalam waktu bekerja. Dia kena cari juga kerja supaya dia tak perlu nak dengar jerit pekik Adrian yang tak puas hati dengannya.

Perlahan-lahan Liana Qasha meniti anak tangga. Bilik tidur orang tua Adrian dia tak berani nak masuk. Jadi dia takkan usik. Bilik bujang Adrian juga dia belum lagi langkahkan kaki masuk kalau tak Adrian yang suruh. Kemudian pintu bilik kerja Adrian yang sedikit terbuka dihampiri.

Liana Qasha buka lebar lagi bilik tersebut. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk. Terkejut seketika melihat betapa berseleraknya bilik kerja Adrian. Sekali dulu dia pernah masuk, itu pun dia hanya ambil apa yang dipesan Adrian. Kali ini, baru dia lihat betul-betul. Memang berserabut.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now