bab 5

15.6K 441 8
                                    

Malam itu, mereka bertiga makan bersama. Liana Qasha tak berani nak bertentang mata dengan Fazrul. Dia tahu Fazrul merenung tajam tanda tidak puas hati dengan dia. Rahimah hanya buat tidak tahu. Khusyuk benar nampaknya dia makan.

"Banyak lauk kau masak?" Soal Rahimah sambil menyuap nasi ke dalam mulut dengan lahap. Dia hanya memandang Liana Qasha sekilas.

"Erm, petang tadi Mak Cik Hendon hantar lauk sikit. Gulai kari daging tu dia punya," balas Liana Qasha perlahan.

"Patutlah! Kalau lauk kau ni asyik-asyik ikan kembung! Naik muak aku nak makan. Lauk ni sesuai untuk kucing aje," sampuk Fazrul pula.

Rahimah pula hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata anaknya. Memang betul pun. Asyik-asyik lauk ikan kembung yang si tolol ni masak! Masaklah sedap-sedap sikit.

Liana Qasha hanya memandang sekilas wajah kelat Fazrul. Huh! Macam orang tak makan nasi setahun aje. Untung jugak ada lauk nak makan. Tak bersyukur langsung Abang Fazrul tu. Penat-penat aku masak pun tak tahu nak berterima kasih. Liana Qasha hanya mampu mengomel dalam hati.

Selesai makan, macam biasa Liana Qashalah yang akan mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk yang kotor. Rahimah dan Fazrul akan tinggalkan pinggan mereka macam itu saja. Jadi, dialah yang akan mengangkat pinggan-pinggan kotor ke dalam singki dan menbersihkan meja makan yang hanya muat untuk empat orang. Sedang dia leka mengemas pinggan mangkuk, terasa ada pelukan kasar di pinggangnya.

"Ah!" Terkejut Liana Qasha sehingga terlepas semula pinggan yang licin dilumuri air sabun. Mujur saja tidak pecah. Kalau tak, pasti dia akan dimarahi oleh Rahimah lagi.

"Diam! Kalau tak aku pukul kau!" Bisik Fazrul memberi amaran keras.

"Apa tu?" Jerit Rahimah dari arah ruang tamu.

Fazrul melepaskan tangannya daripada menekup mulut Liana Qasha. Dia merenung tajam sehingga kecut perut Liana Qasha dibuatnya. Kemudian, lelaki itu mengerlingkan mata ke arah ruang tamu
isyarat menyuruh Liana Qasha menjawab pertanyaan Rahimah.

"Err... Tak ada apa-apa, mak. Tikus panjat tingkap," beritahu Liana Qasha. Air matanya bergenang.

Dia menyambung kembali tugasnya sambil diperhatikan oleh Fazrul. Cepat-cepat dia membasuh pinggan supaya cepat-cepat dia boleh masuk ke dalam bilik. Tak mahu langsung berlama-lamaan di situ. Menyampah betul dia bila lihat muka miang si Fazrul tu.

"Kalau kau berani mengadu pada mak yang aku usik kau nanti. Lebih daripada tu aku boleh buat! Ingat!" Fazrul ketawa sinis.

Tak sanggup Liana Qasha mendengar lagi. Dia menyudahkan cucian terakhirnya dan terus menuju ke dalam biliknya. Sempat lagi, Liana Qasha mendengar ketawa halus dari Fazrul.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Liana Qasha terus menghumbankan diri di atas katil. Dia menangis sepuas-puasnya. Sanggup semua orang dalam rumah ni menyeksa jiwa aku! Aku tak pernah minta yang bukan-bukan. Aku cuma nak diri aku disayangi. Dihargai. Itu saja! Susah sangat ke?

Telefon bimbit Liana Qasha berbunyi. Segera dia menoleh ke sisi. Telefon bimbit yang terletak di sisi bantal dicapai. Dia melihat ID pemanggil. Syakilla.

"Hai,Sya." Lemah suara Liana Qasha menyambar panggilan.

"Qasha, jom keluar! Bosanlah!" Sapa Syakilla.

"Nak pergi mana?" Soal Liana Qasha perlahan.

"Kita lepak minum-minum aje. Jahar ikut sekalilah. Kalau tak macam mana kita nak ke bandar." Syakilla ketawa kecil.

Liana Qasha turut tersenyum di hujung talian. Memang pun! Azhar itu dah macam bodyguard mereka berdua. Paling dia suka, Azhar tak pernah rasa malu keluar dengan perempuan-perempuan ni. Dia memikir seketika. Elok juga kalau aku keluar ambil angin sekejap. Duduk rumah menghadap muka Abang Fazrul buat apa? Buat sakit hati aje. Lagipun baru pukul 9.00 malam. Tapi mak kasi ke?

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now