bab 49

10.9K 295 6
                                    

Agak keberatan untuk Liana Qasha keluar dari kereta bila mereka sudah sampai di tempat yang Adrian ceritakan semasa dalam perjalanan ke sini. Macam mana kalau Abang Razi ada kat sini? Macam mana kalau Mummy Leha juga ada kat sini? Atau Abang Fazrul yang sedang mencarinya ketika ini? Macam-macam yang dia fikir sampai Adrian ketuk cermin kereta di bahagian sebelah pemandu pun Liana Qasha tak sedar. Terpaksalah Adrian membukakan pintu kereta di bahagian Liana Qasha.

"Apa lagi yang kau fikirkan, Qasha?" Adrian menunggu respons daripada Liana Qasha yang masih lagi diam membisu di tempat duduknya.

Matanya hanya memandang ke arah pintu masuk kelab yang agak biasa-biasa saja. Berbeza sungguh dengan tempat yang Abang Razi bawa dia berjumpa dengan Mummy Leha.

"Kita sekejap aje kan, encik?" soal Liana Qasha ragu-ragu.

"Ya,Qasha. Aku janji kejap aje. Lepas kita lepak minum-minum,kita baliklah. Kita kan sama-sama nak release tension," balas Adrian bersungguh-sungguh.

Akhirnya, Liana Qasha setuju. Perlahan-lahan dia keluar dari kereta. Terpaksa pula Adrian sabar dengan tingkah laku Liana Qasha yang serba-serbi lambat.

Mereka kini sudah pun masuk ke dalam kelab. Nampak lebih eksklusif dari tempat yang pernah Liana Qasha masuk dulu. Agaknya ini kelab untuk orang-orang kaya macam Adrian. Tetapi padat dan bising tetap sama suasananya. Nak tak nak Liana Qasha tengok ajelah gelagat manusia-manusia yang menari mencari ketenangan. Boleh tenang ke kalau berkunjung ke tempat-tempat macam ni?

Adrian menarik lembut tangan Liana Qasha untuk duduk di sebelahnya. Dalam tak sedar rupanya mereka sudah jauh ke tengah dan duduk di kawasan yang agak terlindung.

"Nak minum apa?" soal Adrian yang terpaksa tinggikan suara.

"Coke ada?" soal Liana Qasha pun turut sama menjerit.

Adrian mengangguk dan memesan dua minuman yang sama. Kemudian Adrian leka memandang sekeliling. Hari ini hari Rabu. Selalunya hari Rabu adalah hari ladies night. Eva Natasha selalunya suka berkunjung pada hari rabu sebab ladies night tak memerlukan perempuan untuk biayai kos makan dan minum di kelab tersebut. Semuanya ditanggung oleh lelaki.

"Encik cari siapa?" Dari tadi Liana Qasha perasan Adrian seperti mencari seseorang. Dia juga turutkan pandangan ke sekeliling. Tak nampak pun siapa-siapa dia kenal. Semuanya manusia yang sedang menari terkinja-kinja adalah!

"Aku nak buat perhitungan dengan Eva!" selesai menjawab, terus Adrian menuju ke satu arah. Terpaksa pula Liana Qasha menurut langkah Adrian yang laju saja berjalan.

"Eva!"

Eva Natasha yang sedang asyik bermesra dengan seorang lelaki masih tak sedar kehadiran Adrian di situ.

"Eva Natasha!" jerit Adrian lagi.

Kali ini baru Eva Natasha berpaling. Pasangan yamg sejak tadi asyik memadu asmara kini pucat lesi bila melihat Adrian tegak berdiri di hadapan mereka. Liana Qasha hanya berdiri tidak jauh dari Adrian.

"Ini kerja you, ya? Maknanya selama ni betullah cerita tentang you?" soal Adrian.

Eva Natasha hanya berpeluk tubuh dan menyilangkan kakinya. Dia merenung tepat wajah Adrian. Tak ada lagi wajah manis manja merayu-rayu minta perhatian Adrian bila nakkan sesuatu.

"Kalau betul, kenapa?" cabar Eva Natasha.

"Tak sangka, Eva. I ingatkan you setia. Tak curang dengan I. Tapi you pilih Datuk Khairunnizam ni daripada I. It's okay, Eva. You boleh teruskan hubungan you dengan Datuk miang keladi ni," balas Adrian.

"You jangan nak berlagak baik, Andie! Bukan I seorang aje yang curang. You pun sama! You ingat I tak tahu you ligat dengan perempuan lain sebelum ni? Tu? Itu buktinya! Dengan pembantu rumah pun jadi!" jerit Eva Natasha macam orang gila.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now