bab 57

10K 353 17
                                    

Bosan! Dari pagi selepas dia berbual dengan Liana Qasha di laman, sampailah ke petang dia hanya duduk, baring, makan dan tonton televisyen. Dia betul-betul berehat. Sekejap-sekejap dia mencari kelibat Liana Qasha.

Liana Qasha pulak, sesekali bantu Mak Cah yang sibuk di dapur. Hendak tolong lebih-lebih, Mak Cah tak beri. Dia suruh saja Liana Qasha berehat atau teman saja Adrian menonton televisyen. Bila Mak Cah kata begitu, pantas dia menggeleng. Segan yang teramat kalau dia berdua-duaan lagi dengan Adrian seperti pagi tadi.

Kini, dia duduk di bilik sambil baca novel kepunyaan Adrena yang dipinjam. Adrena juga sudah keluar berjumpa kawan-kawan. Ketukan pada pintu buat hati Liana Qasha kecut. Suara garau Adrian memanggilnya di sebalik pintu yang bertutup.

"Ya, encik. Sekejap." Bingkas Liana Qasha bangun dan laju tangannya memulas tombol pintu. Rambutnya yang terabai disisir dengan jari.

"Jom teman aku."

"Pergi mana?"

Adrian tersengih dan menunjukkan sesuatu ke arah Liana Qasha.

"Sahiba. Dah lama tak main. Selalu main dengan Ad. Hari ni kau jadi partner aku ya," ujar Adrian teruja.

Liana Qasha hanya tersenyum. Dulu-dulu dia selalu juga main permainam sahiba dengan Azhar dan Syakilla. Itu pun zaman mereka sekolah menengah.

"Kau tau main tak?" soal Adrian yang sudah bergerak ke ruang tamu.

Liana Qasha hanya mengekori dari belakang.

"Tau. Dulu zaman sekolah saya selalu main dengan kawan-kawan. Kenapa tiba-tiba encik ajak saya main ni?" soal Liana Qasha.

"Aku bosan. Nak ajak kau keluar pun,kau tak sihat sepenuhnya lagi. Sudahnya, aku teringat game ni. Itu aku ajak kau main sambil tunggu Mak Cah buat jemput-jemput kentang."

"Jemput-jemput kentang?"

"Ha,yalah. Jemput-jemput kegemaran aku. Mesti kau tak tau, kan? Lain kali tanyalah Mak Cah apa yang aku suka makan. Senang lepas ni kau boleh tolong buatkan kalau aku minta," ujar Adrian panjang lebar.

Mereka kini duduk bertentangan. Kemudian,Adrian membentangkan sekeping kad besar berukuran segi empat di atas meja Jepun dan muka menyusun serta membahagikam huruf-huruf, kemudian diletakkan di atas papan kecil yang ada.

"Ladies first," Adrian tersengih-sengih.

Liana Qasha mula berfikir dan mencari kosa kata yang sesuai untuk diletakkan di atas papan permainan. Selepas berfikir akhirnya Liana Qasha memilih perkataan H.A.T.I.

Adrian tersenyum dengan pemilihan perkataan Liana Qasha. Dia pula menyusun perkataan yang seterusnya C.I.N.T.A.

"Pandai encik susun silang kata ni,ya. Tak apa, giliran saya pulak." Leka Liana Qasha menyusun perkataan S.A.Y.A.N.G secara mendatar. Giliran Liana Qasha pulak tersenyum penuh makna.

"Sayang? Nak aku sambung? Jangan menyesal tau," giat Adrian sambil tersengih nakal. Kemudian, Adrian mula menyambung susun kata yang seterusnya. K.A.M.U.

Berkerut dahi Liana Qasha membacanya. Terkumut-kumit mulutnya membaca perkataan yang baru dibina Adrian. Sayang kamu. Entah kenapa Liana Qasha tersipu malu.

"Malu pulak. Giliran kau pulak, Qasha." Sengaja Adrian mengusik.

Liana Qasha merenung tepat ke arah anak mata Adrian yang setia merenungnya dengan senyuman. Hari ini Adrian sangat murah dengan senyuman. Kemudian mulut Adrian terkumat-kamit menyebut dua perkataan iaitu sayang tanpa mengeluarkan suara. Liana Qasha yang faham kata-kata itu cepat tertunduk dan mula membina kosa katanya pula.

Selesai meletakkan di atas papan, Liana Qasha bingkas bangun. Terus kakinya melangkah menuju ke bahagian dapur dan duduk di meja bular sambil menongkat dagu.

Adrian yang tercengang-cengang dengan tindakan Liana Qasha mula membaca sekali lagi kosa kata yang dibina oleh Liana Qasha. S.E.N.T.I.A.S.A. Adrian tersenyum girang. Okey. Satu perubahan yang  mula ketara. Adrian juga bangun dan menuju ke dapur. Sengaja mahu mengusik Liana Qasha. Dia mahu merenung gadis itu sehingga wajahnya kemerahan tanda malu.

Adrian jenguk ke ruang dapur. Kelihatan Liana Qasha duduk menongkat dagu dengan wajah yang jelas buntu. Adrian tidak terus tegur Liana Qasha sebaliknya dia mencapai gelas dan menuju ke peti sejuk. Mengambil air di dalam balang dan dituang ke dalam gelas. Kemudian dia duduk berhadapam dengan Liana Qasha yang kini tertunduk pula. Adrian menghabiskan sisa minumannya dan dia kembali merenung wajah Liana Qasha.

"Kenapa kau lari?" soal Adrian buat-buat tak faham.

"Saya kan dah kalah." Perlahan saja suara Liana Qasha.

"Kalau dari segi apa?"

"Maksud encik?"

"Kalah dari segi permainan atau perasaan, Qasha?"

"Apa encik cakap ni?" soal Liana Qasha. Jelas wajahnya kemerahan tanda malu ditebak begitu.

"Kau selalu cakap jujur dengan aku. Kau kata kau tak pernah menipu. Cuba kali ni kau jujur dengan aku. Permainan atau perasaan?" duga Adrian lagi.

"Dua-dua!" bentak Liana Qasha kemudian berlalu pergi. Terus dia menuju ke biliknya. Malunya tidak terkata. Dia yang gatal jari bina kosa kata itu jadi dia sendirilah bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

Adrian yang masih di dapur hanya ketawa kecil. Mujur Mak Cah tidak ada di dapur. Kalau tidak dia pasti tidak berpeluang menatap wajah malu-malu Liana Qasha begitu.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now