Tiga hari masa yang Mr.Peng bagi sudah tamat. Menggigil-gigil lutut Bujang bila orang-orang Mr.Peng memanggilnya dan mengheretnya dengan kasar. Kali ini Bujang tak jumpa mereka semua di bahagian bartender Kelab Matahari. Tetapi di dalam sebuah bilik rahsia yang terdapat di hujung kelab tersebut.
"Hai, Mr.Peng,"tegur Bujang agak takut-takut.
"Mana itu Fazrul?" soal Mr.Peng.
Bujang menelan air liur bila Mr.Peng bermain-main dengan pistol di tangannya. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut Mr.Peng.
"Saya dah suruh dia balik, Mr.Peng,"balas Bujang lemah. Dia tahu dia takkan boleh lari lagi. Nyawanya kini bagai telur di hujung tanduk. Dia takkan terlepas.
"Kalau ku tak subahat sama Fazrul, gua takkan buat ini macam. Gua sayang sama lu Bujang. Lu pekerja gua sangat rajin. Tapi lu dah khianat sama gua!" marah Mr.Peng.
"Tolong, Mr.Peng. Gua janji lepas ni gua takkan subahat sama dia. Lu nak bunuh dia pun gua tak kisah Mr.Peng," rayu Bujang.
Mr.Peng ketawa terbahak-bahak. Dia mula berdiri dan merapati Bujang yang melutut merayu di kakinya. Mr.Peng menarik rambut Bujang sekuat hati sampai Bujang mendongak memandang ke arahnya.
"Gua tak boleh percaya sama lu lagi, Bujang. Gua sudah bagi lu cukup masa." Mr.Peng nampaknya sudah nekad.
Bujang sudah mengongoi menangis. Dia betul-betul takut. Dia tahu nyawanya akan berakhir dalam tangan Mr.Peng. Mr.Peng menghalakan pistol di atas kepala Bujang betul-betul tepat di atas ubun-ubun Bujang. Dengan sekali tembakan, Bujang sudah terkulai tidak bernyawa. Mr.Peng memang tidak ada belas kasihan. Dia menyuruh orang-orangnya membersihkan tempat itu dan mengangkat mayat Bujang dan buang ke tempat lain.
"Lu dua orang, call kita punya orang dekat Kuala Lumpur sana. Pergi cari Fazrul sampai dapat! Kasi mampus!" jerit Mr.Peng.
Orang-orang Mr.Peng yang ramai akan segera mencari Fazrul. Biasanya mereka tak akan mengambil masa yang lama untuk menjejaki di mana Fazrul.
Mereka berdua ketawa terbahak-bahak di dalam kereta. Hujan masih lagi lebat. Selepas berjumpa dengan Liana Qasha di rumah Adrian, Fazrul terus menghubungi Eva Natasha. Dia mahu mengkhabarkan berita gembira itu. Eva Natasha bersetuju untuk menjemput Fazrul di tempat yang dijanjikan.
"Bagus! Cekap betul you buat kerja!" puji Eva Natasha.
"Mestilah! Ini Fazrullah! Aku dah lama dendam dengan budak tu! Kerjanya menyusahkan aku aje! Lagipun pakwe kau tu memang menyenangkan kerja aku! Dia tak kisahkan aku. Dia cuma attack Qasha aje," ujar Fazrul dengan bangga.
"Macam inilah bagus! Huh! Rasakan kau, Qasha! Mesti kau tengah menderita sekarang," ujar Eva Natasha. Dia masih memandu tanpa arah tujuan.
"Kau rasa sekarang ni apa agaknya yang tengah berlaku antara Qasha dan Adrian?" soal Fazrul perlahan. Dia tersenyum jahat.
"I rasa sekarang ni mesti Andie dah halau perempuan tak guna tu! I kenal sangat dengan Andie tu." Eva Natasha membalas senyuman Fazrul.
"Kalau macam tu, baik kita ke persekitaran rumah Adrian. Mana tahu kalau Qasha tu masih ada sekitar-sekitar situ? Hajat aku belum terlunas dengan dia." Fazrul menjongketkan kening.
Begitu juga dengan Eva Natasha. Ini adalah satu bonus! Fazrul sendiri berniat mahu menghancurkan masa depan Liana Qasha. Hatinya bersorak gembira. Mereka ketawa terbahak-bahak. Mampus kau, Qasha! Mata Eva Natasha semakin tajam memandang ke depan. Mesti Liana Qasha tidak dapat pergi jauh dari rumah Adrian disebabkam hujan lebat yang sedang mencurah-curah.
Buntu! Adrian sangat buntu. Perasaannya berbelah bagi. Dia jadi tak pasti sama ada mahu meneruskan niat mencari Liana Qasha ataupun membiarkan saja Liana Qasha memilih jalan hidupnya sendiri.
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirku
Romance1st romance by vannila_💯 Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sikap yang kejam selalu membuli Cinderella. Dipukul? Dihina? Memang semua tu Liana Qasha dah serik lalui semuanya. Dia yang harus membuat semua kerja rumah sementara ibu tiri dan abang tiri...