Adrian mahu melakukan kerja-kerja pejabatnya di ruang tamu rumah. pergerakannya terbatas untuk dia membuat semua kerja pejabatnya di bilik kerja yang disediakan khas di tingkat atas. Dia memang tidak betah untuk duduk lama-lama di rumah. Tambahan pula, Eva Natasha jarang pula mahu bertandang dan melawatnya ketika dia sakit begini.
Entah kekasih hati apalah Eva Natasha ini. Bukan dia tak bebas keluar masuk rumah Adrian waktu-waktu macam ini. Setiap kali telefon ada saja alasan.
"Qasha!" teriak Adrian. Dia menunggu Liana Qasha menghampirinya.
"Saya, encik," jawab Liana Qasha tercungap-cungap.
Adrian melihat penampilan Liana Qasha. Betul-betul macam orang kampung. Tak selera betul dia pandang. Waktu mula-mula jumpa, seksi bukan main lagi. Dia lihat Liana Qasha tercungap-cungap tak cukup nafas.
"kau ni bukan larian amal ke sampai tercungap-cungap ni?" Soal Adrian sinis.
"Mana ada. Dah encik panggil saya. Encik kata kalau panggil saya kena datang cepat," jawab Liana Qasha.
"Menjawab!" Adrian menjegilkan biji mata.
Liana Qasha terdiam. Kenapalah lancang sangat mulutnya ni! Suka sangat menjawab kata-kata Adrian!
"Sekarang ni aku nak kau pergi ambil semua fail yang ada kat atas meja kat bilik kerja aku. Tingkat atas hujung sebelah kiri. Ambil fail dengan kertas-kertas yang ada dalam tray." arah Adrian.
Liana Qasha mengangguk dan terus meniti anak tangga. Sampai di atas dia mencari bilik yang dikatakan oleh Adrian. Perlahan-lahan Liana Qasha memulas tombol pintu.
"Bersepahnya bilik kerja dia!" rungut Liana Qasha.
Dia mencari fail-fail yang Adrian minta. Kemudian dia ambil pula kertas-kertas yang memang terletak di dalam tray. Liana Qasha bawa kesemuanya turun.
Dari tingkat atas Adrian sudah memerhatikan Liana Qasha yang terkial-kial membawa semua fail-fail itu turun. Fail yang menggunung tinggi itu menghalang wajah Liana Qasha. Adrian tersenyum sedikit. Lucu melihat Liana Qasha membawa semua barang-barang yang dipinta.
"cepatlah sikit! Lembablah kau ni," rungut Adrian.
"Sabarlah,encik. Banyak ni," jawab Liana Qasha.
Gulp! Qasha! Kan dah janji tak nak menjawab?! Liana Qasha menelan air liur. Dia meletakkan semua fail dan kertas kerja di atas meja tanpa memandang wajah Adrian. Dia tahu Adrian sedang merenungnya.
"Saya ke Taman ya, encik. Tolong Mak Cah bagi makan ikan." Liana Qasha mahu melarikan diri. Dia tahu kalau dia tunggu lebih lama, macam-macam kata-kata nista dia akan terima daripada Adrian.
Mak Cah tersenyum melihat langkah sopan yang diatur Liana Qasha menuju ke arahnya. Liana Qasha membalas senyuman itu. Jam-jam begini memang semua kerja rumah telah pun selesai. Hanya mahu menyediakan minum petang buat Adrian pada pukul 5.00 petang nanti. Ada masa untuk Mak Cah berbual dengan Liana Qasha.
"Hai, Mak Cah. Dari jauh dah senyum-senyum. Ingat pakwe ke?" tegur Liana Qasha ramah.
"Isy, ada ke pakwe, yang ingat pakwe tu kamu, Qasha," usik Mak Cah pula.
Tersipu-sipu Liana Qasha. mendengar usikan Mak Cah.
"Tak adalah, Mak Cah teringat anak Mak Cah kat asrama. Besar Qasha nilah," jawab Mak Cah jujur.
"Anak Mak Cah belajar lagi, ya?" soal Liana Qasha seraya duduk bersebelahan dengan Mak Cah di dalam pondok mini di situ.
"Ya, Qasha ni asal dari mana? soal Mak Cah berhati-hati.
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirku
Romance1st romance by vannila_💯 Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sikap yang kejam selalu membuli Cinderella. Dipukul? Dihina? Memang semua tu Liana Qasha dah serik lalui semuanya. Dia yang harus membuat semua kerja rumah sementara ibu tiri dan abang tiri...