Bab 76

9.7K 285 14
                                    

Eva Natasha pula hanya ketawa terbahak-bahak. Dia mahu saksikan Liana Qasha tersungkur lemah sini. Biarkan dia rasa!

Adrian yang tak mampu bertahan lagi terus menuju ke arah Fazrul dan Eva Natasha. Tak sanggup dia mendengar suara Liana Qasha yang merayu supaya diperlakukan begitu terhadapnya.

"Bangsat!" jerit Adrian. Potongan besi yang terdapat di lorong itu digenggam kemas. Dia nekad kalau Fazrul melawan, dia terpaksa juga menggunakan kekerasan.

Eva Natasha dan Fazrul sama-sama terkejut. Namun, Fazrul masih memegang kejap baju dan lengan Liana Qasha. Dia menyauk leher Liana Qasha dari belakang.

"Encik! Tolong saya, encik!" jerit Liana Qasha. Dalam hatinya bersyukur kerana sekali lagi Adrian bertindak menyelamatkannya.

"Kau orang berpakat rupanya, ya! I betul-betul tak sangka, Eva." Adrian merenung tajam wajah Eva Natasha yang nampak ketakutan. Tembelangnya sudah pecah.

"Andie, dengar dulu apa I nak kata!" Eva Natasha mahu menyelamatkan diri.

"Sudah! Pergi mampus dengan semua alasan yang you bagi kat I. Dari mula lagi I dah dengar semuanya! You memang betina murahan, Eva," maki Adrian lagi.

"Memang! Memang I yang rancang semua ni! Tapi I buat semua ni untuk you! I sayangkan you!"Eva Natasha masih mahu menang.

"Ah! Pergi jahanam semua tu! I dah tak kenal you! I dah tak kenal perempuan bernama Eva lagi," ujar Adrian. Kemudian matanya memandang ke wajah Fazrul.

"Lepaskan Qasha," arah Adrian sambil menunjukkan besi di tangannya untuk menggertak Fazrul.

"Kau ingat aku senang-senang nak lepaskan,Qasha? Kau langkah mayat aku dulu." Fazrul juga nampaknya tak mahu mengalah. Dia mengeluarkan pisau lipat di dalam poket belakang seluar jeannya.

"Auw!" jerit Liana Qasha apabila mata pisau itu dibenamkan sedikit ke lehernya.

"Jangan kau berani apa-apakan dia!" gertak Adrian lagi.

"Kalau kau rapat, aku benamkan semua pisau ni kat leher dia! Biar dia mampus! Biar kita sama-sama tak dapat!" Fazrul ketawa terbahak-bahak.

Eva Natasha mengambil kesempatan di atas kelekaan Adrian yang bertengkar dengan Fazrul. Dia mencari apa-apa yang boleh dijadikan senjata. Kemudian dia terlihat botol kaca di tepi tayar keretanya.

"Argh!" Eva Natasha nekad mengayun botol kaca itu ke kepala Adrian.

Adrian terduduk kesakitan. Cecair merah mula mengalir di kepalanya.

"Eva...." Adrian tak sangka Eva Natasha akan bertidak sedemikian.

Eva Natasha memandang Adrian kemudian memandang botol kaca yang pecah di tangannya. Dia menyeringai sedikit kemudian ketawa pula. Ketawanya disambung oleh Fazrul.

"Bagus, Eva!" puji Fazrul.

Serentak dengan itu, lampu biru yang berkelip-kelip membuatkan kedua-duanya pucat lesi. Polis! Eva Natasha dan Fazrul saling berpandangan.

"Lari, Eva!" jerkah Fazrul. Dia yang panik juga melepaskan Liana Qasha.

Liana Qasha jatuh tersungkur. Kemudian dia gagahkan kakinya menghampiri Adrian yang terbaring lemah sambil memegang kepalanya.

"Encik Adrian?" Liana Qasha memangku kepala Adrian.

Eva Natasha dan Fazrul mula memecut kereta meninggalkan mereka di situ. Polis yang terlihat kereta Eva Natasha memecut meninggalkan kawasan itu, memasang siren dan mengejar kereta tersebut. Liana Qasha berharap mereka akan tumpas di tangan pihak polis. Seorang polis menghampiri mereka. Dia memeriksa keadaan Adrian dan Liana Qasha.

"Saya tak apa-apa, encik. Encik, tolong selamatkan Encik Adrian. Tolong, encik! Panggilkan ambulans! Dia cedera di kepala ni," rayu Liana Qasha sambil menangis teresak-esak. Wajah Adrian diusap.

"Cik, tenang ya, sekejap lagi ambulans akan sampai," ujar anggota polis tersebut. Dia menenangkan keadaan Liana Qasha dan Adrian.

"Encik Adrian, saya sayang encik. Saya tak nak encik mati. Saya nak encik selalu jaga saya. Saya sayang encik. Saya terima lamaran encik." Liana Qasha meluahkan rasa hatinya.

Adrian yang separuh sedar itu dapat mendengar dengan jelas kata-kata Liana Qasha. Dia menggenggam jari-jemari Liana Qasha.

"Qasha," panggil Adrian perlahan sebelum matanya tertutup rapat.

"Encik! Encik!" Liana Qasha menggoncang tubuh Adrian yang kaku di situ.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now