Bab 79

11K 278 6
                                    

Selesai mengemas, mereka berdua berehat sebentar keletihan di ruang tamu. Akhirnya berjaya juga mereka bersihkan bilik stor yang kotor dan berhabuk. Liana Qasha hulur air kosong sejuk untuk basahkan tekak.

"Qasha."

"Emm."

"Lapar."

Liana Qasha merenung sepasang anak mata yang sudah sedia merenungnya dengan raut wajah minta simpati. Dia ketawa perlahan. Selama bekerja di rumah Datuk Faizal dan Datin Salma dan berkhidmat dengan Adrian, hanya dia sahaja dapat rasa sisi mana manja Adrian.

Liana Qasha bingkas bangun. Buah hati dalam diamnya mangadu lapar, jadi dia kena cepat-cepat masakkan untuk lelaki itu. Baru seminit Liana Qasha di dapur, Adrian juga turut serta. Berdiri bersebelahan dengan Liana Qasha dan melihat gadis itu yang sedang membersihkan ikan yang sudah lembut. Hari ini Liana Qasha bercadang masak ringkas sahaja. Hanya mereka bertiga sahaja yang akan makan tengah hari di rumah.

"Encik pergilah duduk dulu. Saya masak kejap aje ni. Masak ringkas-ringkas dulu. Nanti malam saya masak sedap-sedap," ujar Liana Qasha tersenyum memandang lelaki di sebelahnya.

"Aku nak tolong kau." Adrian bersuara.

Tercengang-cengang Liana Qasha nendengar kata-kata Adrian. Kalau Adrian sama-sama berada di dapur, tak jadilah kerja memasaknya.

"Tak payahlah, encik. Saya boleh buat. Sekejap aje ni," tegah Liana Qasha.

"Tak apalah, aku tolong. Aku bukan tak reti masak. Dulu kan aku yang buat sup special untuk kau." Adrian mengingatkan.

"Ya, saya tahu. Tapi, biarlah saya masak. Encik duduk diam-diam kat depan sambil tengok televisyen." Liana Qasha masih tak membenarkan.

"Tadi kau dah tolong aku. Kali ni aku tolong kaulah pulak. Ini ke sayur kau nak masak? Aku tolong potongkan." Adrian pantas mengambil bekas dan sayur kemudian dibawa ke meja bulat di dapur tanpa sempat Liana Qasha menegahnya.

"Ikut suka hati enciklah. Tapi encik jangan mengadu atau kompelin pulak. Nanti kata saya dera encik pulak." Liana Qasha tersengih.

Adrian juga turut tersengih.

Kemudian,masing-masing senyap melakukan tugas sendiri. Sedang leka Liana Qasha menyiang ikan, terasa ada sesuatu dibaling dari belakang. Kelihatan lobak merah yang sudah di potong berbentu mancis jatuh ke dalam singki. Liana Qasha hanya mengetap gigi dan membiarkan. Dia tahu itu kerja Adrian yang mahu mengusik. Kemudian lobak merah dibaling lagi. Liana Qasha mengeluh perlahan.

"Encik, janganlah main-main. Makanan yang encik baling-baling tu," tegur Liana Qasha.

Kedengaran Adrian ketawa. Semakin galak pula dia lakukan aksi baling-membaling. Geram Liana Qasha sudah sampai ke tahapnya. Pantas tangannya mencapai cili merah yang  masih belum di potong dan dia balas kembali aksi baling-membaling ke arah Adrian.

Mereka tenggelam dan suka. Ketawa mesra tak ingat dunia dalam aksi kejar-mengejar dan membaling apa sahaja yang tercapai dek tangan. Air turut disimbah ke arah Liana Qasha. Basah lencun gadis itu dikerjakan oleh Adrian. Liana Qasha pula tak mahu mengalah. Sudah alang-alang basah, dia jirus juga Adrian dengan air. Habis basah dan lecak lantai di dapur. Mereka sudah tidak peduli dan ketawa silih berganti.

"Encik Adrian jahat!" jerit Liana Qasha.

"Nah! Ambik ni!" Adrian baling sayur kacang panjang pula ke arah Liana Qasha.

Liana Qasha menepis. Sedang mereka bergurau senda, akhirnya Adrian jatuh terjelepok akibat lantai yang basah dan licin.

"Encik!" Liana Qasha terus menerpa ke arah Adrian yang masih ketawa dan menggosok-gosok punggungnya yang terasa sengal.

"Encik tak apa-apa? Kaki encik okey?" Liana Qasha meraba-raba dan memegang lembut kaki Adrian yang pernah patah sebelum ini. Janganlah pula patah untuk kali kedua.

"Kaki aku okeylah. Kau janganlah risau." Adrian mengelus lembut rambut Liana Qasha yang ternyata gusar dengan keadaan Adrian.

"Mestilah saya risau, encik. Sebelum ni kaki encik pernah patah sebab saya, tak naklah kali kedua patah pun sebab saya jugak." Wajah Liana Qasha sudah berubah muram.

Adrian memegang lembut pipi Liana Qasha. Liana Qasha hanya diam membiarkan dan tunduk memandang kaki Adrian.

"Masya-Allah! Tsunami apa yang dah melanda ni?"

Dua pasang mata serentak menoleh ke empunya suara.

Melopong mulut Adrena apabila kakinya mahu melangkah mahu ke dapur. Dia memerhati sekeliling dapur yang berselerak kemudian memandang pula dua insan yang terduduk di lantai. Adrena tersenyum bila terlihatkan tangan Liana Qasha yang masih lagi berada di kaki Adrian.

Cepat-cepat Liana Qasha angkat dan alih tangannya. Malu betul bila dia ditangkap begitu oleh Adrena

"Nampak gayanya tak makan tengah harilah kita ni." Perli Adrena sambil tersenyum mengusik.

"Err... Kau pergi salin bajulah, Qasha. Kita makan kat luar. Jom, adik."

"Tak naklah kacau merpati sedang bercinta. Tak apa. Abang pergi aje bawak Qasha makan kat luar. Dapur ni, biar adik yang bereskan. Tapi, belanja lamb chop satu okey. Tapau!" Adrena sudah tersengih lebar. Dia menolak tubuh sasa abangnya untuk keluar dari dapur agar bersiap-siap untuk bawa Liana Qasha makan tengah hari di luar saja.

Baik Liana Qasha mahupun Adrian, masing-masing tersenyum geli hati dengan apa saja yang sudah mereka lakukan. Kesian dan tidak sampai hati pula Liana Qasha mahu meninggalkan Adrena mengemas dapur sendirian. Padahal, dia juga yang melayan karenah Adrian dan sepahkan dapur. Tetapi, Adrena degil dan tetap mahu Liana Qasha bersiap dan keluar makan dengan abangnya.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now