Bab 73

8.5K 303 14
                                    

"Encik, tolonglah percaya cakap saya, encik," rayu Liana Qasha lagi.

"Sudah! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi. Tolong pergi dari sini. Nah! Ambik duit gaji kau!" Adrian mencampak beberapa keping not 50 ringgit yang agak banyak. Kemudian dia terus menuju ke tingkat atas.

"Andie!"

Adrian buat-buat tak dengar panggilan Mak Cah. Kemudian Mak Cah memandang Liana Qasha yang sedang mengutip beberapa helai bajunya.

"Qasha,tak payah pergi ya. Tak payah dengar cakap Adrian. Qasha dengar cakap saya. Qasha tinggal lagi kat sini. Esok bila marah Adrian dah reda kita pujuk dia lagi. Mungkin sekarang ni dia tengah serabut. Mungkin jugak sebenarnya dia tak ada niat pun nak suruh Qasha keluar dari rumah ni, "pujuk Datin Salma. Dia memaut bahu Liana Qasha supaya berdiri.

Liana Qasha menggeleng kepalanya perlahan. Dia merenung sayu ke wajah Mak Cah yang turut basah dengan air mata. Dia memeluk Mak Cah dengan erat. Kemudian dia memandang sayu ke arah Datuk Faizal, Datin Salma dan Adrena. Dia mula sayangkan seluruh ahli keluarga Adrian.

"Biarlah Qasha keluar. Untuk apa Qasha tinggal lagi kat sini kalau Encik Adrian dah benci Qasha?" balas Liana Qasha kesedihan.

"Jangan macam tu, Qasha. Adrian yang Mak Cah kenal bukan macam tu. Mesti dia tengah marah sekarang," tegah Mak Cah.

"Tak, Mak Cah. Qasha tahu Encik Adrian dah bencikan Qasha. Dia memang tak percayakan Qasha lagi. Biarlah Qasha pergi, Mak Cah. Ambiklah baju-baju ni semua Mak Cah, ini semua duit Encik Adrian. Gaji ni, Qasha tak nak. Qasha tak ada hak ambik duit ni. Mak Cah tolong pulangkan kat Encik Adrian, ya." Sayu sahaja suara Liana Qasha menyampaikan pesan kepada Mak Cah.

"Qasha, janganlah macam ni. Awak nak tinggalkan kita semua ke?" umpan Adrena pula.

"Cik Ad janganlah nangis. Saya okey. Kalau ada masa nanti kita jumpa lagi. Terima kasih cik sebab sudi bagi baju, kasut, handbag kat saya," ujar Liana Qasha sambik teresak-esak.

Datuk Faizal dan Datin Salma hanya memandang simpati. Liana Qasha beralih memandang Mak Cah pula bila terdengar suara Mak Cah yang mula menangis.

"Mak Cah, Mak Cah kan ada Encik Adrian. Keluarga rumah ni semua sayangkan Mak Cah. Mak Cah selamat kat sini. Kalau saya terus tinggal kat sini, belum tentu Mak Cah selamat. Saya tahu abang tiri saya tu jahat! Saya tak nak babitkan Mak Cah dan Encik Adrian," jelas Liana Qasha panjang lebar. Dia memegang kedua-dua belah pipi Mak Cah.

" Mak Cah dah sayang Qasha macam anak Mak Cah sendiri. Tolonglah jangan pergi,"pujuk Mak Cah lagi.

Liana Qasha menggeleng kepala. Dia paksa bibirnya untuk menguntumkan senyuman.

"Mak Cah jaga Encik Adrian baik-baik. Nasihatkan yang elok-elok untuk dia. Dia mesti boleh berubah jadi lebih baik. Kirimkan salam saya kat dia, ya." Liana Qasha merenggangkan genggaman tangannya ke tangan Mak Cah.

"Qasha..." Mak Cah sudah habis kata-kata untuk memujuk Liana Qasha.

"Datuk, Datin, Cik Ad dan Mak Cah, Qasha pergi dulu. Halalkan segala makan minum Qasha selama Qasha tinggal kat sini. Bye." Liana Qasha nekad mahu keluar dari rumah itu.

Dia memandang langit kelam dan petir yang mula sabung-menyabung. Dia harus mengharungi juga hujan malam itu. Dia hanya menurut ke mana sahaja kakinya melangkah.

Dari tingkat atas, Adrian mengintai di sebalik langsir. Dia dapat lihat dengan jelas kelibat Liana Qasha yang berjalan di dalam hujan. Keluar dari rumah hanya sehelai sepinggang. Dia tak tahu ke mana arah tuju gadis itu.

Tipulah kalau dia tak merasa pedih walau sedikit pun. Hatinya turut terusik apabila Liana Qasha berlari-lari anak di dalam hujan. Hatinya meronta-ronta untuk menjerit memanggil Liana Qasha, namun ditahan sahaja.

Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Dia tahu itu pasti Mak Cah atau ahli keluarganya yang lain.

"Abang! Sanggup abang buat macam ni? Adik ingat abang sukakan Qasha?" soal Adrena dalam tangisan.

"Sudahlah, dik! Abang malas nak dengar lagi. Yang salah patut dihukum," balas Adrian. Dia menghempas tubuh di atas sofa.

Adrena masih tidak berganjak di depan pintu bilik Adrian.

"Tapi berperikemanusiaan sikit! Hujan lebat kat luar sana!" lawan Adrena lagi.

"Bisinglah!"

"Puaslah hati Andie sekarang. Tergamak Andie buat Qasha macam tu. Kesian dia, Andie. Kita tak tahu bahaya apa yang menimpa dia kat luar sana. Manalah dia nak pergi dalam keadaan hujan lebat kat luar sana," sampuk Mak Cah pula.

"Andie, mama kenal Andie bukan macam ni. Andie yang mama kenal sangat nice and gentlemen dengan perempuan. Kenapa berubah sampai macam ni?" soal Datin Salma dengan lembut.

Datin Salma merapati Adrian dan duduk di sebelah anaknya. Bahu anak bujangnya disentuh lembut. Dia cuba memujuk Adrian dengan caranya sebagai seorang ibu.

"Andie tak tahu mama. Andie tak tahu kenapa Andie marah sangat dekat dia, mungkin sebab..."

"You love her, Andie?" soal Datuk Faizal pula.

Spontan Adrian mendongak memandang Datuk Faizal yang entah bila muncul di dalam bilik itu. Masing-masing juga turut diam sebab nak tahu jawapan dari mulut Adrian sendiri.

"I don't know." Itu saja yang mampu Adrian ucapkan. Walhal dalam hatinya meronta-ronta untuk mengatakan ya.

"Jangan tipu diri sendirilah, abang! Bukan Ad tak nampak cara abang layan dia sejak kebelakangan ni. Hari tu yang kat kolam tu apa? Bukan abang cuba nak lamar dia?"

Adrian diam.

"Kalau betul Andie sayangkan dia, Andie patut pergi dapatkan dia semula. Mungkin dia tak bersalah. Mungkin betul abang tiri dia tu ada niat tak baik kat dia. Pergi Andie, sebelum Andie menyesal." Datin Salma cuba memujuk.

Adrian bingkas bangun dan mundar-mandir. Sememangnya perasaannya tak tenang selepas Liana Qasha melangkah keluar dari rumah itu. Sepatutnya dia berasa lega dan senang hati bila Liana Qasha sudah tiada, tetapi itulah yang dia rasa. Rasa tidak tenang.

"Andie, sampai ke hati Andie buat Qasha macam tu? Hujan lebat sekarang ni, Andie. Manalah tempat Qasha tu nak berteduh. Dia bukan tahu selok-belok kat Kuala Lumpur ni. Tolonglah cari dia, Andie. Mak Cah rayu ni," rayu Mak Cah.

Hati Adrian semakin kuat menyuruhnya menjejaki Liana Qasha. Dia tidak menghiraukan rayuan Mak Cah tetapi dia tetap melangkah turun ke bawah dan menuju ke dapur. Air suam diteguk perlahan. Mak Cah mengekori langkah Adrian sehingga ke dapur. Dia hanya merenung wajah anak muda itu.

"Saya nak keluar! Nak tenangkan fikiran! Boleh gila kalau saya terus ada kat dalam rumah ni. Mak Cah dan yang lain-lain tak payah tunggu saya," Adrian terus mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah.

Mak Cah hanya memandang sayu langkah Adrian. Sekurang-kurangnya dia berasa lega. Mungkin Adrian termakan juga rayuan mereka semua. Dia juga berdoa supaya hati Adrian dilembutkan.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now