bab 33

14.4K 425 40
                                    

Rahimah menghabiskan jahitan sembat di kain baju kurung yang ditempah oleh seorang jiran di kampung itu. Sekarang ini dengan manjahit baju-baju kurung sahajalah sumber pendapatannya. Itu pun cukup-cukup makan. Lagipun bukan ramai orang yang nak tempah baju dengan dia. Adalah seorang dua. Kalau ada Liana Qasha bolehlah dia mendapat pendapatan tambahan.

Mengenangkam Liana Qasha hatinya sakit sangat! Kalau dia jumpa Liana Qasha, pasti pipi gadis itu akan ditampar-ditampar. Rambut gadis itu akan ditarik-tarik. Biar sampai luruh rambutnya! Asalkan hatinya puas. Rahimah mendengus geram. Kini tinggallah dia berdua dengan Fazrul. Beberapa hari lepas Fazrul dah pun mula bekerja di Kelab Matahari, tempat Bujang selalu ke sana.

"Assalamualaikum, Imah." Hendon merapati Rahimah yang duduk di anak tangga rumahnya.

Rahimah memanggungkan kepala. Dia tersenyum nipis. Dia bukan tak tahu niat sebenar Hendon datang menyinggah di rumahnya. Tak lain tak bukan mesti nak tanya khabar tentang Liana Qasha.

"Emm, waalaikummussalam," jawab Rahimah ala kadar.

"Banyak ke kau ambik upah manjahit baju ni?" Hendon sekadar berbaik-baik.

Dia memandang raut wajah Rahimah yang sedikit cengkang. Mungkin makan hati dengan perbuatan Liana Qasha yang melarikan diri dari rumah. Tapi, Hendon rasa bukan salah Liana Qasha. Gadis itu lari mesti sebab dia tak tahan dengan layanan Rahimah kepadanya. Dari dulu sampailah Liana Qasha dah besar panjang tak pernah Rahimah layan gadis itu dengan baik. Asyik nak memaki hamun saja.

"Tak adalah banyak sangat. Faham-faham ajelah, sekarang ni bukannya musim raya. Kalau raya tu lain ceritalah. Dapat juga aku tukar set kerusi baru," jawab Rahimah.

"Tak apalah, Imah. Ni ada jugak rezeki kau," balas Hendon.

"Ni semua budak Qasha tu punya pasal! Kalau tak, tak mungkin Ramlan meninggal. Tak mungkin aku susah sampai macam ni," rungut Rahimah. Dia mengerling ke wajah Hendon. Puas hati dia dapat luahkan apa yang terpendam walaupun dia tahu Hendon bukannya berpihak kepadanya. Hendon sangat sayangkan Liana Qasha.

"Astagfirullah al-azim. Kenapa kau cakap macam tu? Ramlan tu meninggal sebab dah ajal dia. Bukan Qasha penyebabnya. Bawak mengucap, Imah. Tak baik kata macam tu. Itu namanya kau tak terima qada dan qadar yang Allah dah tetapkan balas Hendon.

Rahimah mencemik. Eh, Hendon ni! Nak bagi ceramah kat aku pulak! Nasib baiklah kau ni tetamu aku. Kalau tidak sikit lagi aku nak halau kau!

"Sudahlah, Hendon. Buat apa kau nak menangis. Buang masa aje. Dia ada ingatkan kau? Tak ada, kan? Sikit pun dia tak hantar khabar berita kat kau. Dekat aku memang taklah!" soal Rahimah sinis. Dia seperti mengejek Hendon yang beria-ia terkenangkan Liana Qasha padahal gadis itu sedikit pun tai menghantarkan khabar berita kepadanya.

"Aku tahu aku ni bukan siapa-siapa pun, Imah. Tapi aku dah anggap dia macam anak aku sendiri," balas Hendon. Dia mula bangkit daripada duduknya di anak tangga rumah Rahimah.

"Tak apalah, Imah. Aku balik dulu. Kalau ada khabar berita daripada Qasha jangan lupa bagitau aku." Hendom bersalaman dengan Rahimah.

"Emm! Yelah."

Setelah Hendon memalingkam wajah untuk balik ke rumahnya, rahimah mencemik dan menjeling Hendon. Meluat sungguh dia dengam Hendon. Hendon juga sama sahaja seperti arwah suaminya. Sangat menyayangi Liana Qasha. Kalau ada khabar berita daripada budak Fazul tu, aku dulu yang akan melompat kerjakan dia.

Rahimah juga masuk ke dalam rumah. Hari juga sudah menjelang petang. Sebentar lagi pasti azan maghrib berkumandang. Rahimah teringatkan Fazrul. Entah macam manalah keadaan Fazrul yang bekerja di Kelab Matahari. Harap-haraplah Si Fazrul tu dapat jumpa Liana Qasha di Kuala Lumpur tu.

Menjelang pukul 4.00 pagi, barulah Fazrul pulang ke rumah. Dia dah buat kunci pendua, jadi dia tak payah dah nak ketuk-ketuk pintu macam orang gila. Lebih-lebih lagi kalau dia balik dalam keadaan mabuk. Hendon jiran mereka pun boleh dengar ketukan Fazrul.

Rahimah yang baru keluar dari bilik air, berjalan perlahan menghampiri Fazrul. Dia hidu-hidu badan dan nafaz Fazrul.

"Tak mabul pulak?" Rahimah menjeling paras Fazrul yang nampak layu.

Fazrul mengerling wajah Rahimah sekilas. Dia terus menuju ke dapur mencari air sejuk di dalam peti ais. Rahimah juga turut ke dapur. Ada benda yang dia nak cakapkan pada Fazrul.

"Pak Cik Bujang ada kat sana?" soal Rahimah sambil duduk di kerusi meja makan.

"Ada," jawab Fazrul ringkas sambil meneguk rakus air sejuk sambil berdiri memegang pintu peti ais.

"Mak call Pak Cik bujang kau tak berjawab," rungut Rahimah.

Fazrul mengerling Rahimah lagi. Dia meletak cawan ke dalam singki. "Dia sibuk tu mak. Tadi pun aku jumpa dia kejap sangat.

"Esok kalau kau jumpa Pak Cik Bujang,bagi tau dia mak banyak kali call dia tak jawab. Kadang-kadang telefon dia off. Cakap kat dia, aku ni bukan tunggul nak tunggu aje." Rahimah mula naik angin. Dia macam dapat hidu Bujang cuba nak jauhkan diri daripada dia. Lama juga dia tak menjenguk Rahimah di rumah.

"Nanti aku sampaikan kat dia. Dia memang sibuk mak. Mak kenalah faham. Kalau mak tak percaya, nanti mak ke sanalah. Macamlah mak tak biasa." Fazrul tersenyum sinis. Dia tunggu reaksi Rahimah. Apa Rahimah nak kata. Kalau Rahimah nak ke sana,biarRahimah tengok sendiri apa kekasih hati dia buat. Mesti Bujang menggelabah.

"Mana kau tahu aku biasa ke sana?" soal Fahimah.

Macamlah Fazrul tu bodoh. Macamlah Fazrul tu budak kecil. Mestilah dia tahu. Banyak sumber boleh bagitahu dia. Contohnya daripada Bujang sendiri.

"Aku tahulah, mak. Tak payah nak soroklah." Fazrul tersenyum sebelum meninggalkan Rahimah terkulat-kulat di dapur sendirian.

Cis! Ini mesti Bujang punya kerja. Mesti dia dah beritahu Fazrul. Rahimah hanya menjeling Fazrul yang masuk ke dalam bilik. Selepas Liana Qasha lari, bilik itu jadi kepunyaan Fazrul. Tak payah lagi Fazrul nak tidur bergelimpangan di ruang tamu.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now