BAB 1

3.2K 123 29
                                    

Afzan Shah kelihatan segak menyarungkan pakaian pengantin yang ditempah khas dari pereka fashion terkenal di Paris. Hari yang sangat dinanti-nantikan. Hari yang amat bermakna baginya. Hari yang bakal menyatukan dia dengan wanita pujaan hatinya, Ariana Syifa seorang model yang sangat dicintai. Dia memilih untuk mengadakan majlis perkahwinannya di Paris.

Selepas ibu bapanya meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dia berumur 13 tahun, dia berpindah ke Paris dan dibesarkan oleh neneknya.

"Wah, handsomenya cucu nenek ni. Seiras macam arwah daddy kamu dulu. " kata Nenek Nona memuji cucunya.

"Eh, cucu nenek ni memang handsome sejak lahir. Baru perasan ke.. " jawab Afzan cuba berseloroh. Menutupkan rasa debar didada.

"Ya.. tahu. Haih, mula lah tu dia nak perasan sendiri. " kata Nenek Nona membetulkan baju yang disarung cucunya.

"Nenek, kalau mommy dengan daddy masih ada mesti diorang gembira kan. " kata Afzan. Air mukanya berubah terkenangkan kedua ibu bapanya yang tiada semasa hari perkahwinannya.

Sungguh dia rindukan dan berasa kekurangan belaian dari dua orang insan yang bergelar ibu dan bapa. Setiap hari dalam hidupnya dia cuba menguatkan diri dan menjadi insan yang berjaya tanpa memalukan neneknya seorang yang berjaya dan terpengaruh dalam bidang perniagaan. Ariana Syifa sentiasa membantu dan menyokongnya dalam apa cara. Sentiasa menerima kelebihan dan kekurangannya.

Bunyi pintu bilik diketuk mematikan lamunannya. Pintu bilik dibuka dan melihat rakan baiknya merangkap sepupunya Azriq Haikal terpacul dihadapn pintu mempamerkan wajah kurang senang.

"Kenapa Riq ? " soal Afzan.

"Bro, kita ada masalah ni. " jawab Azriq. Fikirannya bercelaru. Bagaimana hendak menerangkan hal itu pada sepupunya ni.

Afzan hanya diam menanti penerangan lanjut dari kata-kata Azriq tadi.

"Semuanya dah siap. Cuma tunggu kau turun dewan tu je. Tapi masalahnya sekarang ni Yana takda. Dia dah lari bro. " terang Azriq sambil tangannya menepuk perlahan bahu Afzan.

"No way bro. Takkan lah dia nak lari time hari wedding kitorang. Maybe dia pergi toilet ke nak tenangkan diri. Kau jangan lah nak buat lawak. " jawab Afzan.

Dia tidak percaya dengan kata-kata sepupunya tu. Tak mungkin Ariana menghilang pada hari penting macam ni. Nenek Nona yang sedang duduk dikerusi mendengar percakapan Azriq dan Afzan tadi bangun dan menuju kearah mereka.

"Betul ke apa yang nenek dengar ni ? Haa Riq ? " soal Nenek Nona cuba mendapatkan kepastian.

"Betul nek. Tadi diorang ketuk pintu bilik dia untuk jemput dia turun ke dewan. Then, bila masuk dalam bilik tu kosong. Dia takda. Yang ada cuma pakaian pengantin dia je atas katil dan dia ada tinggalkan nota. " terang Azriq kepada Nenek Nona.

Dia mengeluarkan helaian nota yang berlipat dari poket seluarnya dan dihulurkan kepada Afzan.

-Af, first of all i nak minta maaf sangat dekat u. I terpaksa buat macam ni. I sayangkan u sangat2. Tapi i terpaksa pilih jalan ni. I'm pregnant. I takda niat pun nak malukan u dan family u. I'm so sorry.-

Nota itu dibacanya perlahan dengan tangannya yang bergetar. Sakit rasa hatinya. Berat rasa kepalanya. Dunianya seakan berpusing dan gelap gelita. Afzan menguatkan diri menuju ke arah kerusi yang berdekatan. Selepas beberapa langkah dia rebah jatuh kelantai.


••••••••••

Afzan terjaga dari lena dengan harapan apa yang terjadi pada hari semalam hanyalah mimpi buruk yang menerpa dalam tidurnya. Tapi, itulah hakikat yang dia tidak dapat terima. Hakikat wanita yang dicintainya lari ketika majlis perkahwinan mereka. Hakikat bahawa wanita yang dicintainya itu curang dibelakangnya. Telefon bimbit diatas meja dicapai. Tangannya segera mendial nombor Ariana Shifa. Dia tidak berputus asa untuk menghubungi Ariana dari semalam walaupun dia tahu ianya sia-sia kerana Ariana tidak akan menjawab panggilannya. Tidak cukup dengan mendial, dia menghantar mesej dan whatsapp kepada Ariana pula.

Beberapa minit kemudian, telefonnya berdering menandakan ada mesej masuk. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat nama pengirimnya.

-Af, i rasa u tak perlu nak kacau hidup i dah lepas ni. Stop calling me. Ya, i dah tak sayangkan u. Selama ni memang i gunakan u sebab u kaya. Pada mula perkenalan kita i memang jujur. Tapi bila i dapat tahu latar belakang keluarga u, i lebih pandangkan duit u. Maafkan i. Dan jangan ganggu i lagi.-

Sakit hatinya membaca kiriman mesej Ariana tu. Dia meretap bibirnya menahan marah. Telefonnya dihempaskan kedinding sehingga pecah dan bertarai dilantai.

'Maaf ? Senang je kau cakap. Kau permainkan hati aku selama ni. Maaf ? Perempuan tak guna. Aku takkan pernah maafkan kau.'

••••••••••

Sara Alisya membetulkan tudung yang tersarung dikepalanya. Serabai akibat ditarik oleh pesakitnya yang mengamuk tadi.

'Haih, bekerja dengan pesakit-pesakit macam ni memang kena banyak bersabar. Kena tarik tudung.. kena baling dengan makanan.. tu semua dah biasa sangat.' Keluhnya dalam hati.

Dia keluar dari tandas dan menuju ke pejabatnya. Dilihat sahabat baiknya Nana sudahpun tercegat didalam pejabatnya. Tak lain tak bukan nak menyebok pasal kejadian tadi.

"Haa. Apa cerita ? Aku nampak kau bergusti dengan pesakit tadi. " kata Nana.

"Aku bergusti ? Aku ni yang kena belasah tau. Habis tudung aku ni haa kena tarik. Nasib baik tak tercabut. " jawab Sara.

"Haish, apasal sampai boleh kena belasah dengan pesakit ni ? " soal Nana. Tangannya ligat bermain dengan patung yang ada di meja Sara.

"Biasa lah. Diorang tertekan. Kita ni kena banyak sabar lah. Mental kena kuat. " jawabnya tenang. Memang itu moto kerja Sara sebagai seorang doktor psikiatri.

"Haa.. iyelah Dr. Sara Alisya. Jom kita pergi lunch, perut aku dah main lagu monster ni. "

Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)Where stories live. Discover now