"Exactly ! Why not korang dua je yang kahwin."
Hampir terlepas juga lah cawan yang Sara pegang tu sebab terkejut tiba-tiba entah dari mana si Afzan tu muncul.
'Eh, dah tukar baju ? Dia ni mandi dekat mana ? Takkan kat tandas awam kot ? Lagipun tadi dia keluar tak nampak pulak dia bawak apa-apa. Dia terus keluar macam tu je.'
"Kau merepek apa ni Af. Nenek nak kau yang kahwin dengan dia bukan aku." Jawab Azriq. Dia terus beredar dari situ. Dia taknak rasa marahnya pada Afzan semakin bertambah.
Hanya tinggal Sara berdua dengan Afzan. Sara langsung tak keluarkan sepatah kata. Rasa marah dan kecewa dia pada Afzan masih tersisa.
"Aku rasa kau tak perlu kot nak bandingkan aku dengan Riq. Aku selesa jadi diri aku sendiri tak payah nak ikut orang." Kata Afzan. Memang dia terdengar perbualan antara Azriq dan Sara tadi.
"Masalahnya sekarang, yang terpacak depan saya yang mengamuk tak tentu pasal siang tadi tu bukan Afzan yang sebenar. Am i right ?" Jawab Sara.
"You know nothing about me. So tak perlu berlagak macam kau dah masak sangat dengan cara aku." Jawab Afzan sinis dan terus beredar meninggalkan Sara bersama angin malam.
Pagi-pagi lagi satu rumah tu sudah mula sibuk dan riuh rendah. Masing-masing tangkas dan membuat persiapan akhir. Majlis pernikahan Sara dan Afzan akan bermula selepas zohor nanti. Sara yang sudah selesai dicalitkan alat sentuhan makeup yang sangat cantik dan natural dari salah seorang sepupunya.
"Aku tahu kau suka dia. Kalau kau nak tukar dengan aku pun aku tak kisah Riq." Kata Afzan cuba memecahkan suasana dingin antara dia dan Azriq. Sejak dari tadi hanya mereka berdua saja dalam bilik tu, tapi mereka langsung tak bersuara.
Langkah Azriq terhenti dan dia tenung tepat ke arah Azfan. Macam-macam rasa yang bercampur dalam hati dia sekarang. Tapi dia cuba buang sebab dia taknak perkara macam ni boleh rosakkan hubungan rapat dia dengan Afzan.
"Kau tahu kan yang aku sayang sangat kat nenek. Aku tahu kau pun sayang nenek. So aku taknak kecewakan dia. Aku tahu nenek lebih sayangkan kau sebab dia yang jaga kau selama ni. Aku cuma nak dia happy tu je. Ya, memang aku sukakan Sara tapi di mata dia cuma nampak kau." Jawab Azriq.
"Please Riq, aku taknak semua ni. Aku tak suka pun kat dia kenapa aku kena kahwin dengan dia pulak ? Belum terlambat kalau aku nak hentikan semua ni kan ?"
"Apa benda kau ni ? Kau nak nenek malu buat kali ke-2 ke ? Satu hari nanti kau akan terima juga semua ni Af percaya lah. Aku redha kalau bukan jodoh aku dengan dia. Tapi kalau kau sakitkan hati dia lepas ni aku takkan duduk diam je."
Afzan tersenyum kelat sambil menepuk bahu Azriq. Memang dia rasa bersalah Azriq tu sudah dia anggap seperti adik beradik dia sendiri kerana mereka membesar bersama. Tapi dalam masa yang sama ia makin meningkatkan rasa marahnya pada Sara. Pada dia, kalau Sara tak terima semuanya hal ini tak akan berlaku.
Sara sudahpun siap dan tampil menawan menyarung busana pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkemuka tanah air. Wajah mamanya itu dipandang sayu. Air mata yang semakin galak nak menitis ditahan taknak rosakkan makeup dia yang makan masa berjam lamanya untuk siap.
"Betul ke apa yang Sara buat sekarang mama ? Betul ke keputusan yang Sara ambil ni ?" Soal Sara pada mama dia. Setia menunggu apa saja jawapan yang keluar dari mulut mamanya. Kalau perlu dia batalkan semuanya dan mengundur dia akan lakukannya.
"Mama dan papa yakin ini yang terbaik untuk kamu. Kami tak pernah menyesal buat semua ni demi kamu. Mama dan papa sentiasa doakan yang terbaik untuk Sara." Jawabnya, dahi Sara dikucup lembut.
Semua saudara mara sudah pun memenuhi ruang dimana majlis pernikahan dijalankan. Tuhan saja yang tahu rasa gemuruh yang tengah membanjiri Sara sekarang. Lagi gelisah bila dia masih belum nampak kelibat Afzan dari tadi.
"Nek, Afzan tak lari kan ?" Soal Sara kepada Nenek Nona yang anggun berbaju kurung ungu dan selendang berwarna lembut dililit menutupi kepala.
"Jangan risau sayang. Af takkan buat macam tu." Jawab Nenek Nona sambil membelai lembut bahunya.
Beberapa minit kemudian Afzan muncul bersama dengan Azriq. Mata Azriq sudah tertancap pada Sara yang sangat menarik dimatanya, Afzan pula langsung tak pedulikan Sara Alisya.
Dikelilingi dan disaksikan oleh rakan-rakan serta sanak saudara akhirnya Sara Alisya dan Afzan Shah telah pun selamat diijabkabulkan. Semua para tetamu menadah tangan ketika doa sedang dibaca. Sara rasa bahunya ditepuk perlahan dari belakang, Datin Sofiah memberi isyarat untuk berbisik ditelinga Sara.
"Sara, maksu terkilan tau sebab tak dapat nak jadikan Sara ni menantu maksu." Sara hanya mampu membalasnya dengan senyuman hambar.
'Nak buat macam mana, anak maksu tu yang lambat muncul.'
Tiba masa untuk sarung cincin. Afzan duduk berhadapan menghadap Sara Alisya untuk menyarung cincin tapi dia langsung tak pandang muka Sara. Jurugambar yang merupakan rakan kenalan Nenek Nona, pantas ambil kesempatan untuk menangkap aksi-aksi mereka berdua saat menyarung cincin.
"Okay Afzan lepas ni saya nak awak cium dahi isteri awak dalam 5 minit saya akan ambil gambar."
Tetamu yang lain sudah bersorak mengusik mereka berdua. Sara pula dah tersipu malu dekat situ. Sara seorang saja yang tersipu malu. Afzan ? Masih acuh tak acuh dengan arahan jurugambar tadi.
Bengang juga Sara melihat sikap keras kepala Afzan tu. Bibirnya lenguh kerana gigih mengekalkan senyuman yang semanis mungkin bagi mengkaburi mata-mata tetamu lain. Yalah, nanti pelik pula bila mereka lihat muka Sara masam mencuka.
"Bagi kerjasama, please. Saya dah rimas dekat sini and semua orang dah pandang kita sekarang ni" bisik Sara pada Afzan.
Mahu atau pun tak, Afzan tetap kena turuti sebab banyak mata-mata yang tertumpu kearah mereka sekarang ni. Ada juga yang sudah bersedia dengan kamera masing-masing, tak mahu terlepas adegan ala-ala romantis.
Afzan sudah mula penat dan malas melayan kerenah jurugambar tu, senyuman yang dia cuba kekalkan dari tadi sudah menjadi hambar begitu juga Sara.
"I think dah boleh stop kot photoshoot ni semua. Gambar banyak-banyak pon nak letak mana kan. Kalau nak framekan tu satu ke dua gambar dah cukup rasanya. Tak muat dinding dah nak gantung. Okay, im done." Kata Afzan dan terus pergi tanpa menghiraukan jurugambar tu.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update