Terdengar bunyi riuh rendah pekerja-pekerja lain di depan. Maklumlah, meja kerja Sara ni memang jauh dari pekerja yang lain. Memang betul-betul menghadap bilik "boss". Dalam bunyi bising pekerja-pekerja tu, telinganya dapat menangkap suara yang sangat dia kenal.
"Nenek ??" Sara bangun menuju kearah bunyi suara tu.
'Ya, memang nenek. Apa pulak nenek buat dekat sini. Kalau dia tahu aku tak buat kerja apa-apa, matilah aku kena marah. Nanti dia fikir aku cuba nak lingkupkan syarikat dia pulak.' Getus hati Sara. Gelabah dia bila Nenek Nona datang mengejut ke syarikat macam tu.
"Sara, kenapa nampak risau sangat tu ? Ada apa-apa masalah ke ?" Tegur Nenek Nona. Dari tadi dia dah perasan Sara hanya tercegat berdiri disitu. Nampak macam risaukan sesuatu.
Mata pekerja-pekerja lain dah tertumpu semua ke arah Sara Alisya. Masing-masing berbisik sesama sendiri. Ada yang menjeling, ada yang hanya tersenyum. Ada juga sepasang mata yang dari tadi setia memandang dengan wajah manis. Sara mencium lembut tangan Nenek Nona.
"Nenek, kenapa tak bagitahu hari ni nak datang office ?"
"Saja je nenek nak buat surprise. Afzan ada dalam bilik dia ke ?"
"Eh, Puan Sri kenal ke dengan PA baru Encik Afzan ni ?" soal salah seorang pekerja yang rasanya dah lama berkhidmat disyarikat tu. Sebab hanya dia je yang nampak ramah berbual dengan Nenek Nona sejak tadi.
"Sangat kenal, Rita. Sara ni dah macam cucu saya juga." Sara hanya mampu tersenyum je dengar kata-kata Nenek Nona tu. Merah pipinya memang tak dapat nak di sembunyikan lagi. Dalam masa yang sama dia takut juga akan buah mulut orang sekeliling. Apalah yang pekerja lain fikir nanti.
"Af.. ups sorry, Encik Afzan ada dalam bilik dia."
"Okay. Takpe biar nenek pergi jumpa dia sendiri. Sara sambung lah buat kerja Sara ye.
'Maksud dia sama dengan "Sara sambung lah termenung ye." Nenek, please pujuk cucu nenek tu supaya cepat-cepat pecat Sara.'
"So, Dr. Sara Alisya sekarang you dah 'tukar selera' ke ?"
Akhirnya....
Azriq memberanikan diri mulakan bicara dengan Sara. Wanita yang mungkin telah mencuit hatinya."Sorry ? Tukar selera ? Hahaha mana ada."
'Duh, sejak bila dia ni duduk belakang aku. Aik kenapa lah tak ikut nenek kau pergi masuk jumpa sepupu kau tu. Haaa awkwardddd'"Btw, Im Azriq Haikal, sepupu Af. Hebat you ni kan, boleh buat dua kerja dalam satu masa." Azriq masih lagi cuba menghilangkan sedikit rasa janggal(?) antara dia dan Sara.
"Dua kerja ? Maksud Encik Azriq ?"
"Tak payah nak encik encik. Just Azriq or Riq or Az or Kal. Panggil je yang mana you selesa. No, i mean you boleh jadi PA Afzan dekat pejabat ni and you boleh jadi doktor juga dekat hospital kan."
"Okay. So, saya panggil awak Haikal. Corrections. One, saya tak buat dua kerja pun sebenarnya. Two, sekarang saya dah korbankan kerjaya doktor saya tu. Three, this is not my choice. Saya terpaksa."
"Wait, terpaksa ??? Explain please."
"Nothing to explain, Haikal. Maybe ni dah takdir or nasib saya."
"Bro, kau datang sini sebab nak ayat PA aku ke apa ?" Afzan yang tiba-tiba muncul tu mematikan perbualan mereka berdua.
'Its not the right time bro.' Getus hati Azriq. Kacau line betul.
"Sara, masuk kejap. Dari tadi panggil tak dengar ke ?"
"Eh, mana ada awak panggil saya. Takde dengar apa-apa pun." jawab Sara.
"Kalau dah tengah rancak sangat berborak dekat situ mana nak dengar aku panggil kan. Dah, masuk bilik aku sekarang."
Sambil mereka berdua berjalan masuk ke ruangan meja Afzan, sempat lagi Azriq berbisik.
"Afzan tu memang garang macam ni ke dekat office ?"
"Macam yang awak tengok dan dengar tadi lah."
.
.
.
.
."Nek, boleh hantar orang lain tak pergi seminar tu ? Af taknak lah."
"No. Nenek takkan hantar orang lain, Af tetap akan pergi seminar tu dan nenek nak Af pergi dengan Sara."
"What ?!" Serentak mereka bertiga bersuara.
Wait...Bertiga ??
Semua enam pasang mata tu tertumpu pada Azriq. Ya, suara ketiga tu milik Azriq Haikal.
'Duhh, nek. Kenapa mesti pergi berdua ? Baru nak masuk line. Memang tak bagi chance langsung ke apa ni.'
"What ? No, maksud Riq tak perlu kot bawa Sara sekali ke seminar tu sebab PA tak perlu pergi kan nek. Biar lah dia duduk dekat pejabat ni macam biasa."
"Tak apalah. Nanti selama Af dan Sara di Langkawi, nenek dan Riq kan ada boleh uruskan kerja-kerja disini." Kata Nenek Nona.
"No its okay. Af bawa dia. Sebab dia ni nampak sangat tak tahu macam mana nak kerja dalam syarikat ni. Makan gaji buta-buta je nanti."
Sara sudah menarik muka masam.
'Amboii, suka-suka hati kau je nak cakap aku ni makan gaji buta. Dah kau yang tak bagi aku kerja aku juga yang salah. Asyik suruh buat kopi, kena ikut kau kemana-mana. Huh ! Menyampah tau !'"Haa, dah habis ke kau kutuk aku dalam hati tu?" Soalan Afzan hanya dibalas dengan jelingan tajam setajam pisau.
"Okay good. Kalau macam tu, minggu depan kamu berdua akan berangkat ke Langkawi. Tiket apa semua nenek dah uruskan."
"Tapi nek, Sara belum bagi keputusan apa-apa lagi. Sara tak cakap pun yang Sara setuju atau tak." Giliran Sara Alisya bersuara.
"Tak payah. Keputusan kau tak diperlukan. Kau setuju ke tak setuju ke kau tetap kena pergi sebab aku dah setuju."
"Mana boleh macam tu. Saya pun ada hak nak buat keputusan kan."
"Sudah, jangan kamu berdua nak bertekak pula kat sini. Nenek balik dulu ada banyak urusan lagi yang nak diuruskan." Kata Nenek Nona sebelum beredar.
Azriq pula, macam-macam yang berlegar-legar dalam fikiran. Ada jugak dia merungut sebab terlupa nak minta nombor telefon Sara tadi. Yelah, lepas Afzan kacau line tadi memang dia tak berpeluang langsung nak bercakap dengan Sara. Apatah lagi nak bertentang mata, memang tak dapat.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update