"Eh paginya nak pergi kerja ? Bukan ke hari ni shift petang ? " soal Dato' Asyraf.
"Nak pergi rumah Nenek Nona dulu. Em, mama tak cerita dekat papa ke pasal semalam ? " jawab Sara Alisya.
"Ada cerita. Hurm, kamu pergi lah tolong dia. Kesian bila dengar cerita pasal cucu dia tu. " kata Dato' Asyraf.
"Okay. Sara pergi dulu paa. " pamit Sara dan mencium tangan papanya.
Sambil memandu, kepala Sara pusing memikirkan cara rawatan yang sesuai berkenaan dengan kisah Afzan yang Nenek Nona ceritakan kepadanya semalam.
Kereta yang dipandu Sara, memasuki ruangan rumah Nenek Nona. Dia disambut oleh pembantu rumah yang ditugaskan untuk menyiram laman. Sara Alisya mempamerkan senyuman manis kepada pembantu rumah itu dan melangkah masuk kedalam. Matanya terpana melihat keindahan rumah Nenek Nona yang nampak elegant dan mewah.
"Assalamualaikum, Nenek. " ucap Sara Alisya dan menghulur tangan untuk menyalam Nenek Nona.
"Walaikumsalam. Meh duduk sini sayang. " jawab Nenek Nona.
"Sara dah sarapan ? Kalau belum jom kita sarapan sekali. " sambungnya lagi."Belum nek. Em, boleh juga. Perut Sara dah berkeroncong ni. Hehehee" jawab Sara tanpa segan.
'Ni baru namanya langkah kanan. Huhuhu. Alang-alang tengah lapar, buat muka tebal jelah.'"Okay. Jom kita sarapan dulu. Nenek masak mee goreng tadi. " kata Nenek Nona.
"Wahh.. nenek masak. Mesti sedap. " jawab Sara sambil tersenyum.
Selepas makan, Sara duduk diruang tamu sambil matanya melilau melihat gambar-gambar keluarga yang tergantung indah didinding. Matanya terpaku pada satu gambar Nenek Nona yang diapit dua orang cucunya yang masih kecil.
'Mesti gambar lama ni. Handsome juga cucu-cucu nenek ni.' Kata Sara dalam hati."Dua orang tu jelah harapan nenek sekarang, Sara. "
Kata-kata Nenek Nona itu mematikan lamunan Sara"Yang mana satu Afzan Shah ?" Soal Sara.
"Yang belah kanan tu." Tegak jari telunjuknya menunjukkan Afzan Shah kepada Sara.
Sara Alisya hanya mengangguk dan mengalihkan pandangannya kepada gambar-gambar yang lain. Semuanya gambar-gambar mereka semasa kecil, tiada yang baru.
"Puan Sri; Afzan belum sarapan lagi tu. " tiba-tiba pembantu Nenek Nona muncul.
"Kamu dah hantar makanan dekat bilik dia ? " soal Nenek Nona.
"Dah. Tadi saya ketuk pintu bilik dia. Tapi takde buka pun. Jadi, saya letakkan makanan tu di depan pintu. Tapi, tadi saya tengok makanan tu tak luak pun. Masih ada depan pintu tu lagi. " terang pembantu rumahnya panjang lebar.
"Tak apalah. Nanti saya naik ke bilik dia. " jawab Nenek Nona diiringi dengan keluhan.
Aku mengiringi langkah Nenek Nona menuju kebilik cucunya Afzan. Nenek Nona tunduk mengambil dulang makanan yang diletak dihadapan pintu bilik Afzan. Pintu bilik itu diketuk berkali-kali. Tapi masih tidak dibuka. Dia cuba membuka pintu tu, tapi berkunci.
"Sara, pegangkan dulang ni sekejap. Nenek nak pergi ambil kunci spare." Kata Nenek Nona dan menghulurkan dulang makanan itu kepada Sara.
Beberapa minit kemudian, Nenek Nona muncul dengan kunci spare ditangannya.
'Mak ai.. ni bilik ke gua. Gelap semacam je. Berbau pulak tu. Hadehh, berat ni. ' kata Sara bermonolog dalam hatinya. Terkejut dengan keadaan dan suasana bilik itu. Serba gelap tanpa sebarang pantulan cahaya.
"Af, bangun sarapan sayang." Perlahan suara Nenek Nona cuba mengejut Afzan dari tidur. Tapi tiada sebarang respond.
"Af.. bangunlah. Nenek bawa bubur ayam kegemaran Af ni. Nenek yang masak tau." Kata Nenek Nona lagi cuba memujuk.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update