BAB 19

334 9 0
                                    

Suasana pagi dirumah Nenek Nona begitu meriah disertai gelak tawa papa dan mama Sara Alisya. Nenek Nona berjaya memujuk mereka untuk menginap dirumahnya selama beberapa hari.

Selepas selesai majlis perkahwinan Afzan dan Sara semalam, mereka langsung tidak bertegur sapa. Malah, Sara berasa hairan bangkit saja dia dari tidur batang hidung Afzan langsung dia tak nampak.

'Semalam dia langsung tak masuk bilik. Sebuk dengan telefon di ruang tamu. Ni aku bangun dia tak ada jugak. Agaknya dia ke mana ya ? Takkan lah lari pulak ? Ke aku yang bangun lewat sangat ni ?'

Sara bangun membelek telefon nya.
"Eh, baru pukul 7:30. Takde lah lewat sangat aku bangun. Padahal, masa aku bangun subuh tadi pun dia takde."

Sara turun dari kamar, selepas mendengar bunyi gelak tawa dan telatah keluarganya dan juga keluarga barunya di dapur.

'Keluarga baru, macam mana aku nak sesuaikan diri dengan keluarga baru ni. Memang aku dah kenal lama dengan nenek. Yang merunsingkan aku sekarang ialah Maksu. Lagi-lagi bila teringat apa yang dia bisikkan dekat aku masa majlis semalam.'

"Eh, pengantin baru kita dah bangun." Sapa mama dengan senyuman manis terpancar di wajah.

"Sara, panggillah Af turun sekali kita sarapan sama-sama." kata Nenek Nona.

Sara melihat kearah Maksu. Dia hanya melontarkan senyuman kosong kepada Sara. Maklumlah nasi dah jadi bubur apa lagi dia boleh buat.

"Af takde dekat bilik nenek. Masa Sara bangun subuh tadi pun dia tak ada."

"Haa ? Tak ada ? Kemana pulak dia pergi ?" Nenek Nona hairan bercampur cemas memikirkan Afzan yang entah kemana tu.

"Dia takde telefon atau bagitahu kamu ke dia kemana Sara ?" Soal papanya pula.

"Tak ada papa. Semalam sebelum masuk tidur Sara nampak dia main telefon je dekat bawah ni. Rasanya dia memang tak ada masuk bilik malam tadi." Jawab Sara.

"Hey what's going on ? Kenapa kecoh pagi-pagi ni ?" Sapa Azriq.

"Afzan ni ha entah kemana pulak dia pergi. Risau pulak Nenek ni." Jawab Nenek Nona.

Beberapa minit kemudian terdengar bunyi deruman enjin kereta Afzan di luar.

"Haa, tu dia dah balik Nek. Jangan risau, kita tanya dia elok-elok dia pergi mana ye Nek." Azriq cuba menenangkan Neneknya itu.

Afzan menutup pintu keretanya perlahan - lahan dengan harapan dia siapa yang mendengar atau menghidu kepulangannya. Dia tidak mahu di soal siasat macam penjenayah kalau nenek dapat tahu yang dia tak ada dirumah ini semalam.

Langkah Afzan terhenti apabila dia melihat neneknya dan keluarga yang lain sudah berkumpul tanda mereka memang sedang menanti kepulangannya.

"Kamu dari mana ? Kamu tidur di mana semalam Af ? Kenapa tak balik ? Kamu keluar dengan siapa ?" soal Nenek Nona bertalu.

'Hah, aku dah agak dah. Mesti perempuan tu dah buka mulut pasal aku tak balik malam tadi. Tak guna betul.'

"Wow ! Nek, mana satu Af nak jawab ni." balasnya.

"Jawab semua !" jawab Neneknya kedengaran tegas.

"Af keluar ambil angin je semalam, lepas tu tertidur dalam kereta. Okay lah Af naik bilik dulu ye Nek, semua. Tak payah nak risaukan apa - apa lah. Af dah besar dewasa pandai lah jaga diri."

"Af nenek belum habis cakap lagi ni !"

Afzan masuk ke dalam biliknya dan dia perasan sesuatu yang berubah dalam bilik tu. Api amarah nya seakan membara membakar hati apabila dia melihat gambar - gambar dia bersama Ariana Shifa suatu ketika dahulu sudah tiada tersusun di tempat biasa. Malah digantikan dengan barang lain mungkin kepunyaan Sara.

"Sara Alisya !"

Mendengar namanya dilaung, Sara berlari anak mendaki tangga naik ke biliknya.

"Ya. Kenapa jerit ni kan semua tengah ada dekat bawah tu. Tak malu ke dekat mama dengan papa saya ?" Jawab Sara.

"Eh aku tak peduli lah semua tu. Mana kau letak barang - barang aku ?!"

"Barang apa ni ?"

"Kau tak payah nak buat-buat bodoh lah ! Mana barang-barang aku atas almari ni ?!"

Sara menutup rapat pintu bilik untuk mengelakkan keluarga yang lain terdengar yang dia dan Afzan sedang bertekak.

"Saya simpan lah. Kenapa nak letak gambar-gambar tu dekat sini lagi ?"

Semakin membuak api kemarahan Afzan. Dia menarik lengan Sara dengan kasar sehingga Sara terduduk di sisi katil.

"Eh perempuan ! Kau kahwin dengan aku bukan kehendak aku dan aku tak peduli pun apa yang keluarga kau fikir pasal aku. Ni semua kehendak nenek dan itu bukan lesen untuk kau sesuka hati usik barang-barang aku dalam bilik ni."

"Afzan. Kenapa dengan awak ni ? Kalau saya simpan pun gambar-gambar tu kenapa ? Awak sayangkan dia lagi ? Masih tak boleh lupakan dia ? Sampai awak berkasar dengan saya macam ni ?" Sara mengusap lengannya. Air mata yang hampir menitis tu ditahan. Dia taknak nampak lemah di depan Afzan.

"Aku masih sayangkan dia atau tak its none of your business. Kalau tahu tu barang aku lain kali jangan pandai-pandai nak sentuh, faham ?!"

Belum sempat lagi Sara menjawab kata-kata yang dilontarkan dari mulut Afzan tadi, Afzan sudah keluar meninggalkan dia.

'Nasib kau lah Sara, memperisterikan lelaki macam tu. Salah kau juga ikut sangat kemahuan orang lain tanpa kau fikir kesannya pada masa depan kau. YaAllah, kau kuatkan hati dan perasaan aku untuk hadapi semua ni. Kau timbulkan lah sedikit kebahagian dan seri dalam rumah tangga ku bersama dia.'

Semua orang rancak berborak sambil dihidangkan lauk pauk yang dimasak sendiri oleh Nenek Nona untuk makan malam mereka sekeluarga. Afzan pula hanya diam tidak menyampuk sepatah apa pun. Dalam kepala dia hanya berharap supaya cadangan dia untuk pindah keluar dari rumah itu diterima neneknya.

Senang cerita cadangan dia untuk membebaskan diri dari drama yang tak sudah ni. Afzan melihat sekeliling mencari peluang untuk mencuri perhatian semua yang masih rancak membualkan hal tak penting.

"Ehem !"

Afzan berdeham kuat mencuri perhatian yang lain. Dia aminum seteguk air membasahkan tekak sebelum memulakan bicara. Semua mata sudah tertumpu kearahnya.

"Af nak bawa Sara pindah rumah Af yang dekat Cheras." ringkas dan padat.

"Kenapa suka buat keputusan tak bincang dulu ye ?" Sara menyampuk.

"Sara mind your word, please." tegur Dato' Asyraf.

Pada awalnya, dia tidak mahu masuk campur memandangkan anak perempuannya itu sudah berumah tangga, tapi mana yang dia patut tegur dia akan tegur. Pada pandangannya, mungkin anak dia tu masih susah untuk biasakan diri dengan suasana baru macam ni.

Nenek Nona pula masih bersahaja tidak mengendahkan apa yang Afzan cakap. Afzan setia masih menunggu respon dari neneknya.

"Nek, at least say something, please. Takkan diam je ?" soal Afzan.

"Tak payah nak pindah keluar. Duduk je dekat sini."

"What ? Nek, Af dah kahwin dah ikut apa yang nenek nak. Bila Af nak pindah keluar dari rumah ni pon nenek tak izinkan ? Apa ni ?"

"Nenek tak habis cakap lagi kamu dah nak melenting. Dulu arwah daddy kamu lepas dia kahwin dengan arwah mummy kamu dia tak pernah bersuara nak keluar dari rumah ni. Paksu kamu ni pun sama."

"Please nek, jangan buat Af macam ni. Jangan berharap yang Af ni sama macam paksu and arwah daddy. What ever it is, Af still akan bawa Sara pindah keluar dari sini. We need our own space nek."

Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)Where stories live. Discover now