BAB 6

2.7K 133 16
                                    

Afzan menguak perlahan pintu bilik neneknya. Diekori Sara Alisya dari belakang. Tidak mahu terlepas adegan 'caring' mamat poyo seorang ni.

"Nenek, Af minta maaf kalau nenek jadi macam ni sebab Af. Af tahu nenek stress fikirkan Af. Tapi nenek kena faham, semua ni susah untuk Af terima. Im sorry nek. "  sambil mengusap lembut tangan neneknya.

"Nenek taknak Af terusan macam ni. Banyak benda lain yang kamu boleh buat untuk lupakan dia. Nenek taknak nanti kesihatan kamu terjejas. " jawab Nenek Nona.

"Nenek jangan risaukan pasal semua tu. Af tahu jaga diri sendiri. "

"Jaga diri apanya, cuba kamu tengok diri kamu sekarang ? Kamu dah berapa abad tak tengok cermin ni ? Tengok keadaan kamu sekarang ni, nenek dah tak kenal cucu nenek Afzan Shah. " jawab Nenek Nona kembali. Dia sedikit kecewa dengan kelakuan Afzan.

Afzan diam terkaku. Tidak langsung menjawab mahupun membalas kata-kata neneknya itu. Bukan dia yang mahu jadi begini. Dia tidak dapat terima atas apa yang Ariana lakukan pada dia.

"Nenek dah hired Sara untuk tolong kamu. Supaya kamu boleh jadi macam dulu semula. " kata neneknya.

"Tak perlu lah nek. Nak buat apa kaitkan orang luar dalam hal Af. Dia ni menyemak je dekat sini. " bantah Afzan tidak setuju dengan neneknya. Matanya menjeling tajam kearah Sara.

'Ewah ewah.. suka hati kau je nak cakap aku ni menyemak. Heee geram betul dengan dia ni. '  Getus Sara Alisya dalam hati sambil menggumpal buku limanya tu.

Sara Alisya duduk menikmati teh yang dihidang Kak Ina tadi sambil pandangannya dilemparkan keluar jendela.

"Hey perempuan. Kau balik je lah. Tak payah nak menyemak dekat sini. Nenek tu tak ada apa-apa pun. " kata Afzan dengan lagak sombongnya dan muka bengisnya.

"Sara Alisya nama diberi. Bukan 'perempuan'. Awak ni memang tak beradab macam ni ke ?" Balas Sara. Geram dengan kelakuan kurang matang Afzan tu.

"Suka hati aku lah nak sebut apa pun. Kau tu hanya orang luar je. Kau tak layak pun nak ajar aku. " jawab Afzan.

"Huh. Kesian lah nenek awak yang tengah sakit tu. Nak menghadap cucu dia yang macam ni. Macam budak-budak, perangai tu tak matang langsung. " bidas Sara.

Afzan yang geram dan tercabar dengan kata-kata Sara tadi segera merentap lengan Sara Alisya dengan kuat.
"Eh, sakit lah ! Awak ni kenapa haa ?! Dah gila ?! " jerit Sara merintih kesakitan. Tapi tak dihiraukan oleh Afzan.

"Hey ! Kau tu jaga sikit mulut kau ! Kau sekarang ada dekat rumah aku. Jangan ingat aku takut nak apa-apa kan kau ! Kau tak layak nak nasihat aku. Cermin diri kau tu dulu !" Bentak Afzan.

"Afzan ! Apa yang kamu buat ni ?! Lepas kan Sara tu. Astagfirullahalazim. " sergah Nenek Nona. Dia terdengar pertelingkahan Afzan dan Sara lalu segera dia keluar dari biliknya.

"Kenapa nenek nak bela sangat dia ni ? Nenek tak dengar ke tadi dia cakap apa ? Kurang ajar ! " kata Afzan.

"Ya. Nenek dengar. Tapi apa yang dia cakap tu ada betulnya Af.

"Maaf kalau saya kurang ajar. Memang sakit kalau dikhianati orang yang kita sayang. Tapi bukan ini caranya untuk awak teruskan hidup lepas apa yang dia dah buat pada awak. Sepatutnya awak bangkit dan jadi lebih berjaya supaya dia tak rasa yang dia menang dalam menjatuhkan awak. " kata Sara Alisya melihat Afzan yang seakan terdiam dengan kata-katanya tadi. Perlahan tangannya dilepaskan.

Afzan berlalu pergi meninggalkan Sara dan Nenek Nona disitu. Dia seakan terpukul dengan tindakan berani dan kata-kata yang keluar dari mulut Sara Alisya.

"Sara.. maafkan cucu nenek tu ya. Dia terlalu ikutkan perasaan marah dia sampai sanggup berkasar pada kamu. Nenek nak minta maaf bagi pihal dia ya. " kata Nenek Nona dengan penuh rasa bersalah.

"Tak apa lah nek. Sikit je. Sara minta maaf kalau apa yang Sara cakap tadi macam kurang ajar. Sara cuma nak sedarkan dia. " jawab Sara Alisya sambil mengusap pergelangan tangannya yang merah.

Nenek Nona hanya membalas kata-kata Sara dengan senyuman. Dia mengusap lembut belakang Sara Alisya. Dia agak bangga dengan tindakan berani Sara untuk cuba menyedarkan Afzan cucunya.

"Nek, Sara minta diri balik dulu ya. Sara nak pergi ke hospital dulu. " pamit Sara.

"Baiklah. Esok kamu datang awal ya. Kita sarapan sama-sama. Nenek rasa bersalah sangat tengok tangan kamu jadi merah macam tu. " kata Nenek Nona.

'Betul ke apa yang perempuan tu cakap ? Perlu ke aku berubah macam apa yang nenek nak ? Tipu kalau aku tak rindukan kehidupan aku yang dulu. Ya. Aku akan berubah tapi bukan kerana Sara Alisya tu. Tapi kerana diri aku sendiri. Sara Alisya, jangan harap kau akan terlepas dari semua ni.'

Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)Where stories live. Discover now