"Afzan, awak tak patut buat keputusan sendiri macam tu tau. Awak ingat saya ni hamba awak ke asyik nak kena ikut telunjuk awak." Rungut Sara. Afzan yang tekun memandu hanya menjeling sekilas saja. Langsung tak diendahkan rungutan Sara.
"Awak dengar tak apa saya cakap ni ? Kalau dengar, respond please. Saya taknak pergi seminar tu dengan awak. Faham tak ?"
"Ya. Aku dengar, aku dengar semua rungutan kau tu sejak dari dekat pejabat tadi. Kau tak penat ke ulang ayat-ayat yang sama dari tadi. Aku tak peduli, keputusan aku muktamad. Cuba kau fikir, kalau kau tak ikut aku pergi seminar tu kau tak akan dapat apa-apa ilmu berkaitan dengan urusan pejabat."
"Sebab itu bukan bidang saya. Hello~ awak lupa ke yang saya ni doktor psikiatri ? Awak yang tarik saya dalam bidang ni lepas tu nak salahkan saya pulak ?" Sara menyampuk.
"Eh,dah pandai menjawab ae sekarang ? Kau dapat keberanian dari mana ni ha?" Soal Azfan. Hairan dia sekarang Sara Alisya sudah berani melawan dan membantah kata-katanya.
"Saya cuma nak suarakan hak saya atas diri saya sendiri. Sebab saya dah penat tau asyik kena ikut telunjuk awak yang tak berapa nak lurus tu. Makin saya ikut cakap awak, makin seronok awak memerintah saya. Look, i'm just one of your employee not your wife. Well, saya akan bersimpati lah pada siapa saja yang bakal jadi isteri awak nanti sebab dapat suami poyo kepala batu macam awak ni."
Afzan hanya diam. Malas nak melayan semua rungutan Sara. Memang semakin hari dia seronok memerintah si Sara ni. Sebab apa saja yang dia arahkan Sara akan turuti walaupun beserta rungutan dan rasa marah. So, dia langsung tak pedulikan semua tu sebab dia tahu yang Sara akan mengikutnya ke seminar tu walaupun terpaksa. Semuanya atas nama NENEK.
.
.
.
Enjin kereta dimatikan. Sara keluar dengan riak mukanya yang masam dan sengaja menghempas pintu kereta Afzan sebagai tanda protes. Kunci keretanya dikeluarkan dari tas tangan miliknya. Tak seperti biasanya, Sara hanya berlalu pergi tanpa menyapa Nenek Nona di dalam. Memang marah betul tu.'Kalau marah pun tak payah lah hempas pintu kereta aku ni. Kalau rosak bukan kau pun nak bayar. Nak buat tunjuk perasaan pulak. Ingat aku kisah sangat. Perempuan semua sama je, tak boleh kena control sikit.' Rungut Afzan pulak.
"Eh, Af sorang je ke ? Sara mana ? Takkan dah balik ?" soal Nenek Nona bertalu. Dah jadi kebiasaan sebelum balik Sara akan menyapa nya dahulu atau minum petang bersamanya.
"Dia dah balik lah nek. Buat apa nak duduk sini lama-lama dia kan ada rumah sendiri. Lagipun buat semak mata lah nek."
"Kenapa cakap macam tu Af. Sara pun cucu nenek tau. Dia mesti marahkan sesuatu tu. Af bergaduh dengan Sara ye ?" Neneknya memang dapat menghidu sesuatu berlaku. Dia tahu selepas Sara dan Afzan hampir bertekak di hadapannya tadi, mesti mereka tu ada sambung bertekak dibelakangnya.
"Dia tu yang tak boleh nak ikut je apa orang dah tetapkan. Af yang bayar gaji dia, so dia patutnya ikut cakap Af. Ni tak, semuanya dia nak bantah merungut itu ini. Lepas tu bila orang malas layan nak marah pulak. Mengada tau. Dah lah nek, asyik cakap pasal dia buat sakit hati je. Af naik mandi dulu and nak rehat kejap."
Nenek Nona hanya mampu menggeleng saja dengan perangai cucunya itu. Pening rasa kepalanya nak melayankan kerenah cucu-cucunya ni. Entah apa lagi yang dia perlu lakukan untuk mengubah Afzan Shah supaya kembali seperti dulu. Tapi dia masih percaya hanya Sara Alisya saja yang boleh mengubah Afzan Shah.
.
.
.
.
.
Segala keperluan yang perlu dibawa bersama ke seminar itu sudah disediakan. Tapi pada raut wajah Nenek Nona terpampar beribu kerisauan. Tiket penerbangan Sara dan Afzan dilihatnya berkali-kali. Afzan masih tenang menghadap telefon bimbitnya. Sara Alisya ? Masih belum muncul lagi.'Dah nekad ke minah ni tak nak pergi seminar tu ? Tanpa fikirkan tentang nenek ? Selalunya kalau arahan nenek tak pernah langsung dia tolak. Takkan lah nak tunjuk perasaan pasal semalam pulak ? '
Beberapa minit kemudian kereta milik Sara masuk menderum di perkerangan rumah Nenek Nona. Bukan main gelabah dia keluar daripada kereta tu.
"Nek ! Sorry sorry sorry. Sara terlajak tidur harini."
"Yaallah Sara, nenek ingat Sara tak nak pergi ke langkawi tau. Nenek fikir yang kamu marahkan nenek sebab buat keputusan sendiri tanpa bagitahu kamu." Jelas Nenek Nona.
"Eh mana ada Sara marahkan nenek. Memang patut nenek buat keputusan sendiri sebab tu kan company nenek. Lain lah kalau orang yang tolong handle company tu yang buat keputusan ikut dia saja tu memang tak patut nek." Sengaj dia tekankan ayat tu tujuan nak perli si Afzan.
"Dah ? Habis dah bagi alasan membodek kau tu ? Ke tengah karang ayat lagi dalam kepala tu ? Pergi angkat sendiri barang-barang kau tu masuk dalam kereta." Celah Afzan. Panas je telinga dia bila diperli macam tu.
Azriq yang mendengar suara Sara dari dalam rumah tu segera keluar. Yelah, lepas ni seminggu tak dapat nak jumpa gadis idaman kan. Sebelum dia keluar, sempat saja dia curi-curi mengambil gambar Sara melalui telefon bimbitnya.
"What ? Saya kena angkat sendiri ke ? Berat tau dah lah bawa pakaian untuk seminggu, kalau dua tiga hari tu tak apalah." Rungut Sara.
"Its okay. Biar i tolong angkatkan bag you." Tiba-tiba Azriq muncul dan mencelah. Afzan dah tarik muka menyampah dekat tepi tu.
"Thank you Haikal. Baik sangat tak macam cousin you ni hati batu." Dush ! Kena perli lagi si Afzan tu.
"What ever. Cepat sikitlah. Sekarang ni dah lambat sebab kau tau. Nanti jalan jem apa semua kau punca dia. Lembab !" Bebel Afzan. Dia mencium tangan neneknya dan segera masuk kedalam kereta. Malas nak pedulikan si Sara lagi buat sakit hati.
"Ish suka hati je cakap orang lembab. Dia tu asyik nak marah-marah membebel macam orang tua." Rungut Sara.
Dia pun mencium lembut tangan Nenek Nona sempat lagi mencium kedua pipi nenek angkatnya itu. Tak lupa juga mengucapkan terima kasih pada Azriq yang menolongnya. Dan mereka berdua pun berangkat ke lapangan terbang untuk ke langkawi. Azriq menghantar Sara Alisya pergi dengan pandangan mata yang hampa.
.
.
.
.
.
Tibanya mereka berdua di langkawi, Afzan telah memaklumkan kepada pihak hotel tempat penginapannya supaya menghantar seseorang untuk menjemput mereka. Barang-barang sudah selesai dimasukkan kedalam kereta dan mereka di bawa ke hotel penginapan yang ditetapkan.Selesai mendaftar bilik, Afzan menyerahkan kunci bilik kepada Sara.
"Mari saya tunjukkan dimana bilik encik." Kata salah seorang pekerja di situ. Mereka berdua hanya mengekori pekerja itu sehingga sampai ke bilik penginapan."Eh, bilik awak depan bilik saya ke ??"
"Dah tu ? Kau nak aku duduk sebilik dengan kau ? Boleh je kalau kau nak."
"Eh, tak payah nak mengada ae. Tak boleh ke awak tempah bilik lain, tingkat atas ke bawah ke. Kenapa perlu bilik depan-depan."
"Kau ingat aku nak sangat duduk sebilik dengan kau. Aku tempah bilik depan-depan ni supaya senang nanti kau tak lambat hadir seminar tu. Tak adalah terlajak tidur macam pagi tadi."
Merah padam muka Sara. Malu lah bila seorang lelaki yang tegur perempuan terlajak tidur.
'Malunya~ kalau bakal suami aku tahu ni, mesti dah cabut lari.'
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update