Afzan mencapai telefon bimbitnya dan mendial nombor Sara.
"Hello, Sara. Cepat-cepat siap aku ambil kau dekat rumah sekarang.""Walaikumsalam. Tak perlu ambil saya. Saya dah ada dekat bawah ni tengah tunggu awak."
'Ish, dia ni memang tak reti nak bagi salam dulu ke ? Lepas tu dah lah letak phone macam tu je.'Tanpa berlengah Afzan mematikan talian dan segera turun kebawah. Melihat Sara yang sedang rancak berborak bersama Nenek Nona dan maksunya Datin Sofiah tu buatkan mood pagi dia terbang melayang.
"Ehem. Jom, dah lambat ni." Afzan berdehem.
"Eh, apa pun sarapan lah dulu. Nenek dah masak dan hidangkan untuk kamu. Lagipun Sara pun belum sarapan ni."
"Its okay nek. Af ada meeting penting harini."
"Meeting penting ? Kenapa saya tak tahu pun ?" Soal Sara mencelah.
'
Duh ! Apa masalah perempuan ni lembab sangat. Muka je lawa tapi lembab.'
Afzan hanya memberi isyarat jelingan matanya saja. Geram dengan sifat lurus bendul Sara tu."Bro, awalnya nak pergi office. Lepak lah dulu." Tegur Azriq yang entah munculnya dari mana.
Sebenarnya sejak dari tadi, dia asyik memerhati gerak geri dan tekun meneliti setiap inci bentuk wajah Sara Alisya yang telahpun memikat hatinya.
"Its okay bro. Aku ada meeting penting harini. So, kena cepat. Sara, tercegat apa lagi ? Jom."
Sara pamit mencium tangan Nenek Nona dan Datin Sofiah. Dia hanya mempamirkan senyuman manis kepada Azriq kerana dia masih belum kenal siapa jejaka tampan yang dari tadi asyik memandangnya. Terusik juga hati perempuan Sara dengan wajah tampan milik Azriq tu.
"Hari ni saya drive sendiri pergi office tau." kata Sara dah siap mengeluarkan kunci kereta dari dalam bag.
"Tak payah. Naik dengan aku je. Nanti kau lambat pulak entah merayap ke mana-mana.
Sara hanya mampu tarik muka protes. Entah kenapa dia tak berani nak membantah setiap apa yang diarah Afzan. Mungkin dia takut tengok muka bengis Afzan tu.
'Bengis-bengis pun handsome.'
Suasana sunyi dalam kereta mendatangkan aura tidak senang bagi Sara. Otaknya bekerja keras nak memikirkan ayat apa yang patut dia mulakan untuk memberitahu tentang niat dia untuk berhenti kerja di syarikat Afzan tu. Sesekali matanya menjeling kearah Afzan yang dari tadi tekun memandu.
"Nak cakap apa sebenarnya ?" Soal Afzan yang seolah dapat membaca apa yang berlegar dalam kepala Sara.
"Em, saya nak cakap something ni."
"Em, sebenarnya sa.. saya em..""Sejak bila jadi gagap pulak ni ? Cakap je lah aku ni bukan makan orang pun." Tegur Afzan mencelah. Hairan dengan Sara yang tiba-tiba bersikap pelik harini.
Sara masih lagi menyalahkan diri dia yang tiba-tiba jadi gagap tu.
'Malam tadi bukan main berani dan senang je aku praktis nak cakap dengan dia. Pagi ni tup tup jadi gagap pulak. Mana tak gagapnya, dengan riaksi muka bengis dia tu.'"Ehem, tak macam ni. Saya sebenarnya nak berhenti daripada jadi PA awak dekat syarikat tu." Fuhh lepas pun.
"Kenapa ? Nak jadi PA aku dekat rumah pulak ? Soal Afzan kembali.
"Eh, bukan macam tu. Saya nak berhenti jadi PA awak dan saya nak kerja semula dekat hospital tu."
Afzan memandau laju dan memakir keretanya ditepi jalan.
"Explain, why ?"
"Hish, cuba bawak kereta tu elok-elok. Nak tercabut jantung saya ni."
Sara menarik nafas panjang dan mulakan penjelasannya."Saya tak nak jadi PA awak. Saya nakkan kembali kerja saya sebagai doktor psikiatri dekat hospital tu. Saya rindu pesakit-pesakit saya kat sana. Dan saya tengok awak macam dah okay, so buat apa saya kerja dengan awak lagi kan. Lagi pun awak boleh lantik Dayana tu jadi PA awak. Dia mesti suka."
"Rindu pesakit ke rindu boyfriend kau kat hospital tu ?"
"Eh, mana ada. Betul lah saya rindu pesakit-pesakit saya. Please, saya nak berhenti."
"No ! Big no ! Kau kena kerja dengan aku selama-lamanya. Hanya aku saja yang boleh pecat kau. Hanya aku saja yang boleh buatkan kau berhenti kerja. Fullstop. Aku tak nak dengar apa-apa lagi."
Jawapan Afzan tu mematahkan hati Sara. Tidak tercapai niat dia nak kembali semula di hospital tu. Sepanjang perjalanan ke pejabat tu, Sara hanya berdiam diri saja nak tunjuk protes."Nek, siapa perempuan tadi tu ?"
Datin Sofiah yang tertarik dengan soalan anak terunanya itu tersenyum penuh makna."Ibu, bagi lah nombor telefon Sara tu dekat Sofiah. Nanti bolehlah Sofiah rapat-rapat dengan dia selalu ajak dia keluar temankan Sofiah shopping, makan-makan. Sara tu bagus budaknya. Dah lah cantik, baik budi pekerti dia, hormat orang tua pulak tu. Bagus untuk buat jadi calon menantu."
Azriq masih lagi menanti jawapan dari neneknya. Hati dia sangat terusik untuk mengenali perempuan itu dengan lebih lagi.
Memang dari tadi lagi Datin Sofiah ni cuba memujuk ibu mertuanya untuk dapatkan nombor telefon Sara. Tapi sengaja tidak dilayan kerana dia lebih tahu apa niat sebenar menantunya tu.
"Azriq, boleh teman nenek pergi office hari ni ? Nenek saja nak tengok perkembangan kat situ sejak Afzan ambil alih." sengaja Nenek Nona mengubah topik.
"Yes, sure." jawab Azriq dengan tersenyum lebar.
••••••••••
"Nek, nenek tak jawab lagi soalan Riq tau."
"Soalan yang mana pulak ni Riq ?"
"Soalan pagi tadi. Siapa perempuan yang datang pagi tadi tu ?"
"Ohh, dia tu lah doktor yang nenek pernah cerita dekat Riq haritu. Doktor yang nenek upah untuk rawat Afzan."
"Ohh, tapi kenapa dia kerja dekat office tu pulak ?"
"Haa tulah yang nenek pening dengan Af ni sekarang. Dia buat keputusan untuk hired Sara sebagai PA dia dekat office tu. Nenek tak boleh nak buat apa-apa sekarang. Afzan tu memang marah sangat dekat Sara. Entah apa lah yang dia nak buat nenek pun tak tahu. Sebab tu nenek ajak kamu teman nenek pergi pantau keadaan dekat syarikat tu."
"So, her name is Sara ?"
"Sara Alisya. Dia anak kawan lama nenek."
'Sara Alisya. Nice name. Orangnya pun comel, cantik, sopan santun. Perfect !' And i'm looking forward to know more about you Sara Alisya.'
Sara duduk diam termenung dimeja kerjanya. Dalam ramai-ramai pekerja disyarikat itu, meja dia saja yang sangat bersih dan kemas.....
.
.
.
.
.
....sebab Afzan si poyo tu tak pernah nak bagi dia buat apa-apa kerja. Hanya buat air, hantar kertas-kertas yang perlu dia tandatangan, ikut dia pergi mana-mana.
'Huhh, pelik juga aku. Memang ni ke kerja seorang PA ? Aku tengok dalam drama-drama tu watak PA macam lagi sibuk dari CEO.'
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update