Pangg !!
Habis bertarai pinggan yang dipegang oleh Nenek Nona tadi. Sara dan Kak Ina berlari mendapatkan Nenek Nona yang sudah pun terbaring dilantai.
"YaAllah nek ! "
"Puan Sri ! "
Bunyi kekecohan Kak Ina dan Sara Alisya itu membuatkan Afzan terjaga dari lenanya. Dia duduk ditepi birai katil dan meraup kasar mukanya.
"Afzan ! Mari sini tolong Nenek awak ni ! " jerit Sara memanggil Afzan.
Mendengar jeritan Sara tu, dengan segera Afzan berlari turun kebawah dan melihat apa yang telah berlaku. Alangkah terkejutnya Afzan bila melihat neneknya yang sudah terbaring dilantai.
"Nenek ! " pantas dia menolak Kak Ina yang berada disisi Nenek Nona itu ketepi.
"Apa kau dah buat dekat nenek aku ?! " soal Afzan kepada Sara Alisya.
"Mana ada saya buat apa-apa. Saya dengar bunyi pinggan pecah, bila saya datang tengok je nenek dah pengsan. " jawabnya.
"Habis tu ?! Kau biarkan aje ? Tak reti nak tolong ke ? Bodoh betul. " bebel Afzan menyalahkan Sara.
'Wah wah, ni dah lebih. Boleh suka hati nenek moyang dia je nak cakap aku bodoh.'
"Eh, hello.. kalau saya boleh dan larat angkat nenek ni ke bilik sendiri, tak perlu lah saya nak jerit-jerit panggil awak. Hishh, tak agak-agak langsung nak salahkan orang tu. " lantang suara Sara membidas kata-kata Afzan tadi.
Kak Ina sudah terkebil-kebil ditepi tu melihat gelagat Sara dan Afzan yang dari tadi asyik bergaduh.
"Maaf, saya rasa kita patut bawa Puan Sri masuk ke bilik sekarang. " kata Kak Ina cuba mencelah.
Afzan menjeling tajam kepada Sara dan segera mengendung(?) neneknya dan dibawa masuk ke dalam bilik. Mujurlah bilik neneknya tu berada ditingkat bawah saja. Sampai kebilik, Afzan membaringkan neneknya dengan berhati-hati diatas katil. Dia meletakkan belakang tangannya diatas dahi neneknya.
"Nenek tak demam pun. Macam mana boleh pengsan ? " kata Afzan sendiri.
"Mungkin dia stress atau letih kot ? " teka Sara Alisya.
Afzan hanya diam dan menjeling. Tidak mahu menerima kata-kata dan tekaan Sara tadi. Afzan segera mengarahkan Kak Ina yang dari tadi hanya berdiri tegak dipintu untuk menelefon doktor peribadi neneknya, Dr. Rahman.
'Eleh, nak jeling-jeling pulak. Tahu lah mata tu lawa. Huh ! Nyampah !'
Terasa tangan neneknya bergerak sedikit, Afzan terus mengalihkan pandangannya kearah neneknya. Perlahan dia mengusap tangannya neneknya yang sedikit berkedut itu. Sungguh dia risau kalau ada apa-apa berlaku kepada nenekya tu.
"Af.. " perlahan suara Nenek Nona memanggil cucu kesayangannya itu.
"Ya, nek. Nenek kenapa ni ? Sakit ke ? Sampai pengsan ni. Kalau nenek sakit bagitahu dekat Af ye.. " kata Afzan.
Neneknya hanya diam tidak menjawab apa-apa.
"Nenek letih ya ? Kita tunggu Uncle Rahman sampai ya nek. Tadi Af dan suruh Kak Ina call kan." Katanya lagi.
Sara Alisya yang hanya melihat adegan itu sedang berusaha keras untuk sembunyikan tawanya.
'Haa.. tunggu doktor sampai ya.. kau tak tahu ke yang kau tu dah kena tipu. Hahahaha'
*flashback*
"Macam ni, kita hanya kena plan cara supaya dia keluar dari bilik tu je. " sambung Sara lagi.
"Macam mana tu ? " soal Nenek Nona menunggu penjelasan.
"Macam ni nek, Sara nak cadangkan nenek kena pura-pura sakit untuk buatkan dia keluar dari bilik tu. "
"Yakin ke yang dia akan keluar dari bilik tu ? " soal Nenek Nona.
"Sangat yakin. Sebab nenek ni satu-satunya insan yang dia sayang, and yang jaga dia dari kecik sampai sekarang. Takkanlah kalau nenek tengah sakit pun dia tak nak keluar dari bilik tu. "
"Okay. Nenek ikut cadangan Sara. Kejap lagi kita mulakan 'lakonan' kita. " kata Nenek Nona. Pantas Nenek Nona menghulurkan tangannya untuk membuat high five.
Bunyi deruman enjin kereta milik Dr. Rahman mematikan lamunan Sara. Kak Ina dengan segera menyambut kedatangan Dr. Rahman itu. Bingkas Afzan bangun dari kedudukannya dan menuju kearah Dr. Rahman dan mereka bersalaman. Dia agak terkejut dengan keadaan Afzan yang sedikit tidak terurus tu. Tanpa mempedulikan pandangan Dr. Rahman terhadapnya, Afzan menceritakan apa yang berlaku pada neneknya tadi kepada Dr. Rahman.
Dr. Rahman hanya mengangguk kecil mendengar penjelasan Afzan. Dia mengeluarkan peralatan perubatan yang dibawa dari beg bimbitnya. Sebelum Dr. Rahman mula merawat Nenek Nona, dia meminta supaya semuanya menunggu diluar bagi memudahkan dia untuk merawat.
Selepas sahaja mereka semua keluar dari bilik itu, Nenek Nona bangun dan membetulkan sedikit duduknya.
"Eh, bukan ke Puan Sri tengah sakit ? " soal Dr. Rahman hairan.
"Maaflah dah buang masa doktor. Saya cuma berlakon je depan cucu saya tadi. " jelas Nenek Nona.
"Kenapa pulak Puan Sri buat macam tu ? " soal Dr. Rahman lagi.
"Saya terpaksa doktor. " jawabnya ringkas.
Dia tidak mahu menceritakan tentang Afzan kepada Dr. Rahman. Cukuplah Sara saja yang membantunya. Dia sangat yakin bahawa Sara Alisya mampu membantu dan mengubah Afzan supaya kembali seperti dulu.
"Doktor jangan bagitahu Afzan ya. "
"Okay. Puan Sri jangan risau. Tapi apa yang saya nak bagitahu Afzan tentang penyakit Puan sri ni ? " soal Dr. Rahman.
"Doktor cakap sajalah saya ni terlampau stress atau letih. " jawabnya sambil tersengih.
Setelah selesai perbualan mereka, Dr. Rahman keluar dari bilik itu dan menarik Afzan untuk pergi satu sudut. Dia menerangkan tentang sakit Nenek Nona tadi.
"Afzan, uncle nak kamu jaga nenek kamu tu. Jangan bagi dia stress dan terlampau letih. Dia pengsan tadi disebabkan dia terlampau stress. Uncle rasa lepas ni kamu jangan lah biarkan nenek kamu tu rasa tertekan. Dalam umurnya yang begini, banyak kemungkinan yang akan berlaku. Uncle harap kamu faham. " terang Dr. Rahman panjang lebar.
"Baik uncle. " jawab Afzan.
"Okaylah. Uncle balik dulu. Kamu jaga nenek kamu tu. " pamit Dr. Rahman.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update