BAB 11

2.5K 117 20
                                    

Sara duduk termenung dibirai katil. Memikirkan nasib diri yang selalu dibuli. Sampai bila dia kena bekerja disyarikat itu. Sudah lama dia meninggalkan pesakit-pesakit dan kerja-kerjanya dihospital. Dia rasa serba salah kerana terpaksa menyusahkan kawan baik dia Nana. Selama ketiadaannya Nana lah yang menggantikan semua kerja-kerja Sara. Sekali sekala ada juga Nana mengadu penat dan letih kerana banyak kerja. Tapi dia tidak juga menyalahkan Sara.

'Esok aku kena cakap dekat dia. Aku taknak terus kerja lagi dekat situ. Aku tak nak dia fikir yang aku kekal kerja di situ sebabkan duit. Memang gaji yang dibayar tu lebih dari cukup. Tapi sampai bila nak macam ni. Aku tak sanggup.'

*******

Makan malam sudap siap dihidangkan. Macam-macam lauk yang dimasak kerana hendak menyambut anak, menantu dan cucunya. Terdengar bunyi deruman enjin kereta Pak Hamid segera Nenek Nona pergi membuka pintu. Tak sabar nak menyambut mereka. Rindu juga dia pada anak dan cucunya Azriq.

"Assalamualaikum, ibu." sapa Dato' Azman lalu mencium tangan ibunya. Diikuti juga oleh menantunya Datin Sofiah.

"Walaikumsalam. Lamanya mak tak jumpa kamu berdua ni. Haa, pergi naik bilik mandi-mandi. Bilik kamu dah siap kemas pun. Ibu dah siapkan makan malam. Makanan kegemaran kamu, Azman."

"Wah, ibu ni kenapa susah-susah pulak. Terima kasih ya."

"Tak ada susahnya. Ibu masak ni untuk anak ibu juga."

"Baiklah. Kami naik mandi-mandi dulu ya. Nanti kami turun kita makan sekali ya ibu. By the way, mana Afzan?"

"Okay. Haa, Afzan ada dalam bilik dia tu. Tengah rehat agaknya. Balik dari pejabat tadi dia nampak penat. Azriq, nanti kalau kamu dah siap nak turun panggil lah dia sekali ya. Dia gembira sangat bila nenek kata kamu nak balik."

"Okay nek. Riq naik dulu ya."

Selesai mandi, Afzan menghempas badan di atas katik empuk bersaiz king miliknya. Sedang dia termenung, wajah Ariana Shifa muncul di fikiran.
'Apa khabar you sekarang, Yana?'

Lamunan dia terhenti apabila mendengar pintu biliknya diketuk.
"Masuk."

Melihat wajah Azriq yang tersembul dimuka pintu, bingkas Afzan bangun. Dipeluk erat sepupunya itu.

"How are you, bro? Feeling better now?" Soal Azriq.

"Feeling better bro. Much better."

"Alhamdulillah. Glad to hear that. Bunga bukan sekuntum kan."

"For me she is the one bro. Tak ada yang lain dah."

"So, kau nak membujang sampai tua ? Bro, takkan aku sorang je nak bagi nenek cicit?"

"Ofcourse."

"Hadoi, aku kena berusaha keras lah ni. Agak-agak nenek nak berapa orang cucu? Esok kau kena teman aku. Dah kena start makan jamu kuat ni."

Terletus gelak tawa Afzan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azriq tu. Sepupunya tu, memang kuat sangat 'loya buruk' dia. Kadang-kadang tak boleh nak serious sikit. Mesti ada selit lawaknya.

******

Suasana dimeja makan begitu meriah. Macam berkenduri pulak. Banyak sangat cerita yang hendak dikongsikan.

"Af, cuba teka haritu maksu jumpa siapa di Paris." Soal Datin Sofiah.

"Maa, enough. Kita tengah happy-happy ni. Jangan rosakkan keadaan." Halang Azriq.

Azriq memang sudah dapat agak apa yang akan keluar dari mulut mamanya tu. Walaupun sudah ditegah, masih lagi dia ingin ceritakan perkara tu pada Afzan. Memang dia dan mamanya ada berjumpa dengan Ariana semasa di Paris beberapa minggu lalu. Jika Afzan tahu bagaimana keadaan Ariana semasa itu pasti hatinya sakit. Ariana sudah sarat mengandung. Ternyata betul apa yang dinyatakan dalam nota yang ditulisnya.

"Maksu jumpa siapa?" Afzan berlagak selamba. Cuba menghadam apa yang bakal keluar dari mulut maksunya itu.

"Arina Shifa. You still remember her, right? And Af nak tahu macam mana keadaan dia masa maksu jumpa dia?"

"Sofiah, sudah lah tu. You jangan nak keruhkan lagi keadaan." Tegah suaminya pula. Tapi dia masih lagi tidak mengendahkan kata-kata suami dan anaknya tu.

Nenek Nona hanya menggeleng dengan perangai tidak matang menantunya tu. Tak habis lagi nak buat masalah.

Afzan masih berdiam. Dia berhenti menyuap makanan. Seleranya sudah hilang sejak nama Ariana disebut. Pahit rasa tekaknya nak menelan makanan.

"Ok fine. Walaupun Af tak jawab apa-apa, maksu nak bagitahu jugak. Masa kami jumpa dia, dia sedang sarat mengandung. Mengandung. Af patut rasa bersalah dan menyesal sebab lepaskan Yana. Now, dia mesti dah bahagia dengan orang lain. Bahagia yang sepatutnya Af yang dapat, Af sendiri dah lepaskan macam tu saja. Kalau Af tak buat salah, tak mungkin Yana buat macam tu."

"Maksu memang tak pernah nak percaya cakap Af." Kata Afzan. Dia sudah malas nak bertekak pasal perempuan yang sudah terang mempermainkan dia. Afzan bangun meninggalkan meja makan. Kini, suasana dimeja makan tu menjadi dingin. Masing-masing hanya diam membisu.

Pintu bilik dihempas kuat. Baran Afzan seakan tidak dapat dikawal. Barang-barang yang tersusun di biliknya itu habis berselarak dan pecah bertaburan dilantai. Bila dia berasa sedikit lega dengan amarah yang sudah dia lepaskan tadi, Afzan terduduk ditepi birai katil. Air mata lelakinya gugur buat kesekian kali.

Azriq menguak perlahan pintu bilik Afzan. Dia hanya mampu menggeleng melihat keadaan bilik yang bersepah. Dia menghampiri Afzan yang duduk ditepi birai katil tu. Azriq melabuhkan punggung disebelah Afzan.

"Bro, aku tahu kau kuat. Lupakan apa yang jadi sebelum ni antara kau dengan dia. Dia yang tinggalkan kau. Semua ni bukan salah kau." Azriq cuba untuk tenangkan Afzan.

"Betul. Semua ni salah dia. Dia dah curang dengan aku. Tapi mama kau, memang takkan pernah nak percaya apa yang aku cakap. Dia masih lagi nak membela perempuan tu."

"Aku minta maaf bagi pihak mama aku. Dia memang tak patut nak cakap macam tu and letak semua salah tu kat kau. Aku minta maaf lagi sekali bagi pihak mama."

Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)Where stories live. Discover now