Habis berselerak meja dan kerusi yang tersusun di perkarangan rumah tu. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandangnya dari tadi.
"Ariana, stop it ! Kau buat apa datang sini cari aku lagi ?" Bentak Afzan.
Ariana mula tenang selepas Afzan muncul di depan matanya. Lengan Afzan dirangkul dan belum sempat dia mengusap pipi Afzan tangannya ditepis kasar.
"Sampai hati you buat i macam ni Af. You tak pernah berkasar dengan i sebelum ni."
Nenek Nona yang melihat adegan itu tidak dapat menahan marahnya. Lagi-lagi bila dia dapat tahu yang Ariana kembali dan inginkan Afzan semula. Semua perkara yang berlaku semasa mereka di seminar sudah Sara ceritakan kepada Nenek Nona dan yang lain.
"Hey Ariana ! Kau pergi dari rumah aku ni ! Jangan harap kau akan dapat cucu aku kembali. Selagi aku hidup takde siapa yang boleh sakitkan cucu aku lagi !" Sara yang hanya diam memerhati dari tadi cuba menenangkan Nenek Nona. Bimbang jika menjejaskan kesihatan dia nanti.
"Kau balik Yana. Aku dah nak kahwin esok." Kata Afzan. Entah dia sedar ke tak apa yang dia cakap tu.
Nenek Nona sudah tersenyum gembira mendengar kata-kata yang keluar dari mulut cucunya.
'Eh, dia sedar tak apa yang dia cakap tu ? Maknanya dia setuju ke apa yang nenek cakap tadi ? Aku kena kahwin dengan dia ke ? Alamakkk"
"What ? Af, sampai hati you sanggup kahwin dengan orang lain. Senang je you lupakan i, you padam semua kenangan kita dalam hidup you ?"
"Bagi aku, kau dah lama mati dalam hidup aku Ariana Shifa. Aku bakal dapat isteri yang jauh lagi baik dari kau."
Afzan menarik Sara yang dari tadi berdiam diri disisi neneknya dan tangan Sara dipimpin sengaja nak tunjuk depan Ariana bahawa Sara Alisya adalah perempuan yang bakal jadi isterinya.
"I tak akan mengalah Af. I akan buktikan yang you tak akan bahagia dengan perempuan ni. I sanggup buat apa saja untuk dapat kan you kembali." Ariana beredar membawa amarahnya bersama.
Sara masih cuba untuk tenangkan Nenek Nona. Kerusi ditarik untuk Nenek Nona duduk. Belum sempat Sara meletakkan punggungnya di kerusi bersama Nenek Nona, Afzan menarik tangannya. Mereka kembali kedalam bilik dimana semua harus bincangkan tentang hal mereka tadi. Tapi hanya mereka berdua. Pintu dikunci, langsir dan tingkap ditutup.
Afzan dan Sara langsung tak mengeluarkan sepatah kata. Masing-masing diam seribu bahasa. Tiba-tiba Afzan bangun dan melempar pasu bunga perhiasan neneknya ke dinding sehingga pecah.
"Afzan apa masalah awak ni ?!" Bentak Sara kaget.
Diluar sudah kedengaran bunyi riuh rendah. Pintu bilik itu juga diketuk bertalu-talu. Suara Datuk Asyraf lantang menyeru nama anaknya. Diselang juga dengan suara Nenek Nona memanggil nama Afzan. Risau jika ada apa-apa perkara diluar jangka yang bakal Afzan lakukan.
"Kau. Apa masalah kau sebenarnya. Apa kau dah buat sampai semua jadi macam ni ? Apa kau dah buat ?!" Jerit Afzan.
"Apa awak merepek ni ? Apa yang saya buat ? Awak ingat saya yang plan semua ni ?"
"Memang kau yang plan kan. Kau saja nak plan supaya nenek kahwin kan aku dengan kau. Lepas ni senanglah kau kan jadi orang kaya goyang kaki habiskan semua harta aku. Kau tu sama dengan semua perempuan yang lain. Gila harta, kaki kikis, mata duitan..
PANG !
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Afzan. Memang melampau kata-kata yang keluar dari mulut dia tu. Sara sangat terkesan dengan kata-kata itu. Begitu rendah pandangan Afzan terhadapnya. Sara menahan air matanya dari menitis, taknak kelihatan lemah depan Afzan."For your information, saya tak ada masa nak plan semua benda bodoh ni. Saya tak ada masa nak melekat dengan awak hari-hari. Kalau bukan sebab nenek awak yang datang merayu dekat saya masa awak separuh gila dulu, saya takkan korbankan kerja saya untuk merawat awak yang langsung tak reti berterima kasih. Awak ingat saya suka ke buat semua ni ? Saya menyesal tahu tak. Saya menyesal tolong orang macam awak. Saya buat semua ni sebab nenek."
"So, sekarang ni kau sanggup kahwin dengan aku sebab nenek ? Eh, berapa nenek bayar kau ha ?!"
"Saya tak pandang lah semua tu. Memang saya setuju sebab nenek. Dan kalau ni dah tertulis untuk saya, saya terima lah. Awak tolong jangan lepaskan marah awak dekat orang lain. Awak tak sedar ke yang awak dah luka kan hati nenek ? Dia tu sanggup buat apa saja untuk awak sebab dia sayang awak."
"Senang lah kau cakap sebab dia dah suap kau dengan duit kan ! Okay fine. Kalau kau nak ikut sangat keputusan nenek ni terpulang kat kau. Kau sendiri yang nak hancurkan hidup kau. Kalau satu hari nanti kau menyesal dengan tindakan kau sekarang, aku tak akan bertanggungjawab dan kau jangan ingat yang aku akan lepaskan kau."
Afzan terus beredar keluar dari bilik. Langkahnya terhenti betul dihadapan neneknya.
"This is what you want." kata Afzan dan terus pergi. Dia tak pedulikan pandangan dingin Azriq kepadanya.
Azriq sudah cuba menahan sabar dari tadi. Dia tak sangka yang Afzan sanggup bersikap dingin dan kurang ajar pada nenek mereka tu. Lagi dia marah bila Afzan letakkan semua salah hanya pada Sara. Macam-macam tuduhan yang disembur. Sangat rendah pandangan dia terhadap Sara yang dah banyak membantu selama ni.
Angin malam yang menyapa sangat menenangkan Sara. Dia menghirup perlahan kopi yang Kak Ina buatkan tadi.
"Termenung jauh nampak." Tegur Azriq bersama secawan air susu. Memang jadi rutin dia minum air susu sebelum tidur.
"Mana ada termenung, tengah menikmati kopi ni haa."
"Tu minum kopi nanti tak boleh tidur pulak." Azriq cuba berseloroh. Saja nak tanyangkan senyuman hangat dipasaran tu.
"Kalau tak minum kopi ni pun saya tetap tak boleh tidur jugak." Jawab Sara. Cuba sembunyikan gundah dihati.
"Awak fikirkan pasal majlis perkahwinan awak esok ?"
"Jadi ke majlis tu ? Tengok lah waktu macam ni pun dia tak balik lagi. Tak tahu dah lari kat mana, nenek call dia tak angkat then terus matikan phone. Silap-silap satu keluarga saya dapat malu esok." Sara memang sangat terkilan dengan perangai tak matang Afzan.
"Tak malu kot. Saya ready je kalau kena ganti tempat dia esok." Jawab Azriq. Dia menghirup air susu yang semakin sejuk untuk basahkan tekak yang tiba-tiba kering.
"Awak memang jauh beza dengan Afzan kan. Awak baik sangat, lembut je bila bercakap. Kalau lah dia tu macam awak.."
'Kenapa Sara ? Kalau dia macam saya, senang untuk awak terima dan jatuh cinta kat dia ? Awak memang tak nampak saya yang tegak berdiri di sisi awak sekarang ni Sara. Sebab dalam kepala dan hati awak hanya ada ruang untuk Afzan.'
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update