Afzan yang masih kaget tu, tidak lagi melengahkan masa. Dia terus mengendong Sara keluar dari bilik pejabat itu dan bergegas membawa dia ke klinik berdekatan. Tidak dihiraukan mata-mata pekerja yang tajam memandang. Ada juga segelintir yang berbisik sesama mereka. Muka Dayana pula sudah masam mencuka. Mestilah cemburu, sepatutnya dia yang berada di pangkuan Afzan bukan Sara. Makin membuak rasa tidak suka dan menyampah terhadap Sara.
Sementara doktor merawat Sara didalam, Afzan masih lagi mundar mandir kerisauan diluar. Makin mendalam rasa bersalah terhadap Sara. Kalaulah dia tak membuli Sara atau memaksa Sara untuk datang bekerja harini, pasti hal ini tak akan berlaku. Dia mengerling jam ditangan. Sudah 10 minit Sara dirawat. Tiba-tiba pintu bilik doktor itu terbuka dan Sara keluar dengan langkah yang lemah. Jelas terpancar wajah pucatnya.
"Hey, so macam mana? What happen? Kau sakit apa? Kenapa kau pengsan?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan. Makin pening pula kepala Sara hendak menjawab. Dia memerhati gelagat Afzan dengan penuh hairan.
"Tadi nak buli aku sangat. Bila jadi macam ni tahu nak gelabah." Getus hatinya.
"Tak ada apa-apa pun. Saya takda penyakit apa-apa."
"Aik, kau pengsan tiba-tiba lepastu takda pengakit apa-apa?"
"Saya cuma sakit perut je. Biasa lah harini first day. Bila tak dapat rehat jadi macam ni lah." Jawab Sara. Sengaja saja dia menjawab seakan nada menyindir tu. Biar makin tebal rasa bersalah Afzan tu pada dia. Harap-harap lepas ni takda lah dia dibuli lagi.
"First day?" Soal Afzan bingung. "Apa benda yang first day."
"Alamak, takkan tak faham. Malu lah saya kalau nak cakap straight forward sangat. Pandai-pandai awak lah fikir sendiri." Jawabnya. Malas nak melayan. Sakit perut dia tu masih belum hilang. Selesai urusan diklinik, mereka beredar balik.
"Aku hantar kau balik rumah terus kau rehat je."
"Habis tu kereta saya dekat rumah awak macam mana?"
"Tak apa. Esok balik kerja kau ambil lah semula. Jangan risau, aku tak jual pun kereta kau tu."
"Okay." Jawab Sara ringkas. Berbunga juga hatinya. Tak sangka caring juga Afzan kepadanya. Ataupun hanya ingin menebus rasa bersalah dia terhadap Sara.
******
Kereta milik Afzan menderum masuk di perkarangan rumah. Nenek Nona yang sedang membaca buku dimini garden tu hairan kerana cucunya pulang awal harini.
"Awalnya kamu balik harini Af?"
"Nek, tadi Af hantar Sara ke klinik. Lepastu hantar dia balik rumah. Af fikir malas pulak nak balik office semula, so Af terus balik rumah jelah."
"Hantar Sara ke klinik? Kenapa? Dia sakit ke?" Bertubi-tubi juga soalan Nenek Nona. Risau tentang cucu angkatnya tu.
"Dia pengsan dekat pejabat tadi nek. Af tak tahu sebab muka dia pucat teruk tadi. Tiba-tiba dia pengsan. Dia cakap dia sakit perut. Lepas tu tadi dekat klinik doktor cakap dia takda sakit apa-apa. Bila Af tanya dia, dia jawab biasalah harini first day cuma perlu rehat. Pelik lah takda penyakit, tiba-tiba pengsan."
Terletus tawa neneknya tu dengan kata-kata Afzan tadi. Dia faham apa yang diceritakan tu. Cuma geli hati dia dengan sifat lurus Afzan. Sudah besar panjang perkara-perkara macam tu pun dia tak dapat tangkap. Yelah, dia faham yang cucunya itu membesar bukannya ada saudara mara perempuan, kakak, mahupun adik perempuan. Jadi dia kurang faham dan tak dapat tangkap jika ada hal-hal berkaitan dengan perempuan ni.
"Eh, kenapa nenek ketawa pulak ni?"
"Tak ada apa-apa. Biasalah tu hal perempuan. Memang Af tak faham. By the way, Riq nak balik harini. Sekejap lagi mungkin dia sampai. Nenek dah suruh Pak Hamdan untuk tunggu dia di airport."
"Lah, kenapa nenek tak bagitahu Af. Boleh kita sama-sama pergi jemput dia dekat airport."
"Tak apalah. Lagipun dia balik kesini dengan paksu dan maksu kamu." Berubah sedikit air muka Afzan bila neneknya menyebut tentang maksunya. Bukan dia tidak suka malah maksunya itu sudah dia anggap seperti ibunya sendiri. Tapi dia kurang senang dengan perangai dan tingkah laku maksunya tu.
"Tak apalah nek. Kalau macam tu Af naik mandi dulu ya." Pamit Afzan dan segera meninggalkan neneknya.
'Ini mesti salah kamu Af. Kalau tak semua ni takkan berlaku. Apa yang kamu dah lakukan sampai Yana lari dari hari perkahwinannya sendiri. Kamu mesti ada perempuan lain. Kamu selingkuh kan? Kenapa kamu sia-siakan hati dan perasaan Yana, Afzan.'
'Tak maksu. Af tak ada perempuan lain selain Yana. Af sendiri takkan dan tak pernah sia-sia kan dia. Af pun tak tahu kenapa jadi macam ni.'
'Sudah. Kamu jangan bagi macam-macam alasan. Maksu tak kira, apa yang terjadi ni semua salah kamu. Yana tu budak yang baik. Takkan ada sesiapa pun yang akan ganti tempat dia. Tak ada mana-mana perempuan sebaik dia. Kamu dah sakiti dia Af. Kamu juga dah kecewakan maksu.'
Masih lagi segar diingatannya, pertelingkahan antara dia dan Datin Sofiah. Bukannya Afzan tidak menceritakan tentang isi kandungan nota yang dikirim Yana semasa dia melarikan diri. Tetapi, maksunya tu tak mahu percaya. Baginya Yana ada sebab melakukan hal itu. Mungkin Yana terlalu kecewa dan rasa ditipu oleh Afzan. Datin Sofiah itu terlalu mempercayai dan menyayangi Ariana Shifa. Setiap apa yang dilakukannya kelihatan baik dimata Datin Sofiah.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update