BAB 20

612 23 6
                                    

"Afzan, awak cuti kan hari ni ? Saya nak balik rumah mama papa boleh ? Saya rindu sangat kat diorang."

Cubaan untuk kali yang ke berapa pun tak tahu. Selama mereka berpindah keluar dari rumah Nenek Nona, Sara langsung tak dibenarkan keluar dari rumah. Berjumpa dengan keluarganya pun tak boleh.

"Tak payah. Duduk je kat rumah ni diam-diam."

"Kenapa ? Dah dekat 2 minggu kita pindah, awak tak pernah bagi izin saya keluar jumpa family saya. " Rayu Sara.

"Bising laa aku nak tengok tv ni. Kau dah masak ? Aku lapar."

"Af, kenapa buat saya macam ni. Saya nak jumpa mama papa je. Kalau awak tak percaya saya, awak hantar je saya tak perlu drive sendiri. Haritu diorang nak datang dengan nenek pun macam-macam alasan awak bagi."

"Kau nak nenek dengan keluarga kau tahu kita ni kat rumah macam mana ? Ohh so, kau boleh mengadu macam-macam la dekat diorang pasal aku, macam tu ?

"Mana ada. Awak yang tetapkan semuanya macam ni. Saya ni tak kisah lah kalau nak tidur sebilik dengan awak. Tapi, dah awak campak barang2 saya dekat bilik lain saya akur lah kehendak awak tu. Sekarang ni saya cuma nak minta izin nak jumpa keluarga saya, tu je."

Afzan masih lagi melekat di kaca tv. Tidak mengendahkan rayuan Sara. Dia sengaja menaikkan volume tv supaya Sara berhenti bercakap dengannya.

Geram melihat sikap acuh tak acuh Afzan itu, Sara pergi masuk ke biliknya. Sengaja dihempas pintu bilik tanda protes. Walaupun dia tahu yang Afzan tidak peduli pun. Sara mencapai telefon bimbit dan segera mendial nombor papanya. Lagi sekali dia terpaksa memberi alasan tidak dapat pulang berjumpa dengan orang tuanya. Ikutkan rasa hati, nak saja dia adukan apa yang berlaku dalam rumah ini kepada keluarganya.

"Sara ! Kau tak masak ke ?"

"Astagfirullah, Eh awak ni tak reti ketuk pintu dulu ke ?" Hampir tercampak telefonnya kerana terkejut dengan Afzan yang tiba-tiba saja menerpa ke biliknya.

"Ni rumah aku. So i can do what i want. Yang kau ni tak masak kenapa ? Kau tahu aku lapar kan ?"

"Mana lah saya tahu. Selalunya saya masak awak tak pernah makan kat rumah ni. Selalu makan kat luar je. So, saya tak masak lah. Lain kali cakap awal-awal kalau awak nak makan dekat rumah so saya boleh masak."

Geram dengan jawapan diberi. Afzan menarik lengan Sara sehingga terbangun dari duduknya.

"Sakit lah Af, kenapa macam ni ?" Rayu Sara.

"Kau menjawab ye ?! Takkan aku nak makan ke taknak makan ke nak kena bagitahu kau ? Aku ni suami kau, tugas kau buat kerja rumah masak untuk aku tu pun nak kena ajar ke ?!"

"Suami ? Sekarang nak mengaku suami. Eh sepanjang kita kahwin pun awak tak pernah pun jalan tanggungjawab awak sebagai suami. Awak marah-marah saya, arah saya buat itu ini. Sekarang nak saya jalankan tanggungjawab sebagai isteri awak ?" Bentak Sara.

Semakin merebak api kemarahan Afzan. Dia menolak tubuh Sara ke katil.

"Kau nak aku jalankan tanggungjawab sangat kan."

"Af awak nak buat apa ni ? Jangan buat saya macam ni Af." Rayuan Sara tu tetap tak diendahkan. Afzan menanggalkan bajunya dan dicampakkan ke tepi.

"Kau yang nak semua ni."

Afzan mula memanjat ke katil dan merangkak mendekati tubuh Sara. Sara mengundur ke belakang tetapi tangan Afzan pantas mencapai kakinya dan menarik kuat sehingga Sara terbaring di atas katil. Afzan terus menindih tubuh Sara tanpa menghiraukan tangis Sara.

"Af, please jangan buat saya macam ni." Rayu Sara. Tidak dapat dia melawan tenaga lelaki Afzan pergerakannya jadi terkawal kerana ditindih Afzan.

Mereka bergelut dan Afzan mengoyak baju yang dipakai Sara sehingga mendedahkan sebahagian bahunya. Sara meraung dan cuba mengumpulkan tenaganya untuk cuba melawan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)Where stories live. Discover now