"Afzan please, beri i peluang sekali lagi."
"Never Yana. Aku tak nak ada apa-apa lagi dengan kau."
"Please, Afzan i janji i akan bahagiakan u semula macam dulu. Tolong beri i peluang terakhir untuk i tebus segalanya. I sanggup buat apa saja untuk dapatkan u semula."
"Stop it Ariana !"
'Mudah. Begitu mudah sangat kau berkata-kata. Hati dan perasaan aku memang dah mati untuk kau Ariana. Malah aku takkan buka semula hati aku untuk sesiapa pun. Aku takkan izinkan kau untuk permainkan aku lagi. Kau betul-betul dah buat aku sengsara selama ni. Aku takkan benarkan ia berulang lagi.'
********
"YaAllah Puan Sri, besar sangat permintaan Puan Sri tu."
"Saya memang berkenan sangat dekat Sara tu. Hanya dia saja yang sesuai untuk Afzan. Tolong lah terima lamaran saya dengan hati yang terbuka Khalida, Asyraf." rayu Nenek Nona.
Ya. Keputusannya untuk melamar Sara sengaja dia sembunyikan daripada Afzan malah dari semua orang. Dia begitu yakin dan sangat berharap bahawa Sara saja perempuan yang betul-betul akan bahagiakan cucunya.
"Tapi apa kata anak-anak bila mereka balik nanti Puan Sri ? Macam mana kalau diorang tak setuju ?" Soal Dato' Asyraf pula.
"Saya dah aturkan semua. Kalau Asyraf dan Khalida setuju dan terima lamaran saya kita terus bertindak. Edarkan kad jemputan dan buat persiapan untuk semua jadi mereka dah tak boleh tolak semuanya kan ?"
"Saya risau kalau diorang tolak semuanya Puan Sri. Bukan kata saya tak setuju. Saya berbesar hati dengan lamaran Puan Sri ni. Saya pun tak kisah kalau Sara kahwin dengan Afzan. Cuma.."
"Jangan risau Khalida. Saya tahu apa yang saya buat. Saya yakin mereka tu tak akan tolak dan bantah keputusan saya." Jawab Nenek Nona. Dia tak akan berputus asa nak yakinkan keluarga Sara untuk terima lamarannya itu. Dia tak akan lepaskan kebahagiaan cucunya yang dah ada depan matanya sekarang.
"Baiklah. Kami setuju. Kalau boleh semua persiapan mesti siap sebelum mereka balik."
******
Mereka tiba awal di lapangan terbang tu. Jadual penerbangan mereka pukul 4 petang, jadi ada banyak masa lagi sebelum jadual penerbangan tiba. Peserta-peserta seminar yang lain semua pergi jalan-jalan membeli belah. Sara dari tadi hanya diam membisu. Mana taknya frust tak dapat ikut yang lain pergi jalan-jalan. Afzan dapat tahu yang Ariana juga naik flight yang sama dengan mereka dan dia sentiasa mengekori langkah mereka di belakang. Bukannya Sara tak perasan dengan tingkah laku Ariana tu tapi saja dia buat tak tahu sebab malas nak masuk campur. Afzan pula suka hati arahkan Sara supaya sentiasa berkepit dengannya selalu.
Afzan sengaja berlagak mesra dan rapat dengan Sara supaya Ariana cemburu. Sedang seronok mereka berlakon mesra tu telefon Afzan berdering. Panggilan dari neneknya itu dijawab.
"Hello, Nek. Ada apa call ?"
"Lah, nenek tak boleh call cucu nenek dah ke ?"
"Tak bukan macam tu. Nenek ni selalu salah faham."
"Tak kisah lah. Haa, Af dan Sara balik hari ni kan ?"
"Ya, Nek. Kenapa tanya lagi ? Kan Af dah bagitahu semalam."
"Nenek saja tanya lagi. Mana tahu kamu berdua tu tak jadi balik harini seronok sangat berdua kat sana."
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update