Sudah 3 minggu berlalu selepas kejadian Ariana meninggalkannya dan keadaan Afzan sedikit membimbang neneknya. Selama 3 minggu Afzan hanya berkurung didalam bilik. Hanya keluar bila perlu. Tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Pekerjaannya juga tergendala sehinggakan Nenek Nona terpaksa meminta Azriq untuk membantu menguruskan pekerjaan Afzan.
Ring ring~~
Lamunan Nenek Nona terhenti mendengar telefonnya berdering. Ada chat massenger masuk dari facebooknya. Dia tersenyum melihat nama pengirim tu.
-Assalamualaikum nenek. Nenek sihat ? Nenek tak balik Malaysia ke ? Rindu... Dah lama Sara tak dengar khabar and dah lama juga Sara tak jumpa nenek. Hehehe 💋-
-Walaikumsalam. Alhamdulillah nenek sihat. InshaAllah nenek akan balik Malaysia tak lama lagi, and stay terus kat sana. 😊-
-Eh, nenek online.. Serious nenek nak duduk Malaysia terus lepas ni ?? Yeay !! Lepas ni boleh selalu jumpa nenek.. 😄😄-
Nenek Nona tersenyum membaca chat dari cucu angkatnya Sara Alisya.
••••••••••
"Oih, text dengan siapa tu cek kak oi... senyum je dari tadi. Makanan depan mata tu pun tak sentuh lagi. Kita rehat 1 jam je, bukan 1 hari ya. " leter Nana melihat Sara yang leka dengan telefonnya."Mana ada text dengan siapa-siapa pun. Hish kau ni.. berleter macam mak nenek lah. " jawabnya. Tangannya mencapai sudu dan menyuap nasi goreng cina yang dipesannya tadi.
"Iyelah tu. Tersengih je dari tadi. Hurm, untunglah orang dah ada 'someone special'. " kata Nana sambil menarik muka sedih.
"Banyaklah kau punya someone special. Aku chat dengan nenek angkat aku lah. Heee, suka sangat salah sangka kan. " jawab Sara.
"Nenek angkat kau yang duduk dekat Paris tu ke ? " soalnya.
"Ya. Dia nak pindah duduk Malaysia dah.. tu yang aku gembira ni. Heheheh " jawab Sara.
"Ohhh.. " jawab Nana membuat muka 'o'.
••••••••••
Perlahan pintu bilik Afzan dikuak. Melihat cucunya yang sedang lena membuatkan hatinya sedih.
'Ya Allah, apa akan jadi pada cucuku jika dia terus begini. Aku tak sanggup nak tengok dia sakit. '
Ubun Afzan dibelai lembut. Afzan yang tersedar merangkul pinggang neneknya dan mengalihkan kepalanya diatas riba Nenek Nona.
"Af, kita pindah balik Malaysia nak ? " cadangnya.
Afzan hanya diam tidak menjawab.
"Kita duduk sana. Mulakan hidup baru dan lupakan apa yang dah berlaku dekat sini. " sambungnya lagi.
Afzan hanya mengangguk tanda setuju.
"Nek, Azriq ikut balik Malaysia boleh ? " soal Azriq sambil menolong neneknya mengemas baju kedalam bag.
"Kalau Riq ikut nenek, siapa nak uruskan kerja dekat sini ? " soal Neneknya kembali.
"Alah, PA Afzan kan ada.. dia tu okay. Orang yang boleh diharapkan. " jawab Azriq cuba meyakinkan neneknya.
"Okaylah kalau macam tu. Pergilah balik kemas baju kamu. " kata Nenek Nona.
"Haaa.. tu nenek jangan risau. Riq dah siapkan awal-awal. Saja nak buat persediaan. Ada tu ha dalam kereta. " jawab Azriq sambil mengangkat keningnya.
Muka kacukan arab dan hidung mancungnya serta kening seakan bercantum itu sememangnya menjadi kegilaan para wanita.
••••••••••
'Hurm, hari ni hari sabtu. Cuti-cuti ni dok mengular dekat rumah best jugak. Huhuhu'
Sara Alisya menguatkan volume lagu yang didengarnya ditelefon. Dan membetulkan selimutnya menutupi badan. Belum sempat dia menyambung lena, pintu biliknya diketuk kuat. Dengan langkah malas Sara membuka pintu bilik.
"Haaa.. bangun dah. Jom teman mama pergi pasar. Nak beli barang dapoq. " kata Datin Khalida. Sekali sekala keluar loghat utaranya tu.
"Alahh.. malas lah maa. Orang baru je nak sambung tidur ni. Pergi lah ajak papa ke adik ke.. " jawabnya sambil memeluk pintu.
"Anak dara apa hang ni la. Papa takda, dia ada meeting. Adik hang kan pergi bercuti dengan kawan dia esok baru balik. " jawab mamanya.
"Heeee.. Yelah-yelah. Orang siap kejap. Mama tunggu dekat bawah dulu. "
••••••••••
Nenek Nona, Azriq dan Afzan selamat tiba dan mendarat di Lapangan Terbang KLIA. Nenek Nona melambai tangannya kearah pemandunya, Pak Hamdan yang sedang menunggunya di kereta. Pak Hamdan pantas berlari mendapatkan mereka dan segera memasukkan barang-barang kedalam kereta.
"Puan Sri macam mana ? Sihat ? " soal Pak Hamdan bertanyakan khabar. Sambil matanya tertumpu kepada Afzan. Dia tidak dapat mengecam wajah Afzan.
Afzan terlebih dahulu memasuki kereta tanpa menghiraukan Pak Hamdan dan yang lain.
"Alhamdulillah sihat. Rumah macam mana ? Okay kan ? " soal Nenek Nona kembali.
"Okay. Saya jaga dengan baik. Em, Puan Sri.. Afzan tak ikut balik sekali ke ? Rasanya hari tu Puan Sri bagitahu saya nak balik dengan Afzan. " kata-kata Pak Hamdan sedikit mengejutkan Nenek Nona. Rupanya dia tidak dapat mengecam Afzan.
"Pak Hamdan.. dalam kereta tulah Afzan cucu saya. " jawab Nenek Nona.
"Astagfirullah.. maaf lah saya tak cam muka dia tadi. Yelah dalam gambar tengok lain. Ni dah berjambang rambut pun macam panjang je. Maaf lah Puan Sri. " kata Pak Hamdan.
"Hurm.. tulah yang merunsingkan saya sekarang ni. "
"Em, tak apalah Puan Sri. Mesti ada jalan lain. Eh, mari lah kita bertolak balik. Puan Sri dan cucu-cucu mesti penat kan. " kata Pak Hamdan sambil menjemput Nenek Nona dan Azriq masuk kedalam kereta.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update