Macam biasa, setiap pagi Sara diarahkan untuk datang kerumahnya sebelum mereka berdua berangkat ke pejabat. Tetapi, sudah hampir 1 jam Afzan menunggu Sara yang tak muncul-muncul dari tadi. Dah hampir nipis tahap kesabaran dia tu. Dia fikir yang Sara cuba untuk mencabar dia. Nenek Nona hanya mampu menggeleng dengan perangai cucunya tu. Tak habis-habis nak melayan rasa marahnya. Baginya mungkin Sara tu ada sebab kenapa dia tak datang.
"Nek, tolong call perempuan tu. Melampau betul dia tu. Makin Af diamkan, makin nak pijak kepala pulak."
"Sabar lah sayang. Jangan marah-marah sangat. Mungkin dia ada hal tu."
Nenek Nona mendial nombor Sara. Lama dia menunggu akhirnya panggilannya dijawab.
"Assalamualaikum, Sara. Kenapa tak datang rumah nenek hari ni sayang?" Belum sempat Neneknya tu mendengar jawapan dari Sara, Afzan merampas telefon tu dari neneknya.
"Hey! Aku nak kau datang sekarang. Aku tak nak dengar apa pun alasan kau. Kau datang sini, sebelum aku datang rumah kau dan heret kau ke pejabat."
"Sorry lah. Saya lupa nak bagitahu yang saya tak datang kerja hari ni. Saya tak berapa sihat." Jawab Sara, suara yang kedengaran lemah tidak dihiraukan Afzan.
"I dont care ! Kau sihat ke tak sihat ke, aku nak kau datang sini sekarang !" Tengking Afzan dan terus mematikan talian.
"Heee. Apa masalah mamat ni. Kalau orang cakap tak sihat tu tak sihat lah. Nak paksa pulak. Hish, menyampah betul." Getus Sara. Terpaksa juga dia bangun bersiap untuk ke rumah Nenek Nona. Perutnya yang sakit tu terpaksa juga ditahan.
*******
Dipejabat pula, Dayana tidak habis-habis mencari masalah. Ada saja perkara yang asyik disindirnya. Boleh pula dia menjaja cerita yang kononnya aku ni perempuan simpanan bos. Perempuan simpanan apanya, bukannya Si Afzan tu dah berkahwin pun. Ada segelintir pekerja yang lain percaya pada kata-kata Dayana tu. Mana pekerja yang sudah tahu perangai buruknya tu, tak percaya dan malas nak melayan cerita bohong rekaan Dayana.
Sara hanya mengendahkan saja kata-kata mereka. Malas nak melayan. Rasa sakit perut dia yang semakin melonjak tu lebih penting. Sampaikan dia tidak dapat nak fokuskan diri untuk melakukan kerjanya yang lain. Afzan pula tak habis-habis asyik nak membuli.
"Sara, masuk bilik aku sekarang." arah Afzan.
Mengeluh panjang Sara dibuatnya. Sempat dia melihat ke cermin untuk membetulkan tudungnya. Bibir yang kelihatan pucat tu ditambahkan dengan lipstick.
"Ada apa Encik Afzan ?"
"Aku nak coffee." arah Afzan ringkas.
"Tapi, tadikan saya baru saja buatkan cooffee. Takkan dah habis?"
"Yes, dah habis. Sekarang aku nak kau buatkan coffee lagi. Jangan beri banyak sangat alasan."
Sara mengikut saja arahan Afzan tu. Malas dia nak melayan perangai tak matang Afzan. Sesekali perutnya tu ditekan kerana tidak tahan terlalu sakit. Badannya pula dah rasa semakin lemah. Air kopi yang siap dibancuh tu diletakkan diatas meja Afzan.
Afzan mencicip air kopi yang dihantar tadi. Tersembunyi senyuman jahatnya disebalik cawan. Ia, memang ini rancangannya. Dia sengaja menyuruh Sara melakukan banyak kerja. Dia nampak Sara kelihatan lemah sangat harini. Jadi dia seronok membuli Sara dengan menyuruhnya melakukan banyak kerja.
"Uhhh, kopi ni pahit. Kau nak balas dendam kat aku ke apa? Pergi buat yang baru."
"Tak mungkin pahit. Saya dah rasa dulu tadi sebelum bawa kesini."
"No. Aku tak suka. Pergi buat yang baru."
"Jangan macam ni. Please, Encik Afzan. Saya betul-betul tak sihat harini. Kalau encik rasa macam nak buli saya, tolong buat hari lain."
Afzan langsung tak ambil peduli dengan rayuan Sara tu. Walaupun nada suaranya memang lemah dan tidak kelihatan seperti selalu dia tidak peduli. Yang penting hatinya rasa puas dapat membuli Sara.
"Pergi buat kopi baru sekarang!" arah Afzan sedikit meninggikan suara.
Lemah langkah Sara mengikut arahan Afzan yang kejam tu. Peluh-peluh dingin mula membasahinya.
Seperti tadi, air kopi yang dibancuhnya tu diletakkan atas meja Afzan. Belum sempat dia melangkah keluar dari bilik tu, Afzan memanggilnya. Apa lagi arahan yang hendak diikut.
"Kemas meja tu. Rimas lah, banyak sangat kertas-kertas yang bersepah. Gulungkan balik kertas-kertas plan tu. Sapu sikit bahagian bawah meja tu. Do it now."
Sara hanya menurut perintah. Malas dia nak layan. Perutnya betul-betul rasa sakit. Peluh dinginnya semakin membasahi. Wajahnya pula sudah semakin pucat. Afzan pula hairan melihat Sara yang berpeluh-peluh. Yalah sedangkan bilik pejabatnya ni pakai aircond bukannya kipas.
Gerak tangan Sara terhenti. Perutnya makin sakit begitu juga kepala. Sekelilingnya berpusing dan menjadi gelap. Badan dia pula semakin dibasahi peluh. Tiba-tiba Sara rebah jatuh ke lantai.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update