Afzan hairan dengan Sara yang hanya berdiam diri dari tadi.
"Aik, diam je perempuan ni. Selalunya mulut dia je yang bising membebel. Merajuk ke?""Kau teman aku pergi potong rambut sekejap ye. Lepastu baru kita balik." Kata Afzan mulakan bicara.
"Okay." Jawab Sara ringkas. Lama dia mendiam diri. Macam-macam yang bermain difikirannya. Nak ditanya takut kena marah pulak nanti. Tapi, dia betul-betul hairan dengan perubahan sikap Afzan. Macam ade split personality disorder gitu haa.
"Ehem, Afzan. Saya nak tanya awak sikit boleh?" Soal Sara.
"Kalau aku cakap tak boleh kau nak buat apa?" Jawabnya.
"No. Saya tetap nak tanya jugak. Em, kenapa awak marah Dayana sampai macam tu tadi. Awak cakap dia bodoh lah apalah. Kesian dia tau. Lepastu, saya tengok cara awak marah dia tadi macam dia buat salah besar sangat. Lepas tu, tiba-tiba je awak boleh okay macam ni. Macam tak ada apa-apa berlaku. "
"Sebab dia memang bodoh. Kalau dia pandai and faham bahasa aku tak adalah nak marah dia." Jawab Afzan selamba.
"Ya. Tapi awak tak patutlah nak marah dia macam tu. Kesian dia tau. Mesti dia malu tadi." Balas Sara Alisya.
"Kau nak aku marah kau macam aku marah dia tadi?" soal Afzan matanya tepat memandang anak mata Sara.
"Mestilah tak nak." Jawab Sara.
Siapa saja dalam dunia ni yang nak dan siapa je yang suka bila dimarah teruk macam tu kan. Tambah lagi kalau dimarah hanya kerana kesalahan yang kecil. Tapi bagi Sara, dia berharap yang Dayana akan membatalkan niatnya untuk cuba menggoda Afzan kerana kes tadi. Dia tahu sangat niat sebenar Dayana tu. Mesti hendak mengikis harta Afzan. Yelah, lelaki kaya dan handsome macam tu siapa yang tak nak.
"So, jangan cakap pasal ni lagi. Dah jom ikot aku." Tangan Sara ditariknya untuk berjalan seiring dengannya.
******
Nenek Nona mencapai telefon bimbitnya yang berdering. Dilihat nama yang terpancar diskrin telefonnya, Azriq.
"Assalamualaikum nek."
"Walaikumsalam. Ada apa kamu call nenek ni Riq. Syarikat disana macam mana?" Risau Nenek Nona jika syarikatnya di Paris tu bermasalah.
"Eh nenek ni. Syarikat pula yang ditanyakan. Okay je nek. Takda masalah apa-apa, jangan risau. " jawab Azriq.
"Alhamdulillah. Nenek bukannya apa, risau sebab dah lama nenek tak pantau syarikat disana. Haa, ada apa ni Riq?"
"Riq nak bagitahu, hujung minggu ni Riq nak balik Malaysia. Kalini Riq tak balik seorang tau nek."
"Haaa, kamu nak bawa balik calon isteri untuk jumpa nenek ke Azriq? Alhamdulillah bakal jadi suami orang dah cucu nenek ni."
Belum sempat Azriq tu menghabiskan ayatnya Nenek Nona sudah menyampuk. Azriq hanya mampu tergelak dihujung talian dengan telatah neneknya tu. Comel pun ada.
"Bukanlah nek. Tak ada nak jadi bakal suami orang pun. Riq balik dengan papa dan mama lah. Sebab diorang nak melawat Afzan sekali. Macam mana keadaan dia nek?"
Tidak lupa pada sepupu rapat aka kawan baiknya tu. Mana tak risaunya mereka memang rapat sejak dari kecil lagi. Terasa sunyi dan seperti hilang seorang kawan dek kerana perubahan Afzan. Dia sanggup lakukan apa sahaja supaya Afzan boleh kembali sembuh seperti dulu.
"Alhamdulillah Riq. Afzan sudah semakin sembuh nampaknya. Dia dah mula kerja harini. Senang rasa hati nenek ni."
"Alhamdulillah, bagus lah kalau macam tu nek. Riq pun senang hati dengar. Makin tak sabar rasanya nak balik Malaysia nek. Rindu Riq dekat Af." Jawab Azriq memanjat syukur.
"
Ia. Nenek faham. Kamu berdua dah rapat sejak kecil lagi. Dah macam adik beradik. Lagipun kamu berdua sajalah cucu yang nenek ada. Kamu berdua saja yang boleh nenek harapkan. Kamu balik nanti, boleh nenek kenalkan doktor yang bagi nenek dia dah berjaya mengubah sikap Af."
"Baik nek. Hujung minggu ni Riq balik. Kita sembang panjang-panjang ya. Riq pun rindu jugak dekat girlfriend Riq ni. Assalamualaikum"
Nenek Nona menjawab salam Azriq dan mematikan talian. Tersenyum sendiri dia dengan telatah cucunya tu. Azriq memang seorang yang ceria. Dan ada juga perkara lain yang bermain difikiran Nenek Nona tu. Azriq akan balik bersama mama dan papanya.
Sejujurnya, dia kurang senang dengan perangai menantunya, Sofiah. Kalau nak bercakap main lepas saja. Tak fikirkan perasaan orang lain. Sebelum ni, dia begitu rapat dengan Ariana Syifa. Yana memang selalu menjadi pujiannya. Kerana dia juga dah menganggap Afzan seperti anaknya sendiri, dia sangat suka dan setuju jika Afzan dan Yana berkawin.
Kejadian dihari perkahwinan Afzan sebelum ni pula, dia telah menyalahkan Afzan. Katanya, mungkin Yana lari kerana Afzan ada perempuan lain. Katanya Afzan tidak pandai menjaga hati Yana dan sudah sia-sia kan kepercayaan Yana kepadanya.
Nenek Nona risau dan dia tidak mahu perkara itu dibual kan lagi. Cukup lah dia melihat penderitaan Afzan. Dia percaya semua itu bukan salah Afzan. Dia sangat mengenali cucunya tu. Tak mungkin dia bertindak curang pada perempuan yang sangat dia sayang.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update