BAB 7

2.5K 116 23
                                    

Sara datang awal ke rumah Nenek Nona seperti yang dijanjikan. Dia membantu Nenek Nona menghidangkan makanan yang siap dimasaknya diatas meja.

Sedang enak mereka menjamu selera, Afzan Shah turun menuju ke ruangan dapur kelihatan segak menyarungkan kemeja berwarna biru lembut bersama bag bimbitnya yang diletakkan disebelahnya. Rambutnya yang agak panjang diikat kemas kebelakang. Mukanya yang sebelum ini penuh berjambang juga dicukur rapi.

Hairan Nenek Nona dengan telatah cucunya itu.
"Kamu nak kemana pulak ni Af ?" soalnya.

"Nak pergi kerja lah. " jawabnya selamba.

Sara Alisya seakan terpana dengan wajah dan perubahan baru Afzan. Matanya terpaku kemas pada wajah baru Afzan Shah yang belum pernah dia lihat sebelum ni.

"Alhamdulillah. Terima kasih Sara. " ucap Nenek Nona menggenggam erat tangan Sara Alisya yang hanya tersenyum manis.

"Kenapa nak terima kasih kat dia ? Af berubah sebab diri Af sendiri. And kau, Sara. Tak payah nak senyum-senyum sangat. Lepas ni ikut aku pergi pejabat. " jawab Afzan.

"Eh, kenapa saya kena ikut awak pergi pejabat. Awak dah mula nak keluar rumah, pergi kerja so kerja saya dah selesai lah kan. " balas Sara.

"Haah lah Af. Kenapa Sara kena ikut kamu pergi ke pejabat pula ? " soal neneknya hairan.

"I need a secretary. Af baru tukarkan secretary kat pejabat tu ke cawangan lain. " jawab Afzan.

"What ?! Saya dah ada kerja. Saya ni doktor. Kenapa tiba-tiba saya kena jadi secretary awak ? Nonsense. " bidas Sara Alisya.

"Sama ada kau nak atau pun tak, kau tetap kena ikut aku. Aku boleh bayar gaji kau lebih daripada gaji doktor kau tu. Dah jom. " pantas dia bangun dan menarik tangan Sara Alisya untuk mengikutnya.

"Afzan ! Afzan ! " teriak Nenek Nona memanggil cucunya itu tapi tidak dihiraukan.

Kereta milik Afzan menderum keluar dari perkarangan rumahnya.

"Eh, awak ni dah melampau tau. Kenapa awak paksa saya macam ni ?! Awak tak ada hak nak tentukan tentang kerja saya. "

"Yes. Memang aku melampau. So what ? Aku ada hak untuk apa saja. Kau diarahkan nenek untuk jadi doktor aku. It means that you work for me. So you have to follow wherever I go. " jawab Afzan. Keretanya dipandu laju menuju ke pejabatnya.

Sara Alisya hanya diam membisu. Jelingan mautnya dilemparkan kearah Afzan. Geram dan marahnya terhadap Afzan bukannya kepalang.
"Dia ingat aku ni apa ? Nak kena ikut dia kemana saja dia pergi ? Dia ingat dia tu siapa ? Nak arah aku buat apa saja. " Getus hatinya geram.

Sambil memandu, matanya dikerling kearah Sara yang masih dingin disebelahnya. Bibir Afzan mengukir senyuman penuh kepuasan. Senang rasa hatinya bila rancangan dia untuk terus mengenakan Sara akan berjaya. 

"Dah, turun. kita dah sampai ni. Muka kau tu tak payah nak masam sangat." kata Afzan Shah dan langsung keluar dari perut kereta.

Namun, Sara masih lagi kaku mendiamkan diri tanda protes. Cermin kereta disisinya itu diketuk,tapi masih tidak dihiraukannya. Pintunya dibukak dan segera lengannya ditarik oleh Afzan untuk memaksanya keluar. 

"Eh, tak payah tariklah. Saya pandai jalan sendiri." beberapa pasang  mata sudahpun tertumpu melihat adegan mereka berdua.

"Haa, habis tu aku suruh kau turun dari tadi yang tak reti-reti nak turun tu kenapa? ingatkan nak kena dukung baru nak turun." jawab Afzan dan berlalu meninggalkan Sara yang mengekori langkahnya.

Semua pekerjanya beratur menyambut kedatangan Afzan Shah sebagai CEO baru disyarikat itu. Mereka hanya sedia maklum bahawa pagi ini akan ada CEO baru yang akan menggantikan tempat Puan Sri Nona iaitu nenek Nona. Sebelum ini mereka memang tidak pernah bersemuka dengan Afzan kerana Afzan hanya menguruskan syarikat milik neneknya di New York. Lain pula Azriq, yang selalu menemani neneknya dipejabat ini dulu. Jadi mereka memang cukup kenal dan faham cara Azriq bekerja.

Ramai mata yang tertumpu kepada mereka berdua. Terutama pekerja-pekerja perempuan yang boleh tahan miangnya. Tersengih-sengih dan cuba bermain mata dengan Afzan. Pakaian mereka pula jangan cakap lah. Tidak kurang seksinya, menjolok mata.

"Saya Afzan Shah, akan menggantikan tempat nenek saya; Puan Sri Nona. Saya harap semua akan bagi kerjasama. Dan kenalkan disebelah saya ni, setiausaha baru saya,  Sara Alisya. Apa-apa yang berkaitan sila laporkan kepada dia. Terima Kasih. " kata Afzan memperkenalkan dirinya dan berlalu pergi ke ruangan pejabatnya. Pekerja-pekerja wanita yang cuba bermain mata dengan dia tidak dilayan.

"Ni meja kau. Duduk sini dan jangan pergi mana-mana." arah Afzan kepada Sara.

"So, saya nak buat apa ni? Takkan lah nak duduk je dekat meja ni sampai petang?" soal Sara. Matanya melilau melihat sekitar mejanya yang kosong.

"Yup. " jawab Afzan ringkas menyakitkan hati Sara.

Beberapa jam menunggu tanpa sebarang kerja, Sara Alisya hanya mengisi masanya dengan bermain handphone. Scroll ig, Twitter, facebook, main game. Jam dipergelangan tangannya menunjukkan pukul 4: 15 petang.

"Excuse me. Kalau awak nak hantar semua fail tu pada Encik Afzan letakkan saja atas meja saya. Nanti saya akan hantarkan pada Encik Afzan."  Tegur Sara pada Dayana,  perempuan yang cuba bermain mata dengan Afzan tadi.

"No its okay. U duduk je diam-diam dekat situ. Let me do my work." Jawabnya sambil tersenyum sinis.

"Cehh,  let me do my work konon. Ingat aku tak tahu apa agenda kau tu."

Pintu bilik Afzan dibukanya luas tanpa diketuk. Jalan menggoda menuju kearah Afzan yang sedang tekun membuat kerjanya. Fail yang dibawa tadi diletakkan diatas meja.

"Encik Afzan. Ini fail yang encik perlu tandatangan. Encik ada perlukan apa-apa lagi?" Kata Dayana dengan nadanya  yang sedikit gedik.

"Who are you?" Soal Afzan serius.

"I Dayana. Pekerja encik lah." Jawab Dayana tersenyum gedik.

"Sara Alisya!  Come here!" Jerit Afzan Shah. Dayana sedikit kaget dengan jeritan Afzan.

Sara yang mendengar namanya diseru tu pantas bergegas masuk kedalam bilik Afzan.

"Ya. Ada apa Encik Afzan?" Soal Sara. Gerun melihat wajah serius Afzan.

"Kau buat apa kat luar tu? Kenapa dia ni yang hantar fail ni dekat aku?!" Soal Afzan sudah mula meninggi suara.

Dayana hanya diam membisu. Agak terkejut dengan sikap panas baran Afzan yang jauh berbeza dengan sepupunya Azriq.

"Saya dah bagitahu dia, kalau apa-apa bagi saya dan saya akan hantarkan dekat Encik. Tapi dia cakap kat saya biar dia buat kerja dia." Jawabnya jujur. Jelingan maut Dayana dilemparkan pada Sara.  

Yelah. Takkan dia nak menipu. Sedangkan itu yang Dayana katakan pada dia tadi. Sara juga agak bengang dengan Dayana yang berperwatakan sombong tu.

"Kau, tak faham ke aku cakap tadi?! Kalau ada apa-apa urusan jumpa dengan Sara. Nak aku ulang berapa kali?!" Tengking Afzan pada Dayana.

"Tapi, saya cuma nak bagi fail yang encik perlu tandatangan. Takkan itu pun kena melalui Sara?" Kata Dayana cuba membela diri.

"Habis tu apa guna aku bayar gaji dia kalau dia hanya duduk tercegat dekat luar tu bodoh! "

Dayana terdiam kaku. Begitu juga dengan Sara yang hanya membisu melihat adegan itu. Tak sangka pula yang Afzan akan menjadi baran sampai macam tu pada hari pertama dia bekerja.

"Sudah. Kau keluar dari bilik aku ni. Aku ingatkan sekali lagi. Kalau ada apa-apa urusan jumpa saja dengan Sara Alisya. Faham?!" Kata Afzan.

"Faham." Jawab Dayana ringkas. Bengang, tercalar egonya dimarah dihadapan Sara yang baru saja mula bekerja disitu.

Belum sempat Sara melangkah keluar tangannya ditarik oleh Afzan.

"Kau tunggu dekat sini dulu. Aku kemas barang sekejap lagi teman aku keluar, lepastu baru aku hantar kau balik." Terang Afzan. Kelihatan wajahnya sudah tidak serius dan bengis macam tadi.

Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)Where stories live. Discover now