Masuk saja dalam bilik penginapannya selama seminggu itu, Sara tergamam dengan kemewahan yang disediakan. Macam suite room dah nampak mewah sangat. Sara menyelak tirai langsir biliknya dan membuka pintu balkoni untuk menghirup udara segar dan bau pantai. Telefon bimbit dia dicapai dan segera mendial nombor mamanya.
"Hello mama, assalamualaikum."
"Walaikumsalam. Anak mama dah sampai ke ?"
"Alhamdulillah dah sampai ma. Sekarang ni tengah rehat-rehat je."
"Okay. Sara rehatlah dulu. Jangan lupa jaga makan minum, jangan terlajak tidur macam selalu.
"Okay ma. Bye~" Sara mematikan talian dan menghempas badannya di atas katil bersaiz king itu. Matanya tertumpu di syiling putih dan pandangannya semakin lama semakin gelap. Kehebatan tilam empuk bersaiz king tu membuatkan Sara terlelap dalam sekelip mata.
Afzan menghempas badannya di atas katil sambil mengeluh berat. Semua pakaiannya sudah tersusun rapi didalam almari yang sedia ada dalam bilik itu. Telefon bimbitnya yang tiba-tiba berdering dikeluarkan dari dalam poket seluar. Hairan kerana nombor yang tidak dikenalinya terpampar diskrin telefon. Malas nak melayan, Afzan tidak mengendahkan panggilan telefon tu dan bersiap untuk membersihkan diri.
*******
Tuk tuk tuk!
Bunyi ketukan pintu yang macam nak pecah itu menyedarkan Sara dari tidur. Sara Alisya mencapai telefonnya mana tahu ada panggilan atau mesej yang tak berjawab. Terkedu dia melihat 18 panggilan dan 10 notifikasi whatsapp dari Afzan Shah. Lagi terkejut bila dia melihat jam diskrin telefonnya.
Otaknya dengan segera menjadi segar dan pantas dia mencapai tuala kecil yang tersedia ada sebagai penutup kepala dan membuka pintu. Terpampar riak muka bengis Afzan Shah didepan pintu tu.
"Seriously, Sara Alisya. You did it again !" Bentak Afzan. Dia melulu masuk kedalam bilik Sara tanpa menghiraukan Sara yang sedang menghalang.
"Sorry, saya memang tak sedar bunyi telefon saya masa awak call tu." jawab Sara cuba membela diri.
'Aduhhh. Macam mana lah aku boleh tidur mati pulak.' Rungutnya dalam hati.
"Aku tak nak tahu apa pun alasan kau. Now, kau pergi siap-siap mandi cepat." Arah Afzan. Tapi Sara masih lagi berdiri tegak di hadapannya.
"Kau tunggu apa lagi ni. Nak aku heret masuk toilet ke ?"
"Tak. Masalahnya macam mana saya nak mandi kalau awak masih dalam bilik saya ni." Jawab Sara berdiri sambil berpeluk tubuh.
"Tak apa. Kau mandi je biar aku yang sediakan semua dokumen yang kau perlu bawa. Nak tunggu kau buat makin lambat lah kita nanti. Nak make up, nak lilit tudung apa semua lagi." Leternya panjang.
Nak tak nak Sara kena turuti apa yang disuruh. Semua keperluan mandi dan pakaian dia di bawa masuk ke dalam bilik mandi. Afzan pula menjalankan kerja dia menyediakan dokumen-dokumen untuk Sara Alisya.
'Perempuan ni kalau tak menyusahkan aku tak bahagia agaknya hidup dia. Sudah tu bilik punya besar macam ni pun dia boleh biarkan bersepah.' Terkumat kamit mulut Afzan tu meleteri Sara.
Telefon Sara tiba-tiba berdering. Ada notifikasi whatsapp dan nama Azriq Haikal terpancar diskrin telefon. Afzan pula tak nak lepaskan peluang mengintai butiran whatsapp yang dihantar oleh Azriq tu.
Azriq Haikal -
Good morning, Sara 💕"Wah, siap wish good morning ada emoticon love lagi. Diorang ni bercinta ke ?"
"Siapa bercinta ?" Sara Alisya sudah keluar dari bilik mandi dan lengkap berpakaian dan paling penting dah siap make up serta tuala yang menutup kepalanya itu tiba-tiba bersuara.
YOU ARE READING
Pesakitku Si Mamat Poyo ! (Slow Update)
RomanceCerita baru.. sinopsis nanti i update