SATU

505 19 0
                                    

Asyiif menggosok-gosok rambutnya yang tidak gatal itu. Soalan sejarah bertahap tinggi yang baru diberi oleh Cikgu Mazni benar-benar mencabar dirinya yang berfikiran sederhana itu.

Asyiif membelek-belek pula buku teks sejarahnya.

'Hmm, tak ada ke jawapan dia?' getus hatinya.

"Wei Asyiif, dah siap belum?", soal Aliff kepada Asyiif.

Asyiif menggelengkan kepalanya lalu...

BAMM!!

Kepalanya dibaringkan keatas meja. Tangannya pula dibuat sebagai alas untuk kepalanya.

"Asyiif! Kamu dah siap belum?" Cikgu Mazni yang tadinya berada di depan meja murid perempuan kini beralih ke meja Asyiif.

"Hehe, belum siap cikgu" ujar Asyiif lalu dia menongkah kepalanya dengan tangannya sendiri.

"Haih Asyiif. Kamu ni tak boleh ke kalau kemas sikit? Ni tak, saya tengok pun dah macam apa dah rambut kamu tu"

Asyiif yang malu kerana ditegur oleh Cikgu Mazni itu hanya tersengih.

"Rambut Asyiif memang serabai cikgu! Cubalah jadi macam Fahmi sikit Syiif..." seorang perempuan yang bernama Zubaidah mencelah.

"Hah betul tu, Fahmi kemas je orangnya. Kamu ni hah....lain kali beli gel rambut ke sapu kat rambut lepastu sikat. Biar kemas sikit. Ni orang tengok pun boleh takut tau" ujar Cikgu Mazni.

Asyiif hanya tersengih-sengih menayang giginya yang putih itu.

"Dah dah..siapkan cepat. Kamu ni nak SPM! Latih diri buat cepat sikit. Nanti....tak cukup masa bukan salah saya eh"

"Baik cikgu" jawab murid yang bernama Rasmina.

*******

"Banyaknya homework......" bebel Asyiif seorang diri dalam biliknya.

Rambutnya bertambah serabai apabila soalan addmath beraras tinggi dikemukakan dihadapan mukanya. Zaman sekarang memang segalanya soalan KBAT. Agaknya lagi sepuluh tahun soalan KBATT pula yang muncul. KBATT, Kemahiran Berfikir Aras Terlalu Tinggi. Hehe..

"Abang...abang tengah wakpe tu...." Arina, adik kepada Asyiif menegur Asyiif.

"Abang tengah buat apa? Abang tengah buat kerja sekolah lah Rina...pergi duduk dengan ibu sana.." Asyiif menunjukkan arah pintu bilik agar adiknya keluar.

Arina yang berusia lima tahun itu pun pun keluar dari biliknya.

"Tak sah kalau sehari tak tanya orang..Rina..Rina.."

Buku teks addmath yang tebal dijadikan sebagai rujukan untuk soalan latihan addmath.

Sekali lagi Asyiif mengeluh.

"Argh!" Rambut yang sedia kusut masai itu dijadikan mangsa geramannya.

"Kenapa tak dapat?!"

"Hmm"

Buku latihan ditutup lalu Asyiif membaringkan badannya ke atas katil.

'Lebih baik aku tidur, kejap lagi bangunlah untuk solat Asar' kata hati Asyiif.

******

Sejadah yang sudah digunakan iti disimpan kembali ke raknya.

Tiba-tiba..

"Asyiif!!!!! Asyiiff!!!! Woi!" Jerit Azri, adik Asyiif yang beza setahun dengannya.

"Apa dia? Kenapa hah?!" Soal Asyiif.

Adiknya menuju kearahnya sambil membawa telefon Asyiif yang sedang berbunyi itu.

"Siapa call?" Soal Asyiif.

Azri hanya menjungkitkan bahunya tanda dia tidak tahu siapa gerangan yang menelefon abangnya.

Seketika kemudian panggilan itu berakhir tanpa sempat Asyif mengangkatnya.

"Siapa yang call ni?"

"Kenapa tiba-tiba?"

Tak mahu persoalan itu terawang-awang dalam kepalanya, Asyiif segera menyambung kerja sekolahnya yang tergendala sebentar tadi itu.

*****

Kriiiiiiiiiiiiing

"Bisinglah jam ni!"

Asyiif mematikan jam locengnya, kepalanya diletakan kembali di atas bantal walaupun jam dah menunjukkan 7:05 pagi!

Tiba-tiba..

"Asyiif Mikail!!! Bangun!! Kamu tak pergi sekolah ke? Azri dah pergi dah" Jerit ibu. Ibunya kenal benar dengan perangai anaknya itu yang suka tidur selepas solat subuh. Kerana itulah selalu lambat ke sekolah.

Kejutan ibu membangunkan Asyiif yang tadinya lena dibawa mimpi. Dengan segera Asyiif bangun dan mengemaskan dirinya.Beg yang terletak diatas meja digalasnya, songkok dicapai dan dipakai.Tanpa berlengah lagi Asyiif terus ke sekolah.

Asyiif sampai di sekolah tepat jam 7:25 pagi. Hampir-hampir saja tadi kena tahan dengan cikgu disiplin sekolah. Lantas itu Asyiff terus bergegas ke belakang pentas dewan untuk menjalankan tugas mingguannya sebagai MPP sekolah.

"Asyiif harini kau baca ikrar, presiden tak datang.

'Kenapa aku?' Soal Asyiif di dalam hatinya.

"Kau kan Timbalan Presiden." Jawab Akmal, rakan MPPnya seolah-olah dapatbaca fikirannya. 

Asyiif mendengarnya terkejut. Kebiasaanya dia hanya ditugaskan untuk membaca doa dan menaikkan bendera saja. Tapi hari ini tiba-tiba saja disuruh pula untuk baca ikrar.

"Habis siapa yang baca doa nanti?" soal Asyiif

"Takpe tu budak junior boleh buat. Kita pon kena latih dorang. Lagipun tahun depan kita dah tak ada kat sekolah ni"

Asyiif hanya mengangguk tanda faham.

'Asallah kau tak datang cik presiden...tak pasal-pasal aku pulak kena baca ikrar' Bebel Asyiif sendiri dalam hati.

Selesai membaca ikrar Asyiif terus berlari ke belakang pentas. Merah padam mukanya menahan malu tadi, semua disebabkan tindakannya sendiri yang membaca ikrar dengan laju. Habis dia  menahan malu diatas pentas tadi kerana dia perasan yang kawan-kawan kelasnnya semua menahan diri dari ketawa.

'Asyiif..Asyiif.. Asal lah awak baca laju sangat...kan dan malu' getus seseorang

****

Habis sahaja perhimpunan Asyiif bergerak ke kelasnya. Waktu pertama pelajaran hari ini ialah Matematik Tambahan. Kalau lambat naik ke kelas pasti Miss Sweat akan memarahinya nanti.

Tiba di kelas Asyiif bergerak ke tempat duduknya lalu dia terjumpa sebuah kotak berserta kad ucapan di bawah mejanya.Asyiif membuka kotak yang berwarna biru itu. Alangkah terkejutnya Asyiif tatkala dirinya melihat isi kotak tu.

Isi kotak tu rupa-rupanya.......

Tbc

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now