DUA PULUH TIGA

161 14 8
                                    

"Minum abang," cawan yang berisi air kopi itu dihulurkan oleh Syuzana kepada suaminya.

Asyiif mengangguk dengan kata daripada isterinya itu.

"Letak je dulu atas meja." Ujar Asyiif tanpa memandang langsung wajah isterinya. Matanya fokus memandang skrin laptop di depannya. Sekali-sekala dia mengurut perlahan dahinya.

"Penat ke?" Prihatin Syuzana bertanya. Kalau ditengokkan muka suaminya itu sudah pucat semacam. Setahu dia malam tadi suaminya itu langsung tidak tidur. Ini pula disambung hingga ke pagi.

Asyiif diam. Leka benar dia memeriksa assignment pelajar-pelajarnya.

"Nak sayang tolong urutkan bahu?" Tanya Syuzana apabila dilihat suaminya sedari tadi asyik mengetuk bahunya sendiri.

"Hmmm.."

Dengan berhati-hati Syuzana memicit-micit bahu suaminya. Sambil memicit dia turut memerhatikan skrin laptop suaminya.

"Banyak ke kerja abang?"

Asyiif terhenti menaip.

"Banyaklah jugak.." Jawab Asyiif. Lalu disambung semula kerja menaip. Tak banyak pun kerjanya cuma dia yang buatkan kerjanya menjadi banyak. Saja ingin menyibukkan diri agar tidak terfikirkan perkara semalam.

Perkara semalam? Ya, perkara semalam benar-benar menyesakkan fikirannya. Dia mengeluh sendiri.

"Hai abang ipar"

Asyiif terkedu. Wajah insan yang menegurnya kini memang dikenalinya. Wajah yang seiras dengan Zulaikha, arwah isterinya di Jepun dahulu.

"Zulaifa..." Terus nama itu meniti di bibirnya.

"Ingat pun. Ingatkan dah lupa dah adik ipar sendiri." Balas insan yang menegurnya itu. Zulaifa namanya.

Asyiif terdiam. Suaranya seolah-olah tersekat di kerongkongnya. Zulaifa yang merupakan adik arwah Zulaikha memang seiras dengan Zulaikha walaupun mereka bukan kembar. Beza Zulaifa dan Zulaikha hanyalah tingkah laku dan cara pemakaian. Walaupun Zulaifa adalah adik, dia lebih tinggi dan pandai bergaya serta agak sosial berbanding Zulaikha. Beza umur mereka hanya 3 tahun.

"You have changed...." Gumam Asyiif perlahan namun dapat didengari oleh Zulaifa.

"Alhamdulillah. Lepas arwah kak Ika meninggal Ifa rasa nak berubah." Ujar Zulaifa. Dulu dia seorang yang tidak bertudung.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now