SEMBILAN

145 15 12
                                    

Aktiviti pagi di hutan itu dimulakan dengan senamrobik. Udara yang dihirup pada pagi itu sungguh bersih. Tiada langsung pencemaran seperti di bandar yang mereka tinggal disebabkan oleh aktiviti manusia. Bunyi burung berkicauan mendamaikan suasana di dalam hutan. Ditambah lagi dengan rasa dingin serta redup kerana terlindung daripada cahaya matahari menyelesakan pelajar untuk melakukan aktiviti. Namun tak bagi Syuzana, disaat semua orang  sedang bergembira melakukan senamrobik dia hanya merungut kerana kantuknya masih bersisa. Dan Hanizah disebelah hanya mampu mendengar aje segala celotehan Syuzana.

"Baiklah, untuk aktiviti pada hari ni kita akan masuk ke dalam hutan..." Belum sempat Cikgu Aida menghabiskan kata-katanya pelajar-pelajar sudah bersorak gembira. Memang mereka menantikan saat ini pun.

"Eh, masuk hutan pun suka ke?" Soal Syuzana hairan. Hanizah disebelahnya hanya mampu berdecit.

"Kalau kau nak tau, budak sekolah kita ni memang suka hutan." Jawab Hanizah. Belum sempat Syuzana bertanya lagi, Cikgu Aida sudah menjerit senyap kepada pelajar-pelajar yang tadinya membuat bising.

"Kita akan buat treasure hunt dalam hutan nanti, so saya harap semua makan cukup-cukup ya!" Kata Cikgu Aida itu mendatangkan sorakan yang lebih kuat daripada sang pelajar.

"Oh, sebelum saya terlupa. Pada Cikgu Borhan ni ada bakul yang berisi nombor. Nombor ni akan tentukan kumpulan awak untuk aktiviti tengah hari ni. Ada sepuluh kumpulan dan setiap satu kumpulan ada tujuh ahli. Awak semua ambik satu nombor bila Cikgu Borhan lalu ya?" Ujar Cikgu Aida. Pelajar mula berbisik-bisik sesama sendiri.

Cikgu Borhan melewati daripada barisan pertama sehingga terakhir. Semua pelajar sudah mendapat nombor mereka.

Syuzana mula mengeluh apabila nombornya dan Hanizah berbeza.

"Asal kau dapat nombor 5?" Tanya Syuzana. Hanizah hanya mengangkat bahu. Manalah dia boleh meramal nombor berapa yang dia akan dapat.

"Hish. Aku kan ambil je kau ni. Ingat boleh nampak ke dalam kotak tu?" Balas Hanizah geram. Syuzana sekali lagi mengeluh. Tak biasa dia di dalam hutan tanpa kawan baiknya. Lagipun entah siapa yang akan menjadi sesama ahli kumpulannya.

"Weh, aku rasa Arman jadi ketua kumpulan 6 lah..." Ujar Hanizah kepada Syuzana.

"Mana kau tau?" Tanya Syuzana. Wajah Hanizah dipandangnya. Kalau betul apa yang Hanizah katakan itu mahu meraung dia jadinya. Yalah, si Arman tu kan kuat mengarah. Tengok ajelah kat sekolah macam mana...

"Aku dengar dia jerit dekat Aliff tadi. Dia kan poyo terlebih..." Jawab Syuzana. Entah kesekian berapa kalinya Syuzana mengeluh lagi pada pagi ni. Matanya mula berair tanda mahu mengalirkan air mata. Kalau boleh dia tak nak lakukan aktiviti pada hari ini. Dia tak nak hutan!

"Eh, kau okey tak?" Tanya Hanizah. Terkejut dia apabila melihat mata Syuzana berair. Betul-betul tak suka hutan sampai nak menangis minah ni!

Syuzana menundukkan wajahnya ke bawah. Entah kenapa dia rasa nak menangis. Air mata yang tadinya ingin mengalir segera dikesat. Kang kalau orang lain tengok mau kena ejek dia.

"Aku okay..." Jawab Syuzana. Dia terus bergerak mengikut kumpulannya sebaik saja diarahkan oleh Cikgu Aida. Hanizah yang berpisah dengannya dipandang sayu. Kalau boleh nak aje dia memeluk Hanizah taknak lepas. Tapi apakan daya....

Semua yang sekumpulan dengan Syuzana dipandangnya satu persatu. Ada dua orang pelajar tingkatan 3, seorang pelajar tingkatan 4 dan seorang pelajar tingkatan 5. Dan dia bernasib baik kerana dia mengenali semua ahli itu. Namun dia menjadi pelik. Mana ketua kumpulan 6, Arman dan lagi seorang ahli? Termasuk dia baru saja lima orang.

Syuzana hanya mampu menanti Arman dengan sabar. Untuk aktiviti hari ini mereka perlu menulis nama mengikut kumpulan namun ketua kumpulan yang tidak ada menyebabkan dia dan ahli yang lain hanya mampu menanti dengan sabar. Syuzana yang tadinya sedang mencangkung terus tegak berdiri apabila seseorang mula menghampirinya dan ahli sekumpulannya. Dia rasa bahagia melihat wajah itu namun yang menjadi pelik kenapa lelaki itu menghampiri kumpulan mereka?

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now