DUA PULUH SATU

155 13 2
                                    

"Sayang! Dah siap belum tu?" Tanya Asyiif dari luar bilik.

"Kejap..." Jawab Syuzana. Pintu bilik dikuak daripada luar oleh Asyiif. Syuzana memandang kearah Asyiif dan melemparkan senyuman yang manis.

"Jap. Selendang ni tak betul lah." Ujar Syuzana. Dibetulkan selendangnya yang berada di paras dada itu.

"Meh abang tolong." Asyiif menuju kearah isterinya. Selendang berwarna maroon itu dipegangnya dan dipinkan. Syuzana hanya membiarkan Asyiif membetulkan selendangnya.

2 minit kemudian, Asyiif selesai membetulkan selendang Syuzana.

"Cepatnya.." Gumam Syuzana.

"Abang dah biasa buat.." Jawab Asyiif.

"Yeke? Abang pakaikan siapa?"

Asyiif terkedu. Dia terdiam sebentar sebelum menjawab.

"Err...pakaikan u-umi." Nafi Asyiif. Sebenarnya dia selalu pakaikan selendang pada Zulaikha. Tapi takkan dia mahu bagitau sebegitu?

"Eh, dahlah. Jom kita gerak. Nanti umi tunggu lama pulak." Ujar Asyiif. Syuzana hanya mengikut saja.

Mereka berjalan menuju ke kereta dengan berpimpin tangan. Harini ada kenduri di rumah uminya. Kenduri bagi meraikan Azri yang baru habis belajar di Ireland.

******

"Tahniah Azri..." Ucap Syuzana mesra.

Azri tersenyum.

"Terima kasih Kak Ana.." Balas Azri.

"So, apa plan lepas ni?" Tanya Syuzana. Sambil itu dia lantas meneguk air oren yang sejuk itu. Ah, lega rasa tekaknya. Sebenarnya sudah ditegah oleh suaminya sendiri supaya tak minum air yang berais kerana tonsilnya. Tapi, ini Syuzana lah. Belakang Asyiif dia minumlah. Dan sedar tak sedar, ini sudah masuk cawan yang keempat.

"Entahlah...dapat kerja pun mungkin lambat. Kalau bertuah pun dalam 3 bulan jugak.." Ujar Azri.

Syuzana mengangguk.

"Nak kerja tak?" Tanya Syuzana.

Azri menjungkitkan keningnya.

"Kerja apa kak?"

"Kerja kat klinik akak. Alah, sementara je. Boleh dapat duit daripada duduk tanam anggur je kat rumah." Ujar Syuzana..

"Hmm. Boleh jugak. Tapi kerja apa je?" Tanya Azri.

"Azri amik bidang pharmacy kan? Hah, bolehlah jaga kanter ubat. Klinik akak pun memang kurang pekerja. Nak ke taknak?"

"Azri fikirkan dululah.."

Syuzana terangguk.

"Okey. Nanti bagitahu akak eh. Tak pun bagitahu abang Asyiif eh.."

"Alright my dear kakak ipar..." Ujar Azri. Tiba-tiba dia terasa bahunya ditepuk dengan kuat.

"Aww! Sakitlah Asyiif!" Ringis Azri. Dia menggosok-gosok bahunya yang sakit ditepuk Asyiif. Sakit dia jangan main-main kau. Rasa macam kena tumbuk.

"Kau pehal ah?" Tanya Azri tak puas hati kepada Asyiif.

"Kau ah yang pehal. Suka hati je nak berdear bagai dengan isteri aku." Rungut Asyiif tak puas hati.

Syuzana yang dengar kata-kata daripada suaminya sendiri itu sudah tergeleng sendiri. Dengan adik sendiri pun nak jeles. Entah hape-hape je perangai.

"Biarlah. Kakak ipar aku sendiri jugak. Bukan orang lain pun.." Azri buat muka selamba.

"Ah! Nak buat sila buat dekat bini kau sendiri nanti. Umur dah 26 tahun pergi-pergilah cari bini sana..." Ujar Asyiif.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now