ENAM

175 15 4
                                    

Syuzana mengeluh sebaik saja jam menunjukkan 1.10 petang. Pada ketika itu loceng sekolah turut berbunyi menandakan waktu pulang. Tapi Syuzana tidak dapat pulang kerana ada kelas tambahan bahasa melayu.

"Kau agak kita balik pukul berada eh?" Soal Hanizah agak kuat. Waktu itu kelas mereka bising kerana tiada guru di dalam kelas.

"Tiga lah kot," jawab Syuzana. Tapi kalau boleh dia nak kelas hari ini habis awal sebab mahu mengulangkaji bersama Hanizah dan Khalisah.

"Kalau pukul tiga kau nak ke ajar aku dengan Lisah? Kau tak penat ke? Kalau penat tak payah lah.. Kesian pulak kau." Ujar Hanizah. Syuzana hanya tersenyum sambil menggeleng.

"Aku okay je.." Balas Syuzana.

"Tapikan.. Kita nak belajar dekat mana? Kalau dekat kantin takut bising pulak nanti budak petang nak rehat..." Kata Hanizah. Tapi memang betul pun apa yang dikatakan oleh Hanizah itu. Sekolah mereka mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi untuk tingkatan 3,4 dan 5 manakala sesi petang untuk tingkatan 1 dan 2. Kalau belajar di kantin pasti tumpuan mereka akan terganggu dek kerana kebisingan pelajar sesi petang. Budak 13 tahun dan 14 tahun lah katakan, perangai masih keanak-anakkan lagi.

Syuzana tersenyum sinis.

"Jangan risau...aku dah settlekan..." Jawab Syuzana angkuh. Heh, tunggu jelah.

"Bilik pengawas lagi ke macam semalam?" Soal Hanizah polos. Syuzana menggeleng dan membisukan dirinya.

Hanizah menjulingkan matanya keatas.

"Nak berahsia konon," bebel Hanizah sendiri.

Kelas yang tadinya bising kini menjadi sunyi dengan kehadiran Cikgu Salmah selaku cikgu bahasa melayu mereka.

Mereka belajar dengan tekun memandangkan SPM sudah dekat. Kelas mereka pada hari itu habis pada jam 2.30 petang. Syuzana, Hanizah dan Khalisah kemudiannya menuju ke bilik BADAR. Kunci dikeluarkan oleh Syuzana dari kocek bajunya. Dengan bangga dia membuka pintu itu.

Hanizah dan Khalisah yang tadi hanya mengikuti Syuzana kini tercengang.

Biar betul! Dari mana Syuzana dapat kunci bilik BADAR yang hanya dipegang oleh ketua BADAR?

"Dari mana kau dapat kunci ni?" Soal Hanizah tak percaya. Syuzana ditenungnya.

"Rahsia...." Balas Syuzana. Mereka kemudiannya masuk ke dalam dalam bilik BADAR itu tanpa banyak bunyi lagi.

Syuzana khusyuk mengajar dua rakannya dan sekali-sekala dia tersenyum sendiri. Peristiwa ketika waktu rehat berulang di medan fikirannya..

Syuzana yang keseorangan itu berjalan-jalan sendiri di dalam kawasan sekolah. Kawan baiknya, Hanizah yang tiada kerana membantu guru matematik tambahan membuatkannya keseorangan.

Sedang asyik dia berjalan sekali-sekala dia bernyanyi kecil. Pelajar di sekelilingnya dipandangnya ceria. Ramai jugak yang membalas pandangannya. Dan ada jugak yang mencuri pandangnya.

'Ish, femes betul aku lepas kena panggil dengan Cikgu Borhan misai tebal ni!' Desi hati Syuzana. Namun dia langsung tak menghiraukan pandangan pelajar lain terhadap dirinya. Asalkan tak kacau ketenteraman dia sudahlah.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now