TIGA

249 17 0
                                    

Suasana di kantin yang bising menyebabkan seorang murid perempuan tidak dapat menfokuskan dirinya yang sedang menghafal rumus itu.

"Syu...aku dah cakap dah, dekat kantin memang tak boleh hafal punyalah.." Tegur seorang murid bernama Hanizah kepada kawannya Syuzana.

"Alah..habis tu nanti macam mana? Dahlah kejap lagi waktu Fizik" Balas Syuzana. Sememangnya dia terlalu risau akan subjek Fizik sebentar lagi kerana Cikgu Hana, cikgu Fiziknya sudah memaklumkan bahawa akan ada Kuiz Fizik. Dan itulah dia perangai Syuzana yang sentiasa study last minute. Rumus pun langsung tidak dihafal olehnya.

"Kat rumah tak nak hafal kenapa?" Soal Hanizah lagi.

Namun Syuzana hanya diam langsung tak menjawab pertanyaan Hanizah.

"Kau busy ke?" Hanizah yang tadinya duduk di depan Syuzana menukarkan tempat duduknya. Sebelah Syuzana yang kosong diambil tempat olehnya.

"Kau stalk dia lagi ke?" Kali ini Hanizah hanya berbisik saja. Takut juga kalau-kalau ada orang lain yang dengar, pasti akan ada gosip tentang ini

"Jujur jelah...aku kan kawan rapat kau. Takkan kau tak nak jujur dengan aku?" Ugut Hanizah. Syuzana pula yang tadinya sedang membaca buku fizik itu segera menutup bukunya dan menatap wajah Hanizah.

"Ye...aku still stalk dia lagi" Hanizah tidak menunjukkan wajah yang terkejut kerana dia sudah tahu rahsia kawannya itu. Tak stalk lelaki tu tak sah!

"Tapi...Syu, sampai bila kau nak pendam perasaan kau tu?"

"Sampai bila-bila? Errr...takkanlah aku nak confess tiba-tiba je dekat dia, kang kalau dia tolak macam mana? Malu lah aku beb" Syuzana membalas.

"Satu jelah aku nak pesan. Jangan pendam lama-lama sangat, buatnya dia ada perempuan lain lagi kecewa kau nanti. Jangan menyesal pulak masa tu.." nasihat Hanizah dan Syuzana yang mendengar tidak beriak apa-apa. Dalam hatinya sebenarnya terdetik juga ingin confess pada lelaki yang dia sukai itu namun siapa dia untuk diterima oleh lelaki itu? Kenal entah ya, entah tidak. Siapa dia untuk diterima oleh lelaki itu dan meneruskan hubungan mereka dengan lebih serius sehingga ke jinjang pelamin?

"Dah..tak payah berangan sangat. Jom masuk lab fizik. Nanti lambat masuk meroyan pulak kau tak dapat tengok Encik Jodoh kau tu" teguran Hanizah lantas mematikan segala lamunan Syuzana. Syuzana hanya diam dan menurut saja.

Lalu mereka berdua lantas menuju ke lab fizik.

"Harini seperti sedia maklum cikgu nak buat kuiz. Satu kumpulan 2 orang ya" Ujar Cikgu Hana sebaik saja salam diberikan oleh ketua kelas, Fahmi.

"Cikgu! Macam mana nak cari partner?" Soal Arman yang duduk di meja kedua hadapan.

"Awak nak cikgu carikan ke awak nak cari sendiri?"

"Cari sendiri"

"Cikgu carikan!"

Disebabkan oleh jeritan yang kuat meminta agar Cikgu Hana yang mencarikan partner, akhirnya cikgu mereka itu membuat keputusan untuk mencari partner bagi setiap murid.

"Arman dengan Zubaidah"

"Aina dengan Rafsyah"

"Bahiya dengan Ruzita"

"Fahmi dengan Fariha"

Dan berlarutan sehingga hampir semua pelajar mendapat pasangan. Tapi tinggal tiga saja yang belum mendapat pasangan, Aira, Syuzana dan Asyiif.

"Tinggal tiga ya? Hmm, kamu bertiga satu group lah" Ujar Cikgu Hana dan perkara itu lantas menyentakkan Syuzana yang sedang meminum air itu.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now