TUJUH BELAS

153 10 9
                                    

"Aku takut...boleh patah balik tak?" Ujar Syuzana. Hanizah yang mendengar sudah tercengang.

"Kau jangan main-main. Bakal laki kau baru je duduk depan walid kau tu..." Balas Hanizah.

Syuzana melihat kearah Asyiif yang sedang duduk di depan walidnya. Segak berbaju melayu warna putih bersama songkok di kepala. Seketika dia mengeluh lagi.

"Kau janganlah takut sangat....yang akadnya si Asyiif. Bukan kau tau. Relax jelah. Aku dulu pun sama, nebes semacam tapi sebaik je laki aku selesai akad lega rasanya. Bahagia je adalah..." Pujuk Hanizah bagi melegakan hati Syuzana.

Tangan Syuzana yang sejuk dipegang oleh Hanizah bagi mengalirkan kehangatan.

"Asyiif Mikail bin Azhari.." Encik Syamil memanggil nama Asyiif.

"Ya..saya" balas Asyiif.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nurul Syuzana Hanani binti Syamil dengan mas kahwinnya RM2,250 ringgit tunai..."

Asyiif menarik nafas yang panjang sebelum melafazkan akadnya.

"Aku terima nikahnya Nurul SyuZu...." Asyiif terberhenti. Dia melepaskan genggaman tangannya dengan Encik Syamil. Mukanya diraup kesal. Entah kenapa dia hampir tersebut nama Zulaikha!

Syuzana yang duduk tidak jauh daripada situ mula menggelabah. Jantungnya berdegup dengan pantas. Dia gemuruh dan dia juga terasa pelik. Macam mana Asyiif boleh tersasul sebut nama dia? Ataupun sebenarnya Asyiif ingin menyebut nama lain? Syuzana buntu namun hanya seketika kerana akad akan dilafazkan sekali lagi.

"Tenang ya Asyiif. Istighfar banyak-banyak..." Nasihat abahnya, Encik Azhari.

Asyiif mengangguk kecil.

"Lagi sekali ya.."

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nurul Syuzana Hanani binti Syamil dengan mas kahwinnya RM2,250 ringgit tunai..."

"Aku terima nikahnya Nurul Syuzana Hanani dengan mas kahwinnya RM2,250 ringgit tunai.." Sekali nafas Asyiif berjaya menghabiskan lafaznya.

Empat orang saksi mula berbisik sesama sendiri. Dan setelah mencapai kata sepakat Asyiif dan Syuzana sudah sah sebagai suami isteri.

Syuzana terasa sebak sebaik saja perkataan 'sah' didengarinya. Badan uminya dipeluk mesra. Begitu juga dengan mak mertuanya.

Selesai membaca doa Asyiif yang tadinya duduk di depan Encik Syamil mula beralih tempat. Dia menuju kearah Syuzana untuk upacara pembatalan wudhuk.

Asyiif terkedu disaat melihat wajah Syuzana. Baginya wajah Syuzana amat cantik pada hari ini. Disaat Syuzana memandang dirinya, dia terasa seperti tak tentu arah.

"Cantik macam bidadari.." Gumam Asyiif perlahan dan tanpa disedarinya kata-katanya itu didengari oleh orang disekelilingnya. Syuzana yang mendengar sudah membahang. Orang disekelilingnya mula berbisik-bisik sambil tersenyum sesama sendiri.

Cincin emas di dalam kotak baldu berwarna merah diambil dan disarungkan pada jari manis Syuzana. Kemudian Syuzana mencium tangan Asyiif dan dibalas dengan ciuman di dahinya. Sentuhan pertama sebagai yang halal benar-benar terasa syahdunya...

Mereka kemudian mengambil gambar sebagai kenangan.

Our status now oficially halal!

********

Asyiif dan Syuzana akhirnya dapat juga berehat setelah majlis walimatulurus mereka sendiri tamat pada hari itu. Dah 10 minit berada dalam bilik namun tiada langsung bicara antara mereka.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now