TIGA BELAS

141 15 2
                                    

8 tahun kemudian...

Sekeping gambar ditatap seseorang lama. Keluhan yang berat dilepaskannya.

Rasa sebak kian bersarang di hati disaat melihat gambar itu. Lelaki dan perempuan saling bertukar senyuman di dalam gambar. Mesra.

"Asyiif..bila awak nak balik..." Gumam seseorang itu.

"Dahlah tu Syuzana. Kau masih teringatkan Asyiif ke?" Tanya Hanizah kepada Syuzana. Dia tahu kalau Syuzana menatap gambarnya dengan Asyiif bermakna dia merinduinya. Cuma orang yang di Jepun tu rindu jugak tak?

Hanizah mendekati kawannya itu. Tak sangka sehingga kini dia masih berkawan rapat dengan Syuzana. Masuk U pun sama. Lagi best bila dapat dorm pun sama.

"Aku...aku masih rindukan dia Nizah..walaupun dah lama dia putus contact dengan aku..." Luah Syuzana. Terasa seluruh badannya menjadi lemah. Ah, mengingati Asyiif benar-benar melemahkannya. Asyiif Mikail, apa kau buat pada aku?!

"Syu...dah 7 tahun tau dia tak contact kau langsung. Tahun pertama je dia contact kau tapi tahun seterusnya? Ada...?! Kenapa kau nak rindukan dia lagi? Kau dm dia dekat twitter ada dia balas? Tak, kan?! Cukuplah rindukan dia Syuzana..." Ujar Hanizah. Dia cuba menaikkan semula semangat Syuzana. Dah 7 tahun lost contact still sayang, rindu, cinta lagi? Takkan tak ada laki lain kut? Dia pun dah nak kahwin minggu depan tapi Syuzana?

Hanizah mengeluh perlahan apabila terdengar esakan Syuzana. Ha, nilah dia..balik-balik menangis! Ingat Asyiif sikit menangis! Stalk twitter Asyiif yang langsung tak ada tweet baru menangis! Asyiif tak balas dm dekat twitter melalak. Ok, ni lagi teruk. Semalaman menangis. Namun lama-kelamaan ok sikit. Cuma sekali-sekala  menangis tu adalah macam sekarang.

"Syu...kau tau kan. Walaupun aku dah jadi isteri orang nanti aku akan tetap ada untuk kau. Call je aku bila kau perlukan aku.." Ujar Hanizah sambil mengusap belakang Syuzana lembut.

Syuzana mengangguk perlahan.

"Terima kasih sebab jadi kawan aku Nizah...aku sayang kau sangat....." Ucap Syuzana ikhlas. Kalau tak ada Hanizah yang tenangkan dia setiap kali dia merindui Asyiif, pasti dia akan melampaui batas.

Asyiif, 7 tahun Asyiif! 7 tahun tanpa khabar berita! Mana awak? Saya rindukan awak....tapi awak?

*******

"Cantiknya kau Hanizah! Haih, tak sangkakan kau dah jadi bini Aliff!" Kata Syuzana riang. Hanizah yang memakai baju pengantin berwarna cream itu benar-benar cantik!

"Dah-dah. Aku memang cantik. Takyah puji." Balas Hanizah selamba. Kejap lagi dia akan disandingkan dengan Aliff. Sungguh dia tak sangka dia akan berjodoh dengan Aliff. Jodoh kan rahsia Allah.

"Okaylah. Aku chaw dulu. Nak pergi makan. Alang-alang tu boleh aku jumpa kawan-kawan jap." Pamit Syuzana.

Syuzana kemudian beredar daripada bilik Hanizah. Dia pada hari ini memakai baju kurung berwarna soft pink yang mengikut bentuk badannya sendiri. Langkah ke khemah makan dituju dengan angkuh. Selendang RM10 berwarna cinnamon dipakai atas dada mengikut trend. Selendangnya berkibaran disaat angin mula menampar lembut dirinya. Lenggok tubuhnya menggeliang geliuk apabila dia berjalan disebabkan kasut tumit tinggi berukuran 5 inchi yang dipakainya. Syuzana yang sekarang bukan Syuzana yang dulu. Dulu dan kini jauh berbeza.

Kenapa dia berubah? Ah, kalau ditanya dia katanya kerana peredaran masa! Bukan kerana Asyiif. Entah ya, entah tak!

"Syu...zana kan!?" Tegur seseorang. Syuzana memandang kearah suara itu.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now