LAPAN

167 15 3
                                    

Syuzana termanggu seketika sementara menanti pelajar yang lain berkumpul di dataran itu untuk bergerak ke tapak perkhemahan. Hari ini lebih kurang 70 orang pelajar tingkatan lima, empat dan tiga yang menyertai perkhemahan itu. Dan boleh dijadikan pemecah rekod apabila semua pelajar sekelas dengan Syuzana pergi ke perkhemahan itu. Dah kena paksa mana taknya?

"Syu....zaaaa...naaaaa." Panggil Hanizah ceria.

Syuzana mengangkat mukanya memandang Hanizah. Wajahnya muram tanpa perasaan. Bila difikirkan kembali kalau dia tak sertai perkhemahan ini sudah pasti dia akan seronok di rumah sambil menonton drama korea kesukaannya. Namun kerana perkhemahan ini empat hari dia akan berpisah dengan drama koreanya itu. Umi dan walidnya pula lagilah, mereka beriya-iya menggalakkan Syuzana menyertai perkhemahan itu. Heh, nampak sangat mereka berdua nak dating.

"Eh, dah dahlah tu. Dari tadi aku tengok duk termenung je. Memikirkan nasib sendiri ke kak oi?" Tegur Hanizah tatkala dilihatnya Syuzana kembali termenung. Boleh dapat gelaran Ratu Termenung si Syuzana ni.

"Aku nak balik boleh tak?" Tanya Syuzana spontan. Lah pulak...

"Ah..takde..takde! Buat rugi je balik tau. Kau kan dah bayar apa semua. Mana boleh berpatah balik!" Jawab Hanizah tegas. Sememangnya daripada malam tadi Syuzana asyik menelefonnya mengatakan tak mahu pergi. Ah, ni Hanizah lah. Hanizah akan lakukan apa saja untuk buat Syuzana sertai jugak!

"Dah! Senyap semua!" Suara Cikgu Borhan memetir. Menamatkan segala percakapan pelajar-pelajar di dataran itu. Suasana menjadi senyap. Semua pelajar berdiri tegak.

"Saya ketua guru untuk perkhemahan hari ini! Sepanjang kamu di tapak perkhemahan nanti yang saya tahu kamu mestilah patuh segala arahan! Bagi siapa-siapa yang tak ikut arahan saya akan denda kamu! Disiplin mesti diutamakan! Jangan ingat saya tak warning ya, siapa yang tak berdisiplin kena denda! Ingat tu! Dan untuk memudahkan kerja kita semua tolong beri kerjasama!" Ujar Cikgu Borhan yang hari ini nampak santai dengan tshirt putih kosong dan seluar track. Namun walau sesantai mana pun dia, aura garangnya tetap melekat pada dirinya. Barangkali kerana misainya yang tebal itu? Siapa tahu...?

"Pelajar 5 Teja boleh bergerak ke bas dulu." Arah Cikgu Borhan. Syuzana dan rakan sekelasnya bergerak kearah bas sambil membawa beg masing-masing. Syuzana mengangkat begnya dengan perasaan yang hiba. Dalam hati sudah terjerit-jerit mahukan uminya. Mukanya tak rela semasa beratur untuk menaiki bas.

"Syuzana?" Tegur seseorang. Syuzana tersentak. Hanizah yang berada dibelakang Syuzana sudah tergelak sendiri. Ha, kan dah cakap Syuzana memang sesuai dengan gelaran Ratu Mengelamun! Mana taknya, nak beratur pun sempat mengelamun jauh! Nasib baik Asyiif yang tegur, kalau Cikgu Borhan yang tegur memang masaklah dia.

"Awak boleh naik bas sekarang. Kalau beg awak banyak nak letak kat tempat letak barang tinggalkan dekat sini, nanti saya dengan budak lelaki lain yang letakkan." Ujar Asyiif ramah. Syuzana yang masih blur kerana ditegur itu menggaru-garu kepalanya.

Asyiif tergelak kecil dalam hati. Tak sangka dia perangai Syuzana seperti ini. Kalau di dalam kelas Syuzana selalu serius saja, tapi diluar memang lain 100%! Secara tiba-tiba peristiwa Syuzana menerpa kearahnya semasa bermain bola berulang di benak fikirkannya mendatangkan rasa tak selesa di hatinya. Dicubanya halau peristiwa itu.

"Asal awak yang jaga depan pintu bas ni?" Tanya Syuzana. Dahinya mengerut dan masih lagi menggaru-garu kepalanya.

"Haah, asal kau pulak?" Tambah Hanizah. Sempat dia menyiku belakang Syuzana perlahan bagi menyedarkan Syuzana daripada blur. Syuzana yang terasa sakit dibelakangnya segera menurunkan tangan kanannya yang tadi begitu asyik menggaru kepalanya sendiri. Asyiif yang didepannya tidak dipandang langsung kerana malu.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now