DUA

312 19 0
                                    

Gel rambut?!

Apa ni semua? Kenapa ada gel rambut di bawah mejanya?

Asyiif yang berasa pelik itu terus mengambil kad ucapan yang turut serta diselitkan di tepi kotak. Kad ucapan diambil dan dibacanya secara senyap tanpa kawan-kawannya perasan. Lagipun sekarang ini Miss Sweat belum masuk lagi ke kelas.

Awak ni hensem tapi lagi hensem kalau rambut tu awak rapikan.. saya beli khas untuk awak! Gunakanlah!

~juniormu~

"Asyiif, apa tu?" Soal Arman, lelaki yang bermulut kecoh di dalam kelas. Asyiif yang mendengar teguran dari Arman itu sedaya upaya menyembunyikan 'hadiah' yang baru diterimanya itu. Dia bukan apa, namun dia tahu andai kata kawan-kawannya tahu mengenai hadiah itu pasti dia akan dijadikan sebagai bahan ketawa rakan-rakannya.

Asyiif tersentak apabila Zakri disebelahnya terlebih dahulu mengambil 'hadiah' yang cuba disorokkannya. Dia mula cuak namun dicuba untuk kawal riak wajahnya.

"Apa ni Asyiif?" Tanya Zakri lalu kotak hadiah yang baru dicapai olehnya dari bawah meja Asyiif diletakkan atas meja. Kerana meja mereka disusun secara berkumpulan, Arman, Aliff, Fahmi dan juga Asfar turut dapat melihat isi kotak hadiah tersebut.

Arman yang tadinya ingin tahu mengenai isi kotak itu segera merampas kotak itu dahulu  sebelum Asyiif sempat menyembunyikannya lagi.

"Wehh! Gel rambut?! HAHAHAHA!" Ucap Arman lantang lantas mengundang perhatian orang ramai.

Geng-geng perempuan yang sememangnya suka bergosip menumpukan perhatian kepada kumpulan pelajar lelaki.

"Apa yang gel rambutnya tu? Aku dengar Arman ada sebut gel rambut tadi.." Zubaidah yang berada di mejanya menyerbu meja pelajar lelaki.

Asyiif yang sudah berkerut seribu menahan rasa malu dan marah pada masa yang sama diserbu oleh Zubaidah.

"Asyiifku~ Cuba kau bagitahu apa yang terjadi sebenarnya?" Soal Zubaidah dengan nada yang menggoda. Zubaidah, memang semua budak kelas sudah masak dengan perangainya yang suka mengacau pelajar lelaki itu bahkan cikgu juga turut melayan karenah Zubaidah.

"Bedah! Ada orang kasik Asyiif gel rambut weh! Aku tak sangka gila lah sehh" Arman yang sememangnya poyo terlebih itu menjelaskan kepada Zubaidah.

"Yeke? Siapa yang bagi?" Soal Aira pula ingin tahu. Aira, mungkin tak semua tahu mengenainya tapi kelakuannya dengan Asyiif cukup untuk membuktikan bahawa dia sukakan Asyiif. Masakan tidak suka kalau semasa jamuan yang lepas dia sanggup meminta pertolongan rakannya untuk memujuk Asyiif bergambar dengannya walaupun berkali-kali ditolak oleh Asyiif.

Ani menuju ke kiri Asyiif. Kini, Asyiif tersepit diantara dua perempuan.

'Perempuan ni memang complicated. Sibuk je nak tahu.' Desis hati Asyiif sendiri.

"Siapa yang bagi kau ni Syiif? Aku dekak lah dengan hadiah ni. Tulah kau, rambut serabai sangat!" Celah Aliff lantas disusuli dengan hilai tawa rakan sekelas. Asyiif yang berasa bengang merampas kembali hadiahnya itu. Walaupun diketawakan oleh rakan sekelasnya, Asyiif bersyukur kerana kad ucapan yang memang khas untuknya tidak dibaca oleh rakan-rakannya. Kalau dibaca memang dia akan sumpah serana pemberinya.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now