DUA PULUH

149 11 0
                                    

Asyiif mengurut pelipisnya perlahan. Pening dengan karenah pelajar universiti yang bermacam-macam itu. Dahlah assignment yang dihantar pun macam nak tak nak buat aje.

Asyiif mengeluh. Kerja di universiti yang berlambak membuatkan dia pening kepala. Ditambah lagi masalahnya dengan Syuzana membuatkan segalanya menjadi serba tak kena. Masuk hari ni sudah dua hari dia tidak melayan Syuzana. Rasa bersalah mula bersarang di hatinya.

"Kenapa ni dengan prof kita?" Tegur Danial mesra. Rakan setugasnya merangkap rakan semasa dia di Jepun juga.

"Adalah masalah sikit..." Jawab Asyiif.

"Students...?"

Asyiif menggeleng.

"Habistu?"

Asyiif terdiam.

"Aku ada masalah sikit dengan wife aku..." Ujar Asyiif.

"Kenapa? Dia ada buat kau marah?" Soal Danial ingin tahu.

Buat sekalian kalinya Asyiif mengeluh lagi.

"Aku tak endahkan dia...."

"Then? You felt guilty huh?"

Asyiif mengangguk.

"Tapi asal kau tak endahkan dia?"

"Aku......huh.."

"Teringatkan Zulaikha kan?" Tebak Danial.

Asyiif memandang wajah Danial kemudian dia mengangguk.

"Kau tak patut weh buat bini kau macam tu. Kecik hati dia nanti..." Nasihat Danial.

"Ye. Aku tahu. Tapi perangai dia sikit sebanyak buat aku annoying sikit." Kata Asyiif jujur..

"Why?"

"She resembles me about Zulaikha..." Jawab Asyiif jujur.

"Hah! Tulah masalah kau. Susah sangat nak lupakan Zulaikha. Come on bro! Zulaikha is your past. Dia dah pergi jauh dan takkan pernah kembali pun. Forget her and make your wife happy, man!" Danial memberi nasihat.

Asyiif terdiam seketika sebelum membalas.

"Walau aku cuba nak lupakan dia sekalipun...aku tak mampu. Aku asyik teringatkan dia Dan! She was my wife and she died infront of me. How I am suppose to forget her?! I love her very much! Kau tak rasa Dan...aku hari-hari jaga dia dekat hospital. Aku tak sanggup tengok dia tahan sakit dia. Kalau boleh aku nak ubah tempat dengan dia aje Dan... Aku dah cuba macam-macam cara nak lupakan dia tapi aku tak mampu..." Luah Asyiif jujur.

Danial mengeluh. Entahlah bagaimana harus dia nasihatkan kawannya itu lagi. Zulaikha meninggalkan mereka sudah hampir tiga tahun tapi Asyiif masih sedih dengan apa yang berlaku. Bertambah pilunya lagi walaupun dia dah kahwin dengan isterinya itu bayangan Zulaikha tetap tak dapat dilupakannya.

"But, Syuzana is your wife right? Takkan kau nak layan isteri kau macam tu? Haritu kau cakap kau bahagia dengan dia tapi sekarang? Kau cakap kau teringat kat Zulaikha pulak? Apa masalah kau hah Asyiif? Kalau ye kau tak dapat lupakan Zulaikha, kenapa kau ajak Syuzana tu kahwin dengan kau?!" Tengking Danial tak puas hati. Walaupun dia tak kenal Syuzana tu, dia berasa simpati dengan Syuzana. Bagaimana kalau Syuzana tahu segala rahsia Asyiif? Rahsia yang memang sengaja disorokkan daripadanya?

"Aku kahwin dengan Syuzana sebab janji aku. Aku rasa bersalah dengan dia..." Balas Asyiif.

"Janji? Huh. Senang je kau mainkan perasaan isteri kau kan?" Perli Danial.

"Bila masa aku mainkan hati dia?!"

"Dah kau tipu bini kau tu apa? Kau tak bagitahu dia perkara sebenar. Kau jugak tak endahkan bini kau sebab memori lampau kau! Kau ingat bini kau tu tak ada perasaan ke?" Marah Danial.

"Aku...aku sayangkan dia tapi....."

"Tapi kau takleh move on dengan memori masa lalu? Heh, jawapan klise lah.."

"Perangai dia macam Zulaikha..." Ujar Asyiif.

"Okay, let me ask you. Do you love her?"

"Who?"

"Syuzana. Your wife."

Asyiif jeda sebentar.

"Of course i do." Ujar Asyiif perlahan.

"Then prove it. Easy right?" Cadang Danial.

"Tapi..."

"Bila kau dengan dia, kau jangan fikirkan pasal Zulaikha langsung. Treat her like you treat Zulaikha. Make her feel precious and don't hurt her feelings. First step, balik ni kau pujuk bini kau. Lepastu jangan tunjuk perangai tak matang kau tu lagi dekat dia. Dia tak buat salah apa pun. Yang bermasalah tu kau. Dan aku nasihatkan yang kau perlu bagitau jugak pasal Zulaikha tu dekat bini kau. Sebab lambat laun dia akan tau jugak dan bila tiba masa tu aku jamin dia takkan maafkan kau." Kata Danial panjang lebar.

"Hadam pesan aku tu baik-baik. Kau ni, dulu dah kahwin tapi masih mintak nasihat aku. Okaylah, aku pergi dulu. Ada kelas pukul 2 petang nanti."

Asyiif termanggu. Ada betulnya jugak cakap Danial. Mungkin dah tiba masanya dia lupakan Zulaikha. Ya, dia kena cuba. Kalau sikit-sikit teringatkan Zulaikha memang sampai bila-bila dia tak akan pernah move on dengan kisah silamnya.

******

Jambangan bunga di depan pintu rumah membuatkan Syuzana hairan. Dia mengambil bunga ros itu dan meneliti kad di sebalik jambangan bunga itu.

I'm sorry for ignoring you my bidadari..

Asyiif yang bagi? Lantas itu bibirnya mengukirkan senyuman yang manis.

Pintu rumah dibuka dan terpampang wajah Asyiif. Senyuman masih setia di bibirnya. Jujur dia cakap yang dia rindukan Asyiif. Dua hari Asyiif tak layan dia namun dia tak ambil hati. Mungkin perangai dia yang macam kebudak-budakkan itu yang menyebabkan Asyiif menyampah.

Asyiif mendepakan tangan dan Syuzana tanpa teragak-agak terus meluru ke dalam dakapan suaminya.

"Sayang rindu abang....." Ujar Syuzana yang masih di dalam dakapan Asyiif.

Asyiif diburu rasa bersalah. Bukan salah Syuzana tapi semuanya salah dia. Salah dia yang terlalu banyak menyimpan rahsia daripada Syuzana. Nak bagitahu sekarang? Ah, belum tiba masanya lagi.

"Abang pun..dan abang nak mintak maaf." Ujar Asyiif.

Syuzana mengeratkan lagi pelukan itu.

"Sayang pun mintak maaf.." Ujar Syuzana pula.

Asyiif menghela nafasnya perlahan. Dahi isterinya itu dikucup.

"Tak..sayang tak salah apa-apa. Abang yang salah sebab tak hiraukan sayang.."

"Tak apa. Sayang faham. Abang mesti stress kan? Lagi dengan sayang yang macam budak-budak ni kan?" Balas Syuzana.

Asyiif meletakkan jari telunjuknya di bibir Syuzana.

"Perangai sayang macam budak-budak tu lah yang comel. Abang mintak maaf okey? Salah abang..abang cuma...."

"Ah..tak apalah. Benda dah lepas kan? Kita lupakan je eh? Yang penting sayang sayang abang sangat-sangat.." Ujar Syuzana manja.

Asyiif tersenyum gembira.

"Abang pun sayangkan bidadari abang ni.." Balas Asyiif. Kenapalah dia perlu melayan Syuzana dengan teruk kerana memori lampaunya? Sedangkan isterinya sentiasa melayannya dengan baik. Ah, bodohnya kau Asyiif!

Tbc
31/01/17 - /winkeu/ annyeong~ jeoneun fazira imnida^^ Mannaseo bangaweoyo 😝 lol

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now