LAPAN BELAS

154 12 6
                                    

Asyiif mula mengangkat satu persatu beg isterinya ke dalam keretanya. Sambil itu sempat lagi dia melihat isterinya yang sedang berbual dengan mak mertuanya.

Selesai mengangkat beg, Asyiif menghampiri isterinya.

"Tu je ke beg bidadari? Tak ada lain?" Tanya Asyiif. Puan Nabilah di depannya sudah tersenyum penuh makna kerana panggilan Asyiif kepada anaknya

"Haah. Tu je beg saya. Rasanya tak ada lagi. Tapi, abang tunggu kejaplah. Saya nak masuk bilik lagi sekali, takut ada barang tertinggal." Ujar Syuzana.

Asyiif mengangguk..

"Okey bidadari." Balas Asyiif.

"Bidadari ye panggil anak umi." Usik Puan Nabilah sebaik saja Syuzana beredar masuk ke bilik.

Asyiif tersengih.

"I cant resist her. She just...really pretty!" Balas Asyiif selamba.

Puan Nabilah hanya tersengih. Bukan kerana tak faham. Dia faham cuma dia rasakan kata-kata tu terlalu klise.

"Asyiif cuma nak dia rasa istimewa tu je." Ujar Asyiif.

"Umi harap kamu jaga anak umi baik-baik. Dia terseksa masa kamu langsung tak contact dia. Hari-hari dia menangis, tapi syukur alhamdulillah dia mampu habiskan pelajaran dia. Cuma tulah, dia dah tak macam dulu. Tak banyak cakap sangat. Manja dengan umi dengan walid pun dah jarang. Umi harap Asyiif dapat bentukkan Syuzana yang dulu balik ya.." Ujar Puan Nabilah. Sebak rasanya apabila memikirkan anak tunggalnya akan berjauhan dengannya lagi. Lebih sebak lagi kerana anaknya kini bukan lagi dibawah tanggungjawabnya.

"Asyiif akan jaga anak umi baik-baik. Umi jangan risau. InsyaAllah Asyiif akan berikan kasih sayang pada dia sebanyak mana umi dan walid curahkan.." Balas Asyiif.

Puan Nabila tersenyum. Kemudian Asyiif lantas menyalami tangannya.

"Umi jaga diri tau nanti. Kirim salam jugak dengan walid." Kata Asyiif. Encik Syamil tidak ada pada hari ini kerana mempunyai mesyuarat tergempar.

"Abang..." Panggil Syuzana kepada Asyiif. Asyiif menoleh memandang Syuzana.

"Tak ada lagi barang?" Tanya Asyiif apabila dilihatnya tangan isterinya kosong tanpa apa-apa beg.

Syuzana menggeleng.

"Jomlah kita gerak." Ujar Syuzana. Asyiif mengangguk lalu dia segera menuju kearah keretanya untuk memanaskan enjin.

Syuzana pula memeluk uminya. Tanpa dia sedar setitis air matanya jatuh.

"Umi jangan nakal-nakal tau dekat rumah kalau walid tak ada..." Ujar Syuzana.

Puan Nabilah sudah tergelak mendengar.

"Apa pulak umi. Kamu tu. Jangan berkasar dengan suami. Layan suami tu baik-baik. Kamu kena ingat, syurga kamu bukan dekat ibu lagi tau tapi dekat suami kamu. Haa, lagi satu. Jangan lupa pikat selera suami. Kalau nak resepi baru datang aje rumah umi. Umi boleh ajarkan.." Bicara Puan Nabila membuatkan Syuzana mengalirkan air kata.

"Umi...Syu taknak jauh dengan umi...." Luah Syuzana.

"Eh...apa macam tu. Asyiif suami kamu. Kamu kena ikut dia. Tak mahu menangis lagi ya? Nanti ada masa baliklah. Bukannya jauh mana pun rumah kamu dengan rumah umi." Pujuk Puan Nabilah.

"Yelah....tapi umi janji dengan Syu yang umi akan jaga diri okey? Jaga kesihatan umi. Kalau tak sihat datang Poliklinik Ana tau." Pesan Syuzana.

Puan Nabilah mengangguk. Ditahannya air mata yang hampir mengalir itu. Lagi sekali badan anaknya dipeluk.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now