DUA PULUH TUJUH

175 13 15
                                    

"Anak walid dah makan?" Tanya Encik Syamil. Dia baru saja berpeluang melawat anaknya itu semenjak anaknya masuk ke hospital. Yalah, dia outstation selama dua minggu. Hari ni baru saja pulang.

Syuzana menggelengkan kepalanya.

"Kenapa tak nak makan?" Tanya Encik Syamil lembut. Diusap kepala anaknya lembut.

"Tak sedap." Jawab Syuzana manja. Seronok dia kerana walidnya menjenguknya.

"Walid tahu anak walid ni kan memang tak suka makanan hospital. Takpe, nanti Asyiif datang bawak makanan untuk Syu.." Ujar Encik Syamil.

Syuzana mula menarik muka.

"Kenapa hari-hari dia perlu datang?" Tanya Syuzana pula. Dia sudah membuat muka bosan.

"Kenapa cakap macam tu? Dia kan suami Syu...tak baik buat macam tu." Pujuk Encik Syamil.

Syuzana mengeluh.

"Syu....Syu kecewa dengan dia walid. Dia tipu Syu." Ujar Syuzana. Mukanya berubah keruh

Encik Syamil tersenyum.

"Tapi Syu kan tahu itu kisah lama. Zulaikha tu dah meningal pun Syu. Dia sakit dan tak ada sesiapa masa tu. Sebab tu Asyiif nak kahwin dengan dia." Balas Encik Syamil.

"Tapi Asyiif sayangkan dia sangat-sangat...." Ujar Syuzana sedih.

"Dan Asyiif sayangkan Syu jugak kan? Syu kan isteri dia sekarang. Zulaikha kisah lama.." Tambah Encik Syamil.

"Tapi Zulaikha cantik. Lagi cantik daripada Syu. Mesti Asyiif lagi sayangkan dia.." Ujar Syuzana tak mahu kalah.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now