LIMA BELAS

143 14 0
                                    

Dengan tergopoh-gapah Syuzana masuk ke rumahnya. Encik Syamil yang tadi baru saja ingin menyuap isterinya terus terbantut disaat anak tunggalnya sudah pulang. Sudahlah seperti ingin cepat aje. Macam dikejar hantu pun ada.

"Daripada klinik ke?" Tanya Puan Nabila.

Syuzana menggeleng.

"Mart umi." Jawab Syuzana. Dia terus meluru ke biliknya selepas membuka kasutnya. Tak mahu ummi dan walid menyoalnya lagi.

Katil yang empuk terus menjadi tempat baringannya. Tangannya diletakkan atas dada kirinya.

"Ah!" Jerit Syuzana kecil.

Degupan jantungnya masih lagi laju! Kenapa? Kenapa dia harus bertemu dengan Asyiif di mart tadi? Menyesal kerana dia pergi mart tadi. Sepatutnya dia cari esok saja pen baru.

Ugh! Benci! Bentak Syuzana dalam hati.

Entah kenapa, walaupun Asyiif mungkir janji dengannya dia tetap tak mampu membenci Asyiif. Yang dia bencikan adalah dirinya.

Teringat lagi tadi dia...

"Asyiif..." Spontan nama itu meluru daripada mulut Syuzana.

"Syuzana...." Balas Asyiif.

Mereka berdua melepaskan pautan pada pen itu.

"Err..awak nak ke?" Tanya Asyiif. Ditunjuknya kearah pen itu.

Syuzana diam. Entah kenapa lidahnya terasa kelu.

"Takpela. Awak ambik lah pen tu. Saya pun tadi saja-saja je nak beli. Yalah, pen tu.....sama macam yang kita pernah beli dulu kan..." Ujar Asyiif kekok. Sudah lama tidak bersua muka terasa kekok pula. Bahkan semasa di majlis perkahwinan Aliff dan Hanizah dia berfikir banyak kali samada ingin menegur Syuzana atau tidak. Dan akhirnya dia tegur juga. Kerana dia tak mampu nafikan betapa besar rasa bersalahnya dia terhadap Syuzana.

Syuzana masih diam. Sememangnya tadi dia turut teringat memori lama. Pen itu masih dia simpan walaupun sudah habis dakwat. Dan apabila ternampak pen yang seakan sama dengan yang Asyiif beri dulu dia ingin mengambilnya. Mungkin untuk lihat mahupun membelinya. Tapi..tak sangka Asyiif akan turut mengambilnya.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now